Thursday, February 24, 2011

Mencari Senang Dalam Senang

MENCARI SENANG DI DALAM SENANG

Diceritakan satu malam, Ibrahim Adham, seorang raja sedang beristirehat di atas tilam empuk dalam istananya. Baginda bersenang-senang sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba terdengar seseorang sedang bergerak-gerak di atas syiling istananya. Makin lama, makin kuat kedengarannya.


”Siapa di atas tu?” bentak Ibrahim Adham.


“Saya, pengembala kambing…”


Kedengaran satu suara menjawabnya dengan jelas.


”Apa yang kau buat di atas atap istanaku?”


“Aku mencari kambingku yang hilang,” jawab suara yang tidak kelihatan itu lagi.


“Cis,
pelik sungguh. Masuk akalkah kau mencari kambing yang hilnag di atas atap?”


“Begitulah wahai Ibrahim… adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu. Itu samalah dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!”


Diberitakan, selepas insiden itu Raja Ibrahim Adham tersedar daripada kelalaiannya. Suara itu menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat tanpa memikirkan kesusahan rakyat. Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada orang kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi. Bertahun-tahun berjuang mendidik diri, derjat ketaqwaan meningkat hingga terkenallah baginda seorang seorang waliullah yang tersohor.


Pengajaran:
Tidak ada jalan mudah untuk mendapat kebahagiaan dan kejayaan abadi. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Iman dan ujian, sentiasa lazim berlaziman. Tidak ada ganjaran tanpa ada kesusahan. Sebaiknya, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga...

No comments:

fb