Sangat mendukacitakan kerana mahasiswa/i yang baru nak mengenali alam kampus sudah dihidangkan hiburan yang melalaikan seperti ini, bukan dengan hiburan yang mendekatkan lagi dengan Allah.
Mahasiswa sekarang belum merdeka, pemikiran mereka jelas masih dijajah. Inilah kesan yang berlaku jika pihak atasan dan perwakilan pelajar gagal menterjemahkan ajaran islam yang sebenar, sedangkan mereka berautoriti untuk melakukannya.
p/s: Mati itu pasti dan orang yang BIJAK adalah orang yang mengingati kematian kerana dia akan melakukan persiapan untuk menghadapinya.
Kita tak pernah berjumpa Rasulullah,apatah lagi mencium tangan dan memeluk tubuhnya tapi semoga kerja-kerja amar makruf nahi mungkar yang kita lakukan ini akan menemukan kita dengan kekasih Allah ini di akhirat kelak.InsyaAllah!
SUMBER : YOUTUBE
No comments:
Post a Comment