Friday, June 10, 2011

Maut Ketika Sujud





seperti yang diceritakan oleh syeikh Muhammad Hassan Seorang pemuda Amerika yang berasal daripada Sepanyol telah berjumpa dengan saudara-saudara kami di sebuah Markaz Islam di Brooklyn, lalu berkata dengan kata-kata ini: “Saya mahu menjadi Muhammadian (pengikut nabi Muhammad (SAW)).”


Mereka bertanya kepada beliau: “Siapa kamu dan apa cerita kamu?” Beliau menjawab: “Tunjuklah (apa yang perlu dilakukan) dan jangan tanya saya.” (Kata mereka): “Mandi!”, lalu beliau pun mandi.


(Kata mereka): “Sebutlah dua kalimah shahadah”, dia pun menyebut: “Laa ilaha illallahu, Muhammadur-Rasullah (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah).”


Mereka mengajarnya bagaimana untuk solat, lalu beliau pun solat. Beliau bermula dengan solat Subuh, kemudian Zuhur… Beliau solat hari pertama, hari kedua, hari ketiga. Saudara-saudara kami perasan tentang kekhusyukannya, dan panjang sujudnya, dan tangisannya, semua saudara-saudara kami memerhatinya.


Beliau sujud, (seolah-olah)
tidak mahu mengangkat kepalanya! Beliau sujud, sambil menangis dengan lamanya! Apabila beliau mendengar al-Quran, beliau menangis! Pada hari ketiga, selepas solat Maghrib, salah seorang saudara kami duduk bersebelahan dengannya lalu bertanya: “Wahai saudaraku! Aku rasa terlalu kecil di sisimu! Tidak aku lihat kepadamu, kecuali aku lihatmu menangis! Apabila kamu sujud, kamu tidak mahu mengangkat kepalamu daripada sujud (kerana lama sujudnya). Siapa kamu dan apa ceritamu?”


Beliau pun menceritakan bahawa beliau dahulunya seorang kristian dan mencari kebenaran. Beliau membaca tentang Islam dan agama-agama lain dan beliau meminta Allah (azza wa jalla) agar menunjukkan kepadanya kebenaran! Lelaki ini mencari kebenaran! (Katanya): “Waktu malam hari yang saya berjumpa kamu itu, saya tidur sambil menangis dan meminta Allah agar menunjukkan kepadaku kebenaran! Dan dengan sebenar-benarnya! Maka aku telah melihat di dalam mimpi tidurku nabi Isa (AS), menunjuk kepadaku dengan jari telunjuk kanannya sambil berkata kepadaku: ‘Jadilah Muhammadian (pengikut Muhammad)!’ Kemudian akupun keluar daripada rumahku dan berjumpa dengan kamu.”


Saudara-saudaraku bersumpah dengan nama Allah (sambil menceritakan lagi): Muazzin pun memanggil azan untuk solat Isya’. Beliau pun masuk bersamanya untuk solat Isya’, dan di rak’at pertama, beliau melakukan sujud tetapi tidak mengangkat kepalanya. Saudara-saudaranya ingatkan beliau tertidur. Apabila solat berakhir, Imam pun memanggilnya, dan saudaranya yang berada di sebelah pun memanggilnya, tetapi beliau tidak menjawab. Salah seorang pun bangun dan menggerakkannya, lalu beliaupun jatuh. Barulah mereka tahu bahawa rohnya telah dicabut oleh Allah sedangkan beliau dalam keadaan sujud!


Inilah husnu al-Khatimah!



****

Betapa ketika disini, ramai yang bertindak meninggalkan apa yang telah ada dalam genggaman dan berfikir kebenaran dengan hawa nafsu dan kepuasan dunia, ada yang mencari, sehingga menggigil menikmati Rahmat dari perjalanan dan pertemuannya..

ketika ramai yang lupa menyatakan terima kasih kepada Tuhan yg mengizinkan dia bernafas dan meneguk segala nikmat, ada yang bertemu dengan Allah nya ketika sedang asyik bersujud menyatakan syukur

ALLAHU AKBAR!

~UNJ~

No comments:

fb