Wednesday, June 15, 2011

Apakah Matlamat BERSIH 2.0 Sebenarnya?




Kenapa UMNO/BN sukar untuk menerima serta melaksanakan tuntutan dari Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil .. kalau dilaksanakan tuntutan tersebut, pastinya himpunan tersebut akan dibatalkan... ????

Perhimpunan Rakyat BERSIH 2.0
BERSIH 2.0 ingin memberi penjelasan mengenai pengumuman yang dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS):

BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Gabungan ini tidak diwakili oleh mana-mana parti politik, malahan Jawatankuasa Pepandu juga bebas dari penglibatan ahli politik.

BERSIH 2.0 ingin memaklumkan bahawa sememangnya keputusan untuk mengadakan ‘Perhimpunan Rakyat’ telah dibuat di sewaktu satu perjumpaan bersama wakil-wakil dari beberapa kumpulan baru-baru ini. Kami menghargai minat semua yang hadir di perjumpaan tersebut di mana para hadirin telah membentuk satu jawatankuasa kecil untuk melaraskan acara ini. 

Pada perjumpaan tersebut, BERSIH 2.0 telah mencadangkan acara ini untuk mempromosikan demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya dan mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam. Kami ingin menekankan bahawa inisiatif ini dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua parti-parti politik untuk bergabung kuasa dengan rakyat untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini. Jemputan akan dihantar kepada semua parti-parti politik untuk menyertai usaha ini.
 
Perhimpunan Rakyat akan diadakan pada 9 Julai 2011 pada satu masa yang akan dimaklumkan nanti. Kami berharap acara ini akan diberi sokongan oleh semua ahli-ahli politik, terutamanya oleh rakyat jelata. BERSIH 2.0 akan membuat pengumuman apabila butiran acara tersebut telah ditetapkan.

BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian. Terdapat tiga tujuan utama acara ini dianjurkan; iaitu untuk mengutarakan tuntutan rakyat untuk reformasi pilihan raya, mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam, dan mengambil pendirian menentang rasuah yang berleluasa di setiap tahap lapisan masyakat.

BERSIH 2.0 kecewa bahawa pengumuman acara ini disambut dengan kecaman keras dan ugutan untuk menghalang acara tersebut. BERSIH 2.0 berharap pihak berkuasa mengubah pendiriannya yang tidak progresif terhadap hak kebebasan rakyat untuk bersuara.

Sebaliknya, masa telah tiba untuk pihak-pihak yang diamanatkan untuk menguruskan negara untuk “mengambil kira pendapat-pendapat rakyat jelata”. Di seluruh dunia, suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan masyarakat sedang berlaku dan kami ingin menjemput pihak berkuasa untuk menghormati suara-suara tersebut.

BERSIH 2.0 ingin menghubungi pihak polis untuk memberi jaminan dan bantuan agar acara tersebut dapat diteruskan dengan aman. Kami berharap pihak polis akan berkerjasama dengan kami dalam perkara ini.

Yang benar,
Dato’ Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk

BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

1 comment:

Anonymous said...

bgos..

fb