Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah. Dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja
bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli oleh bapanya ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.
Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dia pun mencoret semen tempat letak kereta ayahnya. Oleh kerana lantainya diperbuat daripada marmer, coretan tidak kelihatan. Dia mencuba pada kereta baru ayahnya pula. Ya... kerana kereta itu berwarna gelap, coretannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativinya. Hari itu ayah dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana kesesakan jalan raya, ada perayaan Thaipusam.
Setelah penuh coretan yang sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri kereta. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain
mengikut imaginasinya. Kejadian itu berlangsung tanpa disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru sebulan dibeli dengan bayaran ansuran. Si ayah yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerja siapa ini?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu...!", "kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yg kau lakukan?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari biliknya.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita yg membuat itu abahhh.. cantik kan!" katanya sambil memeluk ayahnya ingin bermanja seperti biasa. Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon bunga raya di depannya, lalu memukul tapak tangan anaknya berkali-kali .
Pembantu rumah kebingungan, tidak tahu apa yang harus dibuat. Si ayah cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Setelah itu si yah masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka dan berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air dia ikut menangis. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan apabila luka-lukanya itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si ayah sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan si anak membengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan ubat saja!" jawab tuannya, ayah si anak. Pulang dari kerja, dia tidak pun menjenguk anak kecil itu yang menghabiskan waktu di bilik pembantu. Si ayah kononnya ingin mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi je panadol ," jawab si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidurnya dia menjenguk kamar pembantunya. Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup kembali pintu bilik pembantunya.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik, doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya yang serius. Setelah seminggu dirawat doktor memanggil ayah dan ibu anak itu. "Tidak ada pilihan.." katanya yang menyarankan agar kedua-dua tangan anak itu dipotong kerana jangkitan yang terjadi sudah terlalu parah.
"Ia sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si ayah dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat persetujuan pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang disuntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga hairan melihat kedua tangannya berbalut kain putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya, kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam kesakitan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata, "Abah.. Mama... Ita tidak akan buat lagi. Ita tak mau abah pukul Ita lagi, Ita tak mau jahat.
"Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeria.
"Abah.. kembalikan tangan Ita, jangan abah ambil tangan .. Ita janji tidak akan buat lagi!"
"Bagaimana Ita mau makan nanti? Bagaimana Ita mau bermain? Ita janji tidak akan mencoret2 kereta abah lagi," katanya berulang-ulang.
Terasa tercabut jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung-raung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya!
Kemarahan kita bukan satu hak yang mutlak untuk kita merampas kehidupan anak-anak kita.
Semoga kisah ini mampu memberi pengajaran kepada semua.
No comments:
Post a Comment