Friday, June 10, 2011

Lembu Terbang


Assalamualaikum W.B.T

Selamat sejahtera ahli-ahli DPPPS sekalian , semoga sahabat-sahabat sentiasa ceria hendaknya , kali ini saya ingin memaparkan satu artikel yang tiba-tiba terlintas di minda untuk dicoretkan dan dikongsi bersama. adakalanya kita perlu memanjakan diri kita dengan humor tetapi tidaklah keterlaluan dan ianya bonus jika penuh pengajaran.

Di satu daerah di sebuah kampung , ada seorang yang agak ganjil dan selalu memencilkan diri , dimana sebenarnya beliau adalah orang yang selalu memikirkan masalah dunia dan ragam manusia yang tidak berkesudahan , beliau sebelumnya adalah orang yang sentiasa berjuang bersama-sama sahabat2nya namun kini beliau menyepikan diri..entah mengapa..hanya beliau yang mempunyai jawapan kepada persoalan misteri itu

Hendak dijadikan cerita , di dalam pelarian beliau dari memikirkan masalah dunia dan ragam manusia , dia telah memilih untuk memencilkan diri ke sebuah hutan supaya hatinya dapat tenang dari kehidupan yang penuh lakonan.Ketika sampai di kaki bukit di sebuah hutan yang berdekatan dengan rumahnya , terdapat sebuah gunung di mana puncaknya ialah sebuah kolam air , hatinya terkinja-kinja agar dapat sampai ke kolah tersebut,Sepanjang usaha dia mendaki gunung tersebut akhirnya dia jatuh ke dalam gaung yang dalam…

Pandangan nya gelap, terasa sendi-sendinya sakit dan beliau akhirnya pengsan!

Gerimis hujan yang menittik halus di wajahnya menyedarkan dirinya ..terasa sakit-sakit sendinya, dia memandang sekeliling ..dirinya masih berada di dalam gaung , tetapi ada satu peristiwa pelik , tiada lagi bunyi-bunyian unggas dan fauna yang kedengaran seperti mana ketika dia mula-mula tiba di hutan ini.

Yang kedengaran ialah suara-suara perbualan manusia , dia agak pelik …di mana dia sekarang? , dia tidak dapat tinggal lebih lama di dalam gaung ini, kerana jika hujan semakin lebat , nescaya keadaan menjadi lebih bahaya!

Setelah bersusah payah mendaki gaung itu , akhirnya dia sampai juga ke atas …kelihatan sekumpulan lembu yang sedang meragut rumput dan berbual-bual barangkali

Seekor lembu mendekati beliau , dan bermulalah kehidupan baru bagi dirinya iaitu berbual dengan sekor lembu!

Lembu : Siapa engkau?

Dia : Aku ni manusialah

Lembu : Takkanlah engkau lembu!

Dia : aik marah?

Lembu: Kau nak tengok aku marah ke? Tak Nampak tanduk aku ni?..aku sondol nanti!

Dia : eh..tak lah…janganlah marah…aku gurau aje..

Lembu : Kenapa kau ada kat sini?

Dia : Aku bosan dengan kehidupan aku , sebab di tempat aku ramai manusia yang pandai berlakon , lepas tu bila diajak kepada kebaikan mereka mencemuh aku , padahal mereka selalu menangung-agungkan perkara maksiat malah sahabat-sahabat perjuangan seakan menyisihkan aku!

Lembu : Jadinya engkau lari ini kerana sudah putus asa?

Dia: Mungkin begitulah..aku rasa dah tak mampu nak bagi nasihat kepada manusia di luar sana,aku rasa disinilah tempat yang paling selamat!

Lembu : Kan kau manusia dikurniakan akal untuk berfikir kan? , jadi fikirlah dengan akal kamu , jangan fikir dengan nafsu kamu!

Dia : Aik ..lembu pun pandai tarbiah..kau pernah pergi usrah ke lembu?

Lembu: Tak adalah sampai aku pergi usrah , tapi aku selalu meragut rumput dekat pondok di hujung kampung…budak-budak u-jam selalu buat usrah santai kat sana.

Dia : Oh..hebat jugak u-jam ni…lembu pun tahu!

Lembu : Kau percaya aku boleh terbang?

Dia: Kau jangan buat lawak , lembu mana boleh terbang?

Lembu : Itu maknanya kau tak percaya ukhwah & Mahabbah

Dia : aik..tarbiah lagi?

Lembu : Kau tahu siapa golongan yang Futur?

Dia: erm..tak tahu la..

