Showing posts with label amerika syarikat. Show all posts
Showing posts with label amerika syarikat. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

BERSIH : FRU guna kanister (Gas Pemedih Mata) Israel


Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Wednesday, July 21, 2010

Perkasa adalah Militan - Duta AS

Bekas duta AS ke Malaysia, John R. Malott pula kata Perkasa adalah sebuah pertubuhan kumpulan Militan. Nampaknya, Perkasa berterusan diserang oleh pelbagai pihak dari dalam dalam dan luar negara.

“Saya anggap dia (Malott) tolol. Tulisan itu tidak betul dan dia seorang
bekas diplomat yang berani membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
Dia (Malott) gila mengatakan Perkasa adalah kumpulan militan” - Ibrahim Ali

Monday, July 5, 2010

Kenal & Kutuk Perangainya..


Sesungguhnya, orang Yahudi ada perangai yang amat buruk. Maka munasabahnya mereka serang orang yang ingin membuat kebajikan, rombongan yang hendak menolong orang dalam kesusahan dan yang mahu menghulur bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza. Allah Subhanahu wa taala (SWT) menceritakan perangai mereka itu di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT,

 

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" (4). Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah

Wednesday, June 2, 2010

PERKASA 'bunuh diri'

Berhubung dengan demo bantahan dan menghantar memorandum ke Kedutaan AS di Kuala Lumpur pagi tadi, seorang ahli dari PERKASA cuba untuk membunuh 'diri'nya, dengan menyelar lehernya dengan sebilah pisau. Lelaki itu dikenali sebagai Moin Mohmed Habib, yang berasal dari Palestin, menyertai demonstrasi tersebut.
Lelaki tersebut cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang berada disitu. Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pegawai polis yang mengawal keadaan.
Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat dan dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan.

Bermula jam 10.30 pagi tadi, demontrasi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu bertujuan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Amerika Syarikat.