Sunday, July 4, 2010

Washington Post label anti-Israel


Anwar, Erdogan Dikecam Yahudi


  • KOLUMNIS Washington Post, Jackson Diehl menyamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai bersikap keras terhadap Israel.
  • WASHINGTON post juga menyifatkan perubahan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada 'seorang demokrat yang pro-Amerika' kepada 'seorang fanatik anti-Israel' sebagai satu yang serius dan kini mula menjadi trend.
  • DATO' SERI ANWAR IBRAHIM menjelaskan bahawa kekesalan menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis" seperti yang dilaporkan Washington Post bertujuan mengelakkan salah faham masyarakat antarabangsa bagi menghindari tuduhan 'anti-semitik' yang dihadapi Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad. 
  • HUBUNGAN rapat Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin berketurunan Yahudi Amerika digunakan untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.
  • Pemimpin UMNO/BN diingatkan supaya tidak menjadikan sentimen anti-YAHUDI sebagai modal politik meraih sokongan rakyat sedangkan dimasa yang sama menjalinkan dengan rejim haram tersebut.
  • SEBAGAI contoh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyokong keputusan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melantik APCO Worldwide (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) sebagai perunding dengan bayaran RM77juta setahun.
  • MENTERI PENERANGAN, Dato' Seri Rais Yatim dicabar mengarahkan media arus perdana menterjemahkan dan menyiar artikel penuh The Washington Post serta mengatur majlis debat melalui siaran terus menerus diantara Dato Seri Anwar Ibrahim dengan Dato' Seri Najib Tun Razak. 

No comments: