Friday, September 16, 2011

Laporan Polis Terhadap Prof. Datuk Dr. Zainal Keling


Pada jam 11:09pagi tadi, Dewan Pemuda PAS Parit Sulong bersama dengan Ketua Pemuda PAS Pt Sulong, Sdr. Zamzuri Kamdi telah mengambil inisiatif dengan pantas dan segera pergi ke Balai Polis Parit Sulong dan telah membuat laporan berkenaan 'ISU MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH'. Isu yang telah diperkatakan di TV oleh Prof. Datuk Dr. Zainal Keling, Majlis Professor Negara (MPN).

Berikut adalah laporan Polis yang dibuat:-


LAPORAN POLIS TERHADAP PROF. DATUK DR ZAINAL KELING

KETUA KLUSTER SEJARAH, WARISAN DAN SOSIOBUDAYA, MAJLIS PROFESSOR NEGARA (MPN), PROF DATUK DR ZAINAL KELING DALAM SATU SIDANG AKHBAR DI PUTRAJAYA PADA 9 SEPTEMBER 2011 LALU TELAH MENGATAKAN BAHAWA TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH SEBALIKNYA HANYA DILINDUNGI DAN DINAUNGI OLEH BRITISH. BELIAU MENGATAKAN LAGI "JANGAN KITA SEBUT, KITA TERJAJAH SELAMA 400 TAHUN. ITU ADALAH KESALAHAN YANG AMAT BESAR."

SAYA MEWAKILI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PT SULONG AMAT TERKEJUT DENGAN KENYATAAN TERSEBUT YANG DIKELUARKAN OLEH SEORANG YANG BERPENGARUH DAN DIKATAKAN PAKAR DALAM BIDANG SEJARAH TANAHAIR MALAH DINAYATAKAN BELIAU MEWAKILI MAJLIS PROFESSOR NEGARA.

KENYATAAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI TELAH MENGGANGGU-GUGAT KESTABILAN DAN MENGELIRUKAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT

YANG TELAH SEKIAN LAMA DIAJAR DAN DIFAHAMKAN BAHAWA BRITISH ADALAH PENJAJAH NEGARA DAN KEMERDEKAAN YANG DICAPAI PADA 31 OGOS 1957 MERUPAKAN KEMERDEKAAN DARI PENJAJAHAN BRITISH. KENYATAAN INI JUGA SEKALIGUS MENAFIKAN PENGORBANAN PARA PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN TANAHAIR YANG TELAH MEMPERTARUHKAN NYAWA SEPERTI TOK JANGGUT, MAT KILAU,DATO' BAHAMAN,DOL SAID,ROSLI DHOBI,DAN LAIN-LAIN.

DEWAN PEMUDA PAS PT.SULONG MERASAKAN TERDAPAT AGENDA TERSEMBUNYI YANG DIRANCANG OLEH PIHAK TERTENTU DI SEBALIK KENYATAAN INI YANG BERTUJUAN MENGGUGAT KEHARMONIAN DAN MEWUJUDKAN KEGUSARAN DALAM MASYARAKAT BAGI MENGALIH

PERHATIAN RAKYAT TERHADAP ISU-ISU LAIN YANG GAGAL DI TANGANI OLEH PIHAK YANG BERWAJIB.KENYATAAN INI JUGA MENCERMINKAN SEOLAH-OLAH RAKYAT TELAH DITIPU SELAMA 54 TAHUN APABILA MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN SETIAP TAHUN SEBAGAI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA DARI CENGKAMAN PENJAJAHAN BRITISH DISAMPING IA JUGA TELAH MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU YANG DIGAMBARKAN SEOLAH-OLAH TIDAK BERBUAT APA-APA BAGI MENGHALANG KEMASUKAN PENJAJAH KE TANAH MELAYU.

SEKIRANYA NEGARA TIDAK PERNAH DIJAJAH DAN HANYA DILINDUNGI ATAU DINAUNGI OLEH BRITISH, APA PERLU DUIT RAKYAT DIHABISKAN OLEH KERAJAAN SETIAP TAHUN UNTUK MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN SECARA BESAR-BESARAN.

TIADANYA PENDIRIAN YANG JELAS DI PIHAK KERAJAAN BERKENAAN PERKARA INI MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN DAN DIKHUATIRI AKAN MENIMBULKAN KEADAAN HURU-HARA DALAM MASYARAKAT JIKA TIDAK DIBENDUNG SECARA AWAL APABILA RAKYAT MERASA TERTIPU DAN MENGAMBIL TINDAKAN SENDIRIAN YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU,DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PT.SULONG MENUNTUT AGAR PROF. DATUK DR.ZAINAL KELING DISIASAT DAN DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA JELAS TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 505 KANUN KESEKSAAN KERANA MENGELUARKAN KENYATAAN ATAU BERITA YANG TELAH MENIMBULKAN KEGUSARAN, KEKELIRUAN DAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM YANG BOLEH MENDORONG ATAU/DAN MENGAPIKAN MANA-MANA PIHAK UNTUK MELAKUKAN SESUATU KESALAHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG. SEKIAN LAPORAN SAYA.

fb