Lembu : Mereka juga ialah golongan yang lari dari ukhwah & Mahabbah!

Dia : sekejap2..aku yang pening atau aku yang bengong ni…

Lembu: dua-dua!

Dia :Bila masa kau terbang? , setahu aku lembu besar gedabak macam kau ni jangan kata terbang! , kalau jatuh gaung macam aku ni , mati lapar lah kau nanti hahaha…

Lembu : Kenapa ya hujung tanduk aku ni rasa gatal-gatal? , moyang aku cakap ni petanda nak merodok orang!

Dia : eh…takdelah..aku bukan cakap lembu jenis macam kau ni…, kau ni comel..intan payung…hehe

Lembu : Aku akan terbang pada waktu pagi dan akan turun pula pada waktu petang

Dia: ye2 betul2?

Lembu : Apa yang betul?

Dia : err..kau terbang…eh..boleh tak halakan tanduk kau 90 darjah ke kanan…risau aku..

Lembu : boleh2..tapi kalau aku terkentut jangan marah na…

Dia : takpelah dapat busuk dari dapat sakit…huhu , Macamana kau boleh terbang?

Lembu : Aku terbang dengan Ukhwah & Mahabbah sesama makhluk

Dia : erm…macamana tu?

Lembu : Di Waktu pagi aku meragut rumput ..datang seekor burung yang membantu membersihkan kutu-kutu di badanku..padahal burung itu sebenarnya mengambil kesempatan untuk mencari rezeki di belakang badanku..

Dia : Kau fikir begitu?

Lembu : Aku berfikir dengan Khusnul Dzon (Sangka Baik) ..aku berfikir burung itu sedang membersihkan badan aku..jika aku berfikir Sangka buruk..sebenarnya burung ini mengambil kesempatan mencari makanan diatas badan aku!

Dia : Kau tak halau burung itu?

Lembu : Tidak kerana ..apabila dia terbang dia membawa sama perasaan mahabbah…dan dia akan kembali kepadaku demi ukhwah yang ikhlas..dan dia terbang umpama aku juga terbang bersama-samanya…

Ukhwah bukan perkara yang boleh dibuat – buat, ukhwah bukanlah dimasa berpelukan mengucapkan tahniah diantara siapa yang menang dan kalah, ukhwah bukanlah berpelukan meraikan kemenangan berpilihanraya, ukhwah bukanlah berpegang tangan ketika berdemontrasi, ukhwah bukanlah menepuk meja tanda setuju tetapi ukhwah ialah satu tindakan hati yang bersih, suci kepada seseorang yang dikasihi.

Walaupun sakit burung itu mematuk-matuk badanku..tetapi aku tahu bahawa itu fitrah si burung…

Dia : Lalu…aku ni , yang lantang berjuang..tetapi bila aku sakit …bila aku sepi ..tiada siapa yang sudi menjenguk aku..padahal aku ini adalah pejuang!..sama seperti mereka..Kadangkala aku ada pendapat yang lebih bernas..tetapi mereka tidak pedulikan..sampai masanya aku yang patut memegang jawatan tetapi disisihkan…aku bosan dengan mereka..bagi aku hidup seorang diri lebih baik dari menanggung rasa dengan mereka!

Lembu : ingatlah Firman Allah S.W.T : “Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar , tentulah mereka akan menjauhikan diri daripada sekeliling mu, kerana itu maafkanlah mereka. mohonkanlah ampun bagi mereka , dan bermusyuarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad , maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertawakalkepadanya”
Ali-Imran :159

Seorang ulama tasawuf terkenal, Fudhail bin Iyadh pernah menyebut: “Meninggalkan sesuatu amal kerana manusia adalah riak. Melakukan sesuatu amalan kerana manusia pula adalah syirik. Penyelamat daripada kedua-duanya ialah ikhlas.”

Dia : Erm..baiklah lembu yang boleh terbang!

Tiba-tiba dia terdengar sayup-sayup org memanggil namanya..dan terasa kepalanya amat berat…dan dia membuka kelopak mata perlahan-lahan…dalam pendangan yang kabur dia melihat sekelilingnya teman-teman seperjuangan ..rupa-rupanya kehilangan dia dicari oleh sahabat-sahabat dan dia dijumpai pengsan di dalam sebuah gaung di pinggir hutan!

Sahabat-sahabat : Ya Allah syeikh…apa dah jadi dgn anta ni??

Dia : Aku melihat lembu yang boleh terbang!

Artikel Asal : Ibnu Rahman

No comments: