Saturday, July 7, 2012

PAS sudah lebih 20 tahun berjaya


PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yg memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan dibawah seruan membangun bersama islam..Dan, kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor..

TGNA memimpin kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990.. PAS di  Kelantan  mencapai kejayaan kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah, masuliah dan itqan yg selari dgn kehendak syariat. Justeru itu, kerajaan negeri  Kelantan  berjaya dgn rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dgn hasil mahsul anugerah Ilahi..

Kini Negeri  Kelantan  telah mendahului negeri-negeri lain dlm banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Lantaran itu berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum bahawa apa yg dilaksanakan di  Kelantan  adalah yg terbaik, malah lebih baik berbanding dgn apa yg dibuat oleh Umno & BN sebelum ini.

[ Ulama & Yg Terdahulu Memimpin, Pejuang Muda Terpimpin ] ... ALLAH HUAKBAR !!!


No comments: