Tuesday, February 8, 2011

Rayuan Bantuan Banjir




Baru – baru ini, kita dikejutkan dengan bencana yang menimpa saudara – saudara kita di kawasan Parit Sulong khususnya dan negeri Johor amnya. Bencana ini telah melanda di Sri Medan, Pagoh dan sekitar kawasan yang tanah rendah. Bencana alam ini sering terjadi di mana - mana negara di dunia ini. Kalau dahulu, telah berlaku di Bangladesh dan kini, berada di tempat kita. Semua ini kuasa Allah, kita sebagai hambanya hanya mampu bersabar dengan ujian yang datang dan berdoa bagi menjauhi dari malapetaka yang lagi teruk. 

Oleh yang demikian, pihak kami mengadakan pungutan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa – mangsa banjir. Tuan / puan boleh menghulurkan bantuan samada dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan seperti makanan iaitu beras, biskut (high energy biscuit), minyak masak dan sebagainya. 

Pihak kami amat mengalu – alukan bantuan dan sumbangan tuan / puan sebagai tanda prihatin terhadap saudara – saudara kita kepada mereka. Dengan sokongan tuan / puan, penderitaan beberapa kelompok mangsa banjir yang kami kenalpasti dapat kita sama-sama ringankan.

Untuk maklumat lanjut, tuan / puan boleh menghubungi Sdr. Mohd Jofri Bin Hj Mislam (017-7690038)

1 comment:

pemuda sulong said...

Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima..