Wednesday, March 13, 2013

Fitnah Itu Memamg Busuk


Tuduhan kepada Anwar terungkai satu-satu

Dengan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan memihak kepada Anwar Ibrahim, ia tambah meringankan beban yang dihadapi oleh ketua pembangkang berhubung dakwaan liwat olehnya.

Dalam kemunculannya di khalayak umum tidak yakin anaknya tidak diapa-apakan oleh Anwar. Dalam kemunculan pertamanya dia minta maaf kepada Anwar dan menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat. Dalam kemunculan keduanya, dia menyertai PKR.

Dia bukan seorang saksi dalam kes melibatkan anaknya, maka tindakannya tidak mengganggu kes yang sedang dirayu itu. Tetapi beban Anwar dapat diringankan sementara menunggu keputusan rayuan itu.

Walau apa pun beban yang dihadapi Anwar, mengikut pegangan undang-undang di negara kita, Anwar sebagai seorang yang dituduh tidak dikira bersalah selagi mahkamah tidak membuktikannya bersalah.

Adalah benar Anwar telah dipenjara selama enam tahun, tetapi dalam kedua-dua tuduhan liwatnya dia dibebaskan oleh mahkamah. Yang orang fikir tentang Anwar tentulah bermacam-macam tetapi dalam kes liwatnya yang pertama, dia dibebaskan. Ini bererti telah terungkai bebannya itu. 



Dari sudut undang-undang dia orang yang merdeka.

Dalam liwat kedua, apabila dia dibebaskan oleh mahkamah, ertinya orang yang mahkamah belum buktikan bersalah. Ertinya dia orang belum bersalah. Yang sangkut dalam perkara ini ialah keputusan itu sedang dirayu. Apakah dia bersalah atau tidak, tunggulah keputusan rayuan itu. Selagi rayuan itu tidak membuktikan dia bersalah, dia adalah orang merdeka.

Lain-lain beban seperti video klip yang diketengahkan oleh kumpulan tiga Dato T, selain daripada imej ketiga-tiganya tidak dillihat bersih oleh umum, maka ia tidak dimahkamahkan. Walaupun ia tidak benar-benar mati, tetapi ia tidak pula betul-betul hidup.

Kembalinya penyiasat bersendirian Balasubramaniam ke dalam negeri, membuat pengakuan kepada umum betapa kenyataan bersumpahnya adalah betul dan yang kedua adalah tidak betul, telah menambah segarkan semangat Anwar walaupun ia tiada kait dengan masalah dirinya. Demikian juga kemunculan Deepak.

Kedua-dua Balasubramaniam dan Deepak tidak bersangkut dengan Anwar, tetapi dalam suasana tertekan oleh satu kuasa atau pengaruh yang membelenggunya, apa juga yang boleh mengganggu kuasa itu akan meringan beban yang menimpa Anwar.




Deepak dan Bala adalah beban buat Perdana Menteri Najib. Najib adalah belenggu yang dihadapi Anwar. Apa-apa jua yang membebankan Najib, maka ia meringankan masalah Anwar.

Paling akhir adalah kemunculan Azlan, bapa Saiful Bukhari. Secara langsung ia menambahberatkan belenggu yang dihadapi Najib. Bukan saja Azlan menerima kesan semangat daripada tindakan Azlan yang ditujukan langsung kepadanya, Azlan pula tampil menyokong Anwar.

Nampaknya satu demi satu beban yang menimpa Anwar terungkai. Selama sekitar 15 tahun Anwar dilanda yang bukan saja menghinanya, bahkan mengaibkannya. Jika ia satu ujian, terlalu besar ujian yang terpaksa ditanggungnya.

                            
Dia dipercayai bersabar menghadapinya.

No comments:

fb