Saturday, July 24, 2010
Prepare For The War
Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas. - MerdekaReview,
"Biarkan.....
Friday, July 2, 2010
Berjuang Terus..
Wednesday, June 30, 2010
Kempen Tak Nak Judi 3 Julai 2010
3 Julai 2010 [ SABTU ]
Jam : 2.00 Petang
Perkarangan Masjid Negara KL
Jumpa anda di sana!
Tuesday, June 8, 2010
Israel dan Malaysia
Anda suka Israel atau menentang Israel?Anda pilih..Anda MAMPU mengubahnya dengan
undilah Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.
Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) mengajak rakyat supaya menolak proksi zionis Israel di Malaysia sebagaimana dunia menolak kuasa haram itu di peringkat antarabangsa."Kalau zionis Israel yang jauh pun kita sebagai rakyat menyertai dunia mengecam kuasa haram itu di Dewan Rakyat dan di jalan raya, sepatutnya kita perlu menolak proksi-proksi mereka ini yang ada dekat di dalam negara," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Menurut beliau, proksi zionis Israel yang dimaksudkan adalah mereka yang terbabit melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel.

Tambahnya lagi, proksi yang dimaksudkan termasuk juga mereka yang terbabit membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.
Bagi beliau, selagi rakyat tidak menggunakan ruang demokrasi dengan menolak para pemimpin Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, selagi itu negara akan terus dipimpin oleh mereka yang nyata mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta seakan memelihara kepentingan negara haram Israel.
Beliau seakan turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
kerana dilihat tidak berani mengkritik Amerika Syarikat yang nyata bersikap bias pada zionis Israel."Malaysia baru sehari dua ini bercinta dengan Barrack Obama, sebab itu Perdana Menteri kita kurang menyerlah berbanding Amerika Syarikat yang nyata melindungi kepentingan negara Israel sekian lama," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan para pemimpin negara-negara umat Islam supaya tidak sekadar mencari populariti dengan bersandiwara menentang zionis Israel ekoran bantuan kemanusiaan sedunia dihalang masuk ke Gaza baru-baru ini.
"Tiba-tiba saja kita mendengar pemimpin itu dan ini menjadi juara menentang zionis hingga tenggelam kuasa-kuasa yang lantang seperti Iran dan Venezuela kerana populariti, sedangkan mereka ini ada yang diam-diam menyokong dasar-dasar Amerika dan Israel," jelasnya lagi.
Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa segelintir pemimpin Umno BN terbabit sanggup menggadai kepentingan negara demi memelihara kepentingan bersama Amerika Syarikat serta negara haram Israel sekiranya mereka terus menjadi kerajaan di Malaysia.
Wednesday, June 2, 2010
Kesian dia..

1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang kalah dalam pertandingan merebut Presiden MCA di tangan Datuk Seri Chua Soi Lek.
2. Bekas Timbalan Menteri Kewangan yang menguruskan isu judi bola bagi pihak Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik menggantikan Kong sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
3. Anak Presiden MCA yang juga ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau menggantikan Datuk Johari Baharom, Ketua Umno Kubang Pasu.
4. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan mengambil tempat Chor Chee Heung.
5. Gan Ping Sieu dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
6. Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan.
7. Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dilantik sebagai Timbalan Menteri Industeri Pertanian dan Komoditi. Beliau menggantikan Datuk Hamzah Zainudin, ahli Majlis Tertinggi Umno.
8. Ahli Parlimen Serian dari SUPP, Datuk Richard Riot dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.
9. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna.
10. Jelaing anak Mersat dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.
11. Datuk Lee Chee Leong dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Sunday, May 30, 2010
UMNO bakal lesap di Johor
| Harakahdaily |
| KOTA BHARU, 30 Mei: Salah maklumat adalah antara punca kekalahan calon BN di Sibu, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. "Bayangkan, sebulan sebelum dinamakan sebagai calon BN di Sibu, Robert Lau telah datang ke Kota Bharu dengan membawa banyak Maggi mi kerana bimbang tidak ada makanan di sini," kata Husam dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi. Bagi beliau, apa yang dilakukan oleh calon BN ini adalah kedangkalan beliau tentang maklumat. Husam berkata, Robert Lau datang ke Kota Bharu untuk memimpin pasukan Squash Sarawak bagi menyertai kejohanan squash di Kota Bharu. "Sesampai beliau di lapangan terbang Kota Bharu, beliau telah dijemput oleh rakannya seorang Cina dari Sibu yang membuat projek hartanah di sini. "Beliau telah dibawa makan ke merata tempat di sini dan beliau tentu sangat terkejut dengan apa yang beliau lalui di sini. Sebulan selepas itu, bayangkan beliau menjadi calon BN dalam keadaan beliau tertinggal banyak maklumat dan terkejut dengan maklumat sebenar," cerita Husam. Di samping itu, Husam juga menceritakan, seorang makcik berbangsa Iban di Sibu juga menunjukkan keganjilan yang berlaku dalam pilihan raya itu. "Makcik ini beritahu anaknya, dia mahu undi parti Nik Aziz dalam pilihan raya kecil Sibu. Anaknya beritahu, parti Nik Aziz tak bertanding di Sibu, hanya parti rakan Nik Aziz sahaja bertanding. Kalau gitu, aku nak undi parti rakan Nik Aziz," cerita Husam. Bagi beliau cerita sebegini satu yang menarik dan bakal mencorak politik masa depan. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tidak ada pihak yang menjangka DAP boleh menang dalam pilihan raya Sibu kerana ia adalah kubu BN sejak sekian lama. "Tetapi kalau Tuhan hendak BN tumbang, akan tumbanglah dia, DAP pun menang dan BN tidak boleh tahan lagi," kata Guan Eng. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan pemimpin PAS dan PKR yang membantu menjayakan calon DAP di Sibu. |
Dan tak mustahil juga, UMNO Johor bakal ditumbangkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
Sunday, May 16, 2010
DS Najib: You help me, I help you
"He is our young fighting cock. He can work anywhere in the world, but he told me that Sibu has been good to his family.
"He said they owe a debt to Sibu, and that is why he is offering himself as candidate for Sibu.
"I stand by Robert Lau Jr and no one else. When he stands, he speaks for Sibu and he has my ear as prime minister," he said.
Najib promises to sign a cheque of RM5 million to resolve flood woes in Rejang Park if BN candidate Robert Lau wins.
"Let's make a deal. If you deliver me Robert Lau Jr on Sunday, I will sign the cheque on Monday," he said to a spirited response from the 1,000-odd crowd.
Shot & Edited by Maran Perianen
