Showing posts with label mat sabu. Show all posts
Showing posts with label mat sabu. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

UMNO termuntah di atas pentas PR

Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.

Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR. Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.
Sekumpulan anak muda bersama bendera BN, berkumpul di atas motorsikal menunggu arahan untuk menggempur tempat ceramah.

khirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.

Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.
Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu.

Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi.

'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.

Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais. Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.

Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri. 

Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sungai Balang, Mejar (b) Othman Ma’an diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard.

Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah.

Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.

Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.

Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.

Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.





Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu. Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu.



Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini.

Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat.

Saturday, October 8, 2011

Akibat ke-CELUPAR-an abg Mat Sabu



Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.


Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.
“Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.


“Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela,” tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.


Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.


“Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?” satu lagi pandangan yang dilontarkan.


Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.


"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.


"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib.


Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.


“Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya.


Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...


Antara komen lagi:


“Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia.


“Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...”


Sumber : http://adf.ly/367dI 

Monday, October 3, 2011

Isu Mat Indera : Mat Sabu Menang

Isu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan mungkin sampai ke penghujungnya, dan mungkin juga tidak. Di dalam media isunya kelihatan sudah berlalu, diambil alih oleh isu hudud. Namun di puncak menara gading, isu ini mungkin terus diperdebatkan sehingga sejarah tentang kemerdekaan ditafsir dan ditulis semula suatu hari nanti.

Profesor Zainal Kling (ZK) dan Profesor Khoo Kay Kim(KKK) telah menelanjangi keintelektualan mereka sendiri. Suatu ketika, KKK bagai seorang mahaguru yang mengarahkan Mat Sabu hadir ke kuliah sejarah di pejabatnya. Nampak terbetik keangkuhan seorang mahaguru apabila berhadapan seorang yang dikatakan ‘kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’. Isu Mat Indera ini berlanjutan hingga menelurkan polemik baru iaitu, Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Namun apabila bangkit professor dan cendikiawan sejarah menolak hujah ZK dan KKK, mereka berdua ini bagai mati kuku apabila bertemu buku dengan ruas. Tidak pula mereka berdua berani menyanggah keilmuan pakar sejarah, Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar, pensyarah Jabatan Sejarah UM, Dr. Kamal Ahmad Ariffin Muhd Rus dan beberapa orang lagi cendekiawan sejarah yang mempunyai pandangan yang kontradik dengan mereka . Apatah lagi, pemimpin UMNO sendiri tidak bersedia untuk menyokong mereka tentang isu Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Agaknya mereka tersedar bahawa UMNO yang bermata juling sedang menjeling mereka. Lantas, mereka mendiamkan diri sebagai tanda memahami maksud jelingan itu. 

Jadi rumusannya ialah, dakwaan Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan belum dapat dipatahkan oleh oponennya. Selama mana hujah Mat Sabu tidak dipatahkan selagi itulah kata-kata Mat Sabu adalah benar, meskipun sejarah belum ditulis semula secara bersurat. Apa yang benarnya di pihak Mat Sabu?

Pertama, Mat Indera ialah salah seorang pejuang kemerdekaan. Beliau menentang Inggeris, bukan menentang bangsa dan tanahairnya. Wiralah itu namanya apabila sanggup berkorban nyawa demi membebaskan bangsa dan tanah airnya daripada pihak penjajah yang merompak hasil mahsul dan kedaulatan tanah air. Beliau mati digantung. Rakan yang mengkhianatnya, Bajuri, hidup senang-lenang dengan habuan $75 000.00 oleh British kerana memberkas Mat Indera. Sarjan ini kemudiannya menjadi Ketua UMNO Pontian. Kalau Mat Indera wira, tak kan Ketua Pemuda UMNO itu juga wira. Apa filem ini? Habis kalau bukan wira, itulah manusia normal panggil pengkhianat. Pengarah filem yang abnormal sahaja sanggup mengangkat pengkhianat menjadi wira.

Kedua, polis yang berkhidmat pada tahun 1950 ialah polis penjajah Inggeris. Polis ini tiada kena-mengena dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbentuk selepas merdeka atau penubuhan Malaysia. Apa yang PDRM nak sakit hatinyanya? Polis penjajah Inggeris adalah talibarut Inggeris walaupun berbangsa Melayu. Mereka sanggup bekerja untuk Inggeris demi sesuap nasi meskipun terpaksa membunuh bangsa dan ulama sendiri. Merekalah yang menangkap dan sanggup menggantung mayat ulama pejuang, Tok Janggut. 

Tok Janggut tidak dipandang hina oleh generasi kini. Yang dipandang hina ialah segelintir bangsa yang sanggup mengkhinati kawan dan bangsanya sendiri.
Ketiga, antara hakikat dan teknikal, yang diterima secara rasmi dan kolektif oleh negara kita ialah Tanah Melayu pernah dijajah. Ini tidak perlu dipertikaikan lagi oleh ZK dan KKK. Apabila ZK dan KKK mengusarkan masyarakat dengan dakwaan lekeh dan leceh mereka, sewajarnya bangun rakyat membuat 1,000 laporan polis terhadap keceluparan mereka. Itupun kalau benar justifikasi Ketua Polis Pulau Pinang yang berkata bahawa Mat Sabu didakwa kerana terlalu banyak laporan polis. Maka yang difahami ialah Mat Sabu kena dakwa bukan kerana lontaran isunya tetapi kerana laporan polis terlalu banyak . 

Macam ada kebangangan dalam justifikasi ini. Agak-agak baru ada 10 laporan polis terhadap ZK. Jadi PAS/PR/NGO setiap cawangan (bukan setiap bahagian), perlu buat laporan polis kalau nak cukup 1000 laporan demi memenuhi kebangangan itu. Biarlah Mat Sabu kena dakwa asalkan anak Kling dan KKK juga didakwa. Baru adil. Namun yang sebaiknya ialah gugurkan tuduhan terhadap Mat Sabu kerana kebangangan justifikasi Ayub Yaakob tadi.

Kesimpulannya, kita wajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO kerana telah mengangkat Mat Sabu sebagai wira. Utusan Malaysia dengan UMNO tak lain tak bukan sebagai contoh sokong membawa rebah. Insya-Allah kedua-duanya akan rebah selepas PRU13 nanti.

Sumber : NK

Saturday, June 4, 2011

Mat Sabu: Ini perubahan untuk p'raya


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perubahan kepimpinan yang berlaku dalam pemilihan PAS kali ini disebabkan muktamar yang diadakan berdekatan dengan pilihan raya.