Showing posts with label apco worldwide. Show all posts
Showing posts with label apco worldwide. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Washington Post anti-Israel


Oleh Jackson Diehl
Washington Post

Berikut adalah terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan di akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia.

ANWAR Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup dikenali sebagai pejuang demokrasi liberal dikalangan negara - negara Islam.

Diantara kawan - kawanya yang ramai di Washington, teramsuk ahli pergerakan neokonsevatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore.

Akhir - akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru - baru ini, beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dimana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, APCO Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarkat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat - sahabat AS dibeberapa tempat seperti di Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Pertama; sedikit mengenai Anwar. Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan Perdana Menteri dibawah orang kuat Malaysia, Mahathir Mohamad dalam 1990an, beliau mula menekankan pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara, dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat.

Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu.

Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya.

Tidaklah mengejutkan, Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang - undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti - bukti yang dikemukakan sekali lagi mencurigakan.

Si penuduh yang berusia 25tahun mengaku menemui Perdana Menteri, Najib Razak dan berbual menerusia telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku.

Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. JIka ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan kesalahan, masa depan politik dan gabungan pembangkang mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya; kesihatannya yang tidak begitu baik.

Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak dapat sokongan sewajarnya dari Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannyayang pertama dimana timbalan presiden AS pada waktu itu, AL Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar dikhalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April yang lalu.

Selepas "dialog pegawai kanan" diantara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar juga tidak dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama. 

Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika Syarikat kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan APCO telah memanipulasikan kerajaan unutk menyokong Israel dan kepentingan AS.

Beliau juga berkata ejen Isarel yang menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan.

Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata - kata Anwar terhadapnya; APCO berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel disekeliling Washington.

Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkan sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini.

Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadapa Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," 

ANwar memberitahu saya, "Jika anda kata saya tidak berhati -hati bila bercakap kadang - kadang, itu juga benar."
Anwar juga berada di Washington buat bebrapa minggu lalu, mengahbaiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan - kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Beliau berkata; beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?"katanya. "Saya perlu berhati-hati".

Ramai dikalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah tetapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya.

Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro Amerika kepada seorang yang fanatik anti-Israel merupakan satu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend.

Untuk download artikel ini DISINI
p/s: Sila pastikan PC anda telah dilengkapi software AdobeReader (.pdf).

Tuesday, June 8, 2010

Israel dan Malaysia


ANDA MAHU MALAYSIA YANG KITA CINTAI MENJADI BEGINI?
Anda suka Israel atau menentang Israel?Anda pilih..

Anda MAMPU mengubahnya dengan
undilah Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HarakahDaily :
Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) mengajak rakyat supaya menolak proksi zionis Israel di Malaysia sebagaimana dunia menolak kuasa haram itu di peringkat antarabangsa.
"Kalau zionis Israel yang jauh pun kita sebagai rakyat menyertai dunia mengecam kuasa haram itu di Dewan Rakyat dan di jalan raya, sepatutnya kita perlu menolak proksi-proksi mereka ini yang ada dekat di dalam negara," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, proksi zionis Israel yang dimaksudkan adalah mereka yang terbabit melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel.


Tambahnya lagi, proksi yang dimaksudkan termasuk juga mereka yang terbabit membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.

Bagi beliau, selagi rakyat tidak menggunakan ruang demokrasi dengan menolak para pemimpin Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, selagi itu negara akan terus dipimpin oleh mereka yang nyata mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta seakan memelihara kepentingan negara haram Israel.

Beliau seakan turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

kerana dilihat tidak berani mengkritik Amerika Syarikat yang nyata bersikap bias pada zionis Israel.

"Malaysia baru sehari dua ini bercinta dengan Barrack Obama, sebab itu Perdana Menteri kita kurang menyerlah berbanding Amerika Syarikat yang nyata melindungi kepentingan negara Israel sekian lama," ujarnya lagi.



Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan para pemimpin negara-negara umat Islam supaya tidak sekadar mencari populariti dengan bersandiwara menentang zionis Israel ekoran bantuan kemanusiaan sedunia dihalang masuk ke Gaza baru-baru ini.

"Tiba-tiba saja kita mendengar pemimpin itu dan ini menjadi juara menentang zionis hingga tenggelam kuasa-kuasa yang lantang seperti Iran dan Venezuela kerana populariti, sedangkan mereka ini ada yang diam-diam menyokong dasar-dasar Amerika dan Israel," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa segelintir pemimpin Umno BN terbabit sanggup menggadai kepentingan negara demi memelihara kepentingan bersama Amerika Syarikat serta negara haram Israel sekiranya mereka terus menjadi kerajaan di Malaysia.