Showing posts with label tanah. Show all posts
Showing posts with label tanah. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Selamatkan Tanah Johor

 

Tujuan utama Himpunan Tanah Rakyat ini adalah untuk mendesak Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap tanah dan pihak Kerajaan Persekutuan yang menggubal Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965, sekali gus menyelesaikan masalah tanah yang telah membebankan rakyat selama ini.

Kami Menuntut Atas Sebab :-



  1. ketelusan pengurniaan tanah
  2. rampas tanah penyeleweng
  3. hentikan pengurniaan tanah
  4. selamatkan tanah rizab Melayu
  5. wartakan tanah rizab orang asal
  6. keadilan pampasan tanah
  7. kurangkan birokrasi tanah

Thursday, April 26, 2012

Rumah YB Disimbah Cat



KENYATAAN MEDIA

Rabu 25hb April 2012
Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)  cukup kesal  dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah Pengerusi TANAH yang juga Presiden (Persatuan Anak-anak Peneroka Generasi Kedua) ANAK, Sdr Mazlan Aliman. Kejadian ini disedari oleh isteri Sdr Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong. Isteri beliau terhidu bau cat minyak di belakang rumahnya di Felda Bukit Ramon, Kulai Johor.


 Kejadian ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh masa 1 minggu di Negeri Johor. Pertama berlaku pada 19hb April di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan keduanya pada 22hb April 2012 di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang(PAP), Saudara Azhar Mansor dan kejadian ketiga berlaku di rumah Sdr Mazlan Aliman pada awal pagi 24hb April 2012.
Perbuatan tidak bermoral ini berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan TANAH yang akan menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5-5-2012 jam 2.00 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru. Antara tuntutan TANAH adalah menuntut kembali Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menyiasat penyerahan tanah KTM Tg. Pagar, menghentikan pengurniaan Tanah kepada KPRJ/Kroni dan merampas tanah penyeleweng.
 
 
 
Semalam Sdr Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media akan menurunkan 10 ribu ahli dan penyokong-penyokong TANAH ke Dataran Merdeka pada sabtu 28hb April 2012 sebagai tanda sokongan TANAH kepada Himpunan Bersih 3.0. TANAH akan bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian berarak secara beramai-ramai ke Dataran Merdeka.
TANAH mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini. Ini bagi mengelakkan kejadian di ingini berlaku selepas ini.
Yang Benar
SUHAIZAN BIN KAIAT
SETIAUSAHA
GABUNGAN TANAH RAKYAT (TANAH)
019-7285174

Johor Bangkrap?


KENYATAAN MEDIA
Khamis 26hb April 2012


KPRJ  RUGI  HAMPIR 50 JUTA


Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)  sangat kesal dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan(Government Link Company) di Negeri Johor iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang kerugian hampir RM50 juta kerana menjual 2 lot tanah dengan harga dibawah pasaran. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 mukasurat 160 dan 161 telah dinyatakan dengan jelas kelemahan KPRJ ini.


Laporan audit menyatakan :

“ Mengikut amalan terbaik, penilaian perlu dibuat terhadap setiap tanah yang dijual bagi mempastikan pulangan hasil yang terbaik. Semak Audit terhadap Master Agreement  bertarikh 30 Mei 2007 antara KPRJ dengan Credence Resources Sdn Bhd(CRSB), Danga Bay Holding Sdn Bhd(DHB) dan Danga Bay Sdn Bhd (DBSB) mendapati KPRJ telah menjual sembilan bidang tanah seluas 229.9 hektar pada harga RM 160.09 juta. Semakan audit mendapati dua daripada sembilan bidang tanah tersebut telah dijual pada harga RM22.38 juta berbanding penilaian Jabatan Perkhidmatan Dan Penilaian Harta (JPPH) yangbernilai RM72.17 juta iaitu perbezaan sejumlah RM49.79 juta atau 222.5%. Harga jualan juga lebih rendah berbanding penilaian firma juruukur sebanyak RM73.81 juta atau 329.8%. “


KPRJ telah menjual dua lot tanah dengan pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kelemahan ini telah menyebabkan KPRJ kerugian RM49.79 juta. Pengerusi KPRJ yang juga Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman hendaklah menjelaskan kepada rakyat kenapa beliau membenarkan penjualan tanah yang merugikan rakyat khususnya rakyat Negeri Johor.

KPRJ telah memberi alasan bahawa pihaknya menggunakan penilaian yang telah dibuat oleh JPPH pada tahun 1999 bagi tanah yang terletak bersebelahan. Harga pada tahun 1999 bagi tanah bersebelahan ini telah menjadi asas kepada KPRJ untuk menjual 2 lot tanah tersebut. Persoalannya kenapa KPRJ tidak mendapatkan penilaian semasa daripada JPPH sebelum jualan dibuat dan hanya mengambil jalan mudah menggunakan penilaian tanah 8 tahun yang lalu?


Penjualan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran yang menyebabkan kerugian KPRJ hampir RM50 juta merupakan suatu penjualan luar biasa, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh rakyat negeri Johor. Pengerusi KPRJ yang juga Menteri Besar Johor wajib bertanggungjawab terhadap kelemahan ini.

Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) telah meletakkan salah satu tuntutan dalam Himpunan Tanah Rakyat yang akan diadakan pada 5hb Mei 2012 jam 2 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru adalah menuntut dihentikan pengurniaan tanah kepada KPRJ kerana telah terbukti KPRJ tidak telus dalam menguruskan tanah di Negeri Johor.



Yang Benar,


SUHAIZAN BIN KAIAT
SETIAUSAHA
GABUNGAN TANAH RAKYAT (TANAH)
019-7285174