Thursday, September 8, 2011

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 1

[KLIK UTK BESARKAN GAMBAR]

5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.
54 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ’seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…

Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentang KEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMERDEKAAN YANG SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah! 


Bersambung Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu : Part 2


Sumber


fb