Wednesday, June 1, 2011

KEM SYABAB MUSLIM


[SILA KLIK GAMBAR UTK BESARKAN]

PENGENALAN
Kem Syabab Muslim merupakan program sulung yang dirancang menerusi Lujnah Tarbiah Dewan Pemuda Pas Parit Sulong. Ia dilihat sebagai satu usaha untuk mendekati masyarakat khususnya di lapisan remaja di samping memberikan beberapa penekanan penting dalam membentuk peribadi remaja yang berjati diri serta beridentitikan seorang muslim. Ia sekali gus melahirkan masyarakat yang menjulang tinggi Islam sebagai satu agama yang menjadi wadah pembawa kesejahteraan.
  
OBJEKTIF
2.1 Melahirkan generasi yang berilmu dan menjiwai Islam sebagai cara hidup.
2.2 Menanam akidah yang jelas dalam kalangan remaja.
2.3 Memupuk akhlak, nilai-nilai murni dan perkerti mulia.
2.4 Memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab dan tuntutan terhadap agama, diri, masyarakat dan negara.

TEMA
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

ANJURAN
Lujnah Tarbiah, Dewan Pemuda Pas Parit Sulong, Sesi 2011/2013

TARIKH DAN HARI
13 hingga 15 Jun 2011 bersamaan 11 hingga 13 Rajab 1432H pada hari Isnin, Selasa dan Rabu

TEMPAT
6.1 Sekolah Rendah Islam Sungai Kajang

SASARAN PENYERTAAN
Pelajar sekolah yang berumur antara 10 tahun hingga 17 tahun. 

HARAPAN
Semoga program yang dirancang ini berjalan dengan lancar bagi memastikan matlamat yang disasar tercapai dengan jayanya melihat kepada kesungguhan dan tawakal yang tinggi kepada Allah S.W.T. Di samping itu, Ia juga memerlukan penggemblengan kekuatan serta paduan tenaga daripada pihak penganjur, para peserta dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakannya.