Saudara muslim. Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan akidah seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya.
Pertama, Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firmannya yang bermaskud: Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya (kekal) didalam neraka, dan tiada penolong bagi orang orang yang zalim”. (surah Al Maidah ayat 72).
Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan pertolongan dari orang orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.
Kedua, menjadikan sesuatu sebagai perantara diantara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut menurut kesepakatan (ijma’ ) ulamak adalah kafir.
Ketiga, Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian, ia telah kafir.
Keempat, Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi adalah lebih sempurna atau berkeyakinann bahawa hukuman yang lain daripada hukum Allah lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah SAW, maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Contoh, a) Berkeyakinan bahawa peraturan atau pandangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam.
-Atau berkata bahawa undang undang Islam tidak sesuai dilaksanakan dizaman globalisasi ini.
- Atau berkata Islam adalah penyebab kemunduran kaum muslimin.
- Atau berkata Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan duniawi.
b) Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (mushsan) tidak sesuai lagi pada zaman kini.
c) Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan Allah sama ada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum hukum tersebut lebih utama daripada syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan nyata diharamkan oleh Allah dalam perkara seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam ( ijma’).
Kelima, membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW sebagai syariat, walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana Firman Allah yang bermaksud: ”demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka” (Surah Mohammad ayat 9).
Keenam, Mempersendakan Allah atau kitabnya atau Rasulullah atau sesuatu daripada ajaran Islam, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah yang bermaksud: ” Katakanlah (wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat ayatnyanya Rasulnya kamu sekalian memperolak olak? Tiada artinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman” (At Taubah ayat 65-66).
Ketujuh, Sihir, diantaranya ilmu guna guna (sarf) iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah yang bermaksud: ”Sedangkan kedua dua malaikat itu tidak mengajar (suatu sihir) kepada sesiapapun sebelum mengatakan sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu. Oleh itu janganlah kamu menjadi kafir (surah Al Baqarah ayat 102).
Kelapan, Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah yang bermaksud: ” Dan barang siapa diantara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk didalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang zalim” (surah Al Maidah ayat 51).
Kesembilan, berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikut syariat Mohammad. Orang yang berkeyakinan demikian adalah kafir, kerana Firman Allah yang bermaksud: ” dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan diakhirat ia tergolong dikalangan orang orang yang rugi” (surah Al Imran ayat 85).
Kesepuluh, Berpaling daripada agama Allah atau perkara perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa memperlajarinya dan tanpa melaksanakan ajaranya, kerana firman Allah yang bermaksud: ”Tiada yang lebih zalim daripada orang orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadannya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang orang yang berdosa” (surah As – Sajadah ayat 22).
Dalam perkara yang membatalkan akidah muslim ini hukumannya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam maut dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaanNya dan seksaan yang sangat pedih dan kekal didalam neraka.
No comments:
Post a Comment