Wednesday, September 19, 2012

Kantoi Sudah.. Tuhan Maha Mengetahui


Kantoii Samseng yg diupah utk menghalau penduduk kampung adalah "Gerombolan SYAITAN yg diKenali"

Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.

Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail juga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.

Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk..

Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ..

Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. 

No comments: