MENCARI SENANG DI DALAM SENANG
Diceritakan satu malam, Ibrahim Adham, seorang raja sedang beristirehat di atas tilam empuk dalam istananya. Baginda bersenang-senang sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba terdengar seseorang sedang bergerak-gerak di atas syiling istananya. Makin lama, makin kuat kedengarannya.
”Siapa di atas tu?” bentak Ibrahim Adham.
“Saya, pengembala kambing…”
Kedengaran satu suara menjawabnya dengan jelas.
”Apa yang kau buat di atas atap istanaku?”
“Aku mencari kambingku yang hilang,” jawab suara yang tidak kelihatan itu lagi.
“Cis,
Thursday, February 24, 2011
Orang buta mencari cahaya
OBSESI DIRI
Seorang guru berkata kepada beberapa murid kanannya, “aku ingin melihat sejauhmana masyarakat percayakan aku.”
”Bagaimana caranya tuan guru?,” tanya anak-anak muridnya itu.
”Kau sebarkan berita yang aku telah berkata bahawa akan muncul seekor binatang besar di hujung kampung kita pada hujung minggu ini!”
Tanpa banyak soal, anak-anak murid tersebut pun ke luar ke seluruh pelusuk kampung menyebarkan berita yang mengatakan tok guru mereka meramalkan akan keluar binatang besar dari hujung kampung tersebut.
”Sebesar mana?” tanya orang kampung.
“10 kali ganda seekor gajah,” jawab salah seorang anak murid itu.
“Setinggi mana?”
“Setinggi bukit,” kata anak murid yang lain menambah-nambah.
“Matanya bersinar merah. Nafasnya berapi-api.”
Yang sejengkal jadi sehasta, yang sehasta menjadi sedepa. Dari mulut ke mulut berita tentang akan munculnya binatang besar itu menjadi tambah sensasi. Ada sahaja ‘edisi’ tambahan yang bukan sahaja datang daripada anak murid tok guru tetapi juga daripada orang kampung sendiri.
Hampir tiba hujung minggu yang dimaksudkan, seluruh penduduk kampung pun keluar beramai-ramai untuk menanti kemunculan binatang besar yang diramalkan. Masing-masing dengan persediaannya. Begitu meriah sekali. Mereka berarak ke hujung kampung beramai-ramai. Bersorak dan melonjak-lonjak, seakan berpesta.
“Tuan guru, mengapa tuan ikut serta dalam perarakan ini?” tanya seorang anak murid apabila melihat gurunya turut serta dalam perarakan orang kampung.
“Kenapa, tak boleh?”
“Eh, bukankkah tuan guru hanya mengada-ngadakan berita tentang kemunculan binatang besar ini?” balas anak muridnya seakan berbisik. Takut kedengaran pada orang lain.
“Ya, begitulah pada mulanya. Tetapi apabila ramai orang mula mepercayainya dan bersedia… terfikir pula olehku, manalah tahu berita ini benar-benar akan terjadi?” Murid-murid rapatnya kehairanan… Mereka benar-benar takjub, apakah berita tipu yang dicanangkan oleh tok guru itu turut menipu tok guru itu sendiri? Pelik!
Pengajaran:
Takjub pada diri sendiri menyebabkan ramai orang buta pada kebenaran. Sentiasa ada justifikasi yang datang dari dalam diri sendiri untuk mentafsirkan sesuatu mengikut apa yang diingini terjadi dengan menafikan realiti. Sudah hitam, masih dikatakan putih. Hanya kerana ego dan obsesi diri. Bukan berfikiran positif, tidak juga oleh kekuatan jiwa… cuma melampiaskan mimpi di persada ilusi.

Kisah Sami dan Kucingnya
RITUAL TANPA SPIRITUAL
Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami pergi, sikucing akan ikut bersama. Keadaan ini menimbulkan masalah pada ketua sami, terutamanya apabila dia hendak menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsentrasi ketua sami terganggu apabila kucing kesayangannya itu mengelus-ngeluskan badan dan kepala ke badan dan tangannya.
Setelah berfikir untuk mencari jalan penyelesaian kepada gangguan itu, akhirnya ketua sami mendapat satu ikhtiar. Setiap kali ketua sami ingin melakukan penyembahan di tengah kuil, ia terlebih dahulu mengikat sikucing di sebuah tiang di tepi kuil tersebut. Kucing itupun tidak dapat mengganggu lagi, dan ketua sami dapat menumpukan seluruh perhatiannya kepada upacara penyembahan itu.
Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan… Setiap kali hendak melakukan upacara penyembahan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama. Perlakuan ketua sami itu selalu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya. Itu sudah menjadi rutin harian yang mereka lihat berulang-ulang kali. Setiap kali ketua mereka hendak

Gelombang Perubahan
S |
etelah dua revolusi berjaya menundukkan keangkuhan diktator di Tunisia dan Mesir, sebuah lagi negara di utara benua Afrika bakal ditimpa runtuhan domino kebangkitan rakyat.
Kini rakyat Maghribi pula berarak menuntut perubahan dan pembaharuan. Beribu warga kota memenuhi jalan ke Hassan 2 Avenue, Rabat.
Para penunjuk perasaan melaung-laungkan slogan menuntut pemulihan ekonomi, reformasi pendidikan, perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Labels:
gelombang perubahan,
gerakan islam,
mesir
Location:
Marsa Matrouh, Egypt
Permata Keluarga
Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, bergantung kepada ibu bapa yang hendak mencorakkan. Bila ibu bapa sudah dibesarkan dalam keganasan, biasa dengan marah, pukul, maki hamun, sudah pasti anak yang lahir dari kedua-dua mereka akan merasai perkara yang sama kecuali berlaku perubahan ilmu dan mujahadah(pengorbanan) yang bersungguh-sungguh terhadap sikap ibu bapa tersebut.
Namun begitu, dalam keadaan emosi yang amat, selalunya ibu bapa akan gagal mengawal diri, lalu melahirkan warna diri yang sebenar yang dicorakkan oleh orang tua kepada ibu bapa tersebut.
Children learn what they see.
Ingatlah, cara orang tua kita mendidik anak-anak dari hati yang sarat dengan Iman dan takwa kepada Allah Taala. Walaupun tiada tarbiah secara langsung, tetapi sapaan lembut mereka dalam jagaan seolah-olah Allah Taala telah mentarbiah jiwa, jalan dan cara mereka lantaran sanggup menempuh segala susah dan payah, dan paling penting ikhlas kerana Allah Taala.
Dalam pada itu, ayah yang hebat ialah ayah yang boleh bersabar dengan keadaan anak-anak yang terdedah dengan segala gejala yang merosakkan yang ada dalam rumah sendiri. Masa kecil memang boleh disanggah, tetapi bila anak dah membesar dan menjadi remaja, banyak pula mata-mata yang menunggu untuk merosakkannya.
Tidak semua orang sama rasa kegembiraan, dan tidak semua orang sama rasa penderitaan. Banyak orang dapat pengetahuan dari apa yang dibaca dari dada-dada akhbar, internet, media massa dan sebagainya. Kelebihan yang ada diperhalusi, kekurangan yang ada dipertingkatkan. Had mutu, dan kualiti hidup perlu diperkemaskan dari masa ke semasa, apatah lagi bila sudah bergelar ibu dan bapa, maka bertambahlah kos penambahbaikan hidup, bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi seluruh isi rumah yang tertumpah ruah di atas bahu kita.
Memang orang Melayu menjadi trauma bila ingin berjumpa doktor apatah lagi psikiatri ditambah lagi untuk membincangkan masalah keluarga dan anak-anak. nampak macam parents yang gagal dalam mendidik. Menjadi mangsa adalah anak-anak. Penulis juga ada perhatikan bila parents sibuk, anak-anak akan lebih 'berperangai' untuk menarik perhatian.
Pertanyaan ayah pergi mana, bila ayah nak balik, kerja tak habis-habis, asyik mesyuarat aje, dan sebagainya, kadang-kadang mengundang marah si ibu kerana tidak faham masalah dan renggekan anak-anak.
Kesempatan yang ada, belajar dari mereka yang pakar dalam membuka ruang komunikasi antara suami, isteri, ayah, ibu, dan anak-anak menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apa yang diharapkan dari kesungguhan ini, ialah terbitnya keinginan untuk belajar oleh ibu bapa terutama ibu dan bapa dari kalangan muda-mudi dengan tidak menganggap pendidikan anak-anak dan kekeluargaan sebagai sesuatu yang remeh atau mudah secara 'plug and play'.
Pengalaman itu sendiri bukanlah guru. Pengalaman akan hanya menjadi guru, apabila kita memproses pengalaman itu. Dapat dikenal pasti hujung pangkalnya, kelebihannya, kelemahannya dan dirumuskan sebagai panduan. Adapun panduan itu tidak optimum kecuali apabila ia didokumentasikan. Dokumentasi pengalaman, yang penulis harapkan ialah tepat dan jelas. Tepat sahaja, tapi kalau tidak jelas, abstrak, tidak praktikal akan menghilangkan nilai tepat itu tadi.
Bagi ibu bapa, tidak kira anda tua atau muda usianya, sama-sama menggunakan pendekatan Luqman el Hakim, itulah yang paling tepat dan jelas. Apa-apa pun each case has its own circumstances dan apa-apa pengalaman sendiri semasa jadi anak, atau sudah jadi bapa, atau melihat ibu bapa lain, atau anak-anak orang lain, pengalaman itu tetap ada pengajarannya.
Cuma cara olahan itu ikutlah kepandaian masing-masing. Setiap pengalaman yang silam ada pertimbangannya untuk peristiwa akan datang. Jika bukan sebagai guru yang mengajar, setidaknya membolehkan kita menentukan cara terbaik menghadapi anak-anak yang merupakan generasi MMS, E-mail, blog dan macam-macam lagi teknologi moden. Itu semua perkara subjektif dan setiap ibu bapa ada acuan masing-masing. Perbezaan cara, pengetahuan dan pengalaman itu perlu dirumuskan dalam satu adunan berkala. Tahu bila dibuat ini, dan itu, mana didahulukan dan dikemudiankan.
Hanya setelah mereka melalui fasa-fasa penting perkembangan diri mereka, then ia membina karektar kekal dan mencari ruang selesa bersama kawan-kawan. Masa itu, sudah agak terlambat. Masa mereka mula berasa selesa dengan sikap mereka sekarang.
Namun semuanya anjakan dari perasaan halus seorang anak yang inginkan perhatian. Jesteru itu, anak adalah amanah bukan sekadar sebuah harapan konklusi meramaikan anak sahaja, tapi lebih dari itu. Kena pandai bezakan di antara nakal dan jahat. Kenakalan masuk dalam kategori benda-benda yang kita 'abaikan'.
Manakala kejahatan, ialah perlakuan kanak-kanak seperti menipu dan mencarut. Those need correction almost instantly. Even to correct them later would confuse the kids. Jika dibentuk awal, biasanya kebanyakan tindakan kanak-kanak untuk mendapatkan perhatian parents hanya berlegar pada soal kenakalan. Kalau kita biar-biarkan tanpa guidance, maka masa itulah berkemungkinan besarnya nanti dia akan berjinak-jinak dengan kejahatan.
Kanak-kanak yang diberi penekanan bukan sekadar pertumbuhan jasmani, tetapi keutamaan pada kemantangan rohani mereka, akan membentuk tindak balas spontan yang baik. Ini diakui pakar kaji otak, kenyataan-kenyataan sebegini rupa akan tertanam di dalam sub-concious mind kanak-kanak itu dan mereka akan anggap apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka adalah tidak betul dan mereka secara tidak sedar, atau sedar akan avoid perkara itu.
Apabila ibu bapa mengagumi artis-artis dalam reality show dan sorakan pujian dibuat di depan anak-anak yang kecil, situasi ini juga akan tertanam dan mereka pun akan cuba jadi artis kerana reaksi positif yang diberikan oleh ibu bapa. Kesian juga, ibu bapa berjiwa pendakwah. Kadang-kadang sampai terlupa insan yang paling dekat yang harus 'didakwah'. Bak peribahasa Melayu;

"Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan."
Cuma dalam konteks ini, mungkin kita boleh mencuba pendekatan dakwah atau kerja yang lebih bersifat 'mesra keluarga'. Sebagai contoh, nursery kat tempat bekerja. Ibu bapa mungkin mempunyai lebih masa untuk anak-anak dan lebih dekat. Dari segi kaca mata dakwah, seisi keluarga mungkin boleh turut sama diajak turun ke medan. Baru boleh sama-sama merasa asam garam dan rencah kehidupan seorang bapa atau ibu berjiwa da'ie.
"Permata yang berharga lahir dari sebuah kaca
yang digilap 'dalaman' bukan hanya 'luaran' sahaja."
Wednesday, February 23, 2011
DEMI ALLAH: FI SABILILLAH
DEMI ALLAH: FI SABILILLAH: BOB LOKMAN MASUK PAS : "ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan ..."
Ceramah Umum PR (22/02/11)
Sistem Audio dipasang oleh Sdr. Aris
Ketua Pemuda PAS Pt Sulong, Sdr Ismail Amar bersama Penceramah 1, Ust. Azli Sham Azhar
Pengacara Majlis(MC), Ust Rosdi Bahari
Ketua Pemuda PAS Pt Sulong, Sdr Ismail Amar bersama Penceramah 1, Ust. Azli Sham Azhar(Timb. Ketua Dewan Ulama Johor) dan Penceramah 2, Chegu Bard (Ketua Cabang Rembau, PKR)
Sebelum ceramah bermula para hadirin duduk minum sebentar di warung / gerai yg dibuka.
Ust. Azli Sham Azhar, Timbalan Ketua Dewan Ulama Johor
Walaupun, langit mendung dan hujan renyai para hadirin setia menunggu untuk mendengar kisah kebenaran yang jauh tersingkap dari kaca tv.
Chegu@Cikgu Bard (Ketua Cabang PKR, Rembau)
Pengacara Majlis, Ust Rosdi Bahari bersama Cikgu Januri (Calon PAS Sri Medan)
Kalau dulu, oarang muda paling takut dengan ceramahh PAS sebab sing titakutkan oleh UMNO-BN. UMNO-BN takut dan tahu di tempat - tempat ceramah kita, Pakatan Rakyat akan membongkarkan rahsia negara di kalangan pimpinan negara yang menghabiskan duit rakyat, duit negara untuk poket sendiri.
Anak - anak muda Sri Medan yang turun ke tapak ceramah
sambil mendegarkan ceramah yang disampaikan.
Ceramah Pakatan Rakyat tamat jam 11.00malam
Tuesday, February 22, 2011
B%%i Islam
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu

Part 02 : Hari Esok Untuk Islam
Kemenangan Islam Menurut Al Quran.
Kemenangan Islam terhadap agama-agama lain.
" Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" (At Taubah: 33)
Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .
"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Allah akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka(Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (An-Nur: 55)
Pertolongan Allah kepada Mukminin .
"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa." (Yusuf: 110)
Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh
"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)
Kemenangan Islam menurut As Sunnah
Tersebarnya Islam di seluruh alam.
Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja uang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumahpun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun denga menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)
Kekuasaan Islam di Timur dan Barat
Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)
Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi
Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)
Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah
Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya.
Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki.
Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.
Monday, February 21, 2011
Blog Dewan Pemuda PAS Pt. Sulong:
Blog Dewan Pemuda PAS Pt. Sulong: Ceramah Umum Pakatan Rakyat. Selasa, 22/02/11, Parit Yusuf, Sri Medan, Batu Pahat. Chegu Bard(AMK) & Ust. AzliSham (PAS). Jam 9.00malam. Semua Dijemput hadir. Lokasi, hubungi: 012-6593345
Sunday, February 20, 2011
Part 01 : Hari Esok Untuk Islam
Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.
Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.
Wednesday, February 16, 2011
Ali Rustam Berdebat Dengan Pakatan Rakyat (Malam Ini)
Pada jam 9.00 malam ni, di rumah Hj. Ibrahim di Permatang Serai akan diadakan ceramah perdana DS Anwar Ibrahim dan penceramah popular PAS, Abang Mat Sabu. Malam ni pasti hangat dengan kehadiran... penceramah-penceramah berkaliber dari Pakatan Rakyat. Isu-isu yang dibangkitkan pasti memanaskan punggung UMNO BN terutamanya Ketua Menteri Ali Rustam merangkap Pengarah Pilihanraya BN DUN Merlimau.
Umum mengetahui, dalam kenyataan medianya pada 13 Feb lalu, Ali Rustam bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Namun, debat yang dicadangkan Ali Rustam adalah debat bersebelahan, pentas berasingan. Ini debat pondan namanya, bukan debat anak jantan.
Sebenarnya, Ali Rustam tak berani nak berdebat secara berdepan dan gentleman. Ini kerana Ali Rustam tak pandai berdebat, cuba dilihat di sidang DUN Melaka pun beliau tak mampu berhujah dengan baik. Pembangkang yang diwakili 5 ADUN DAP berhujah dengan menggunakan fakta tetapi dijawab oleh Ali Rustam dengan semberono, macam sembang kedai kopi..jawab tanpa fakta!!
Inikan pulak nak berdepan dengan DS Anwar Ibrahim dan Abang Mat, nescaya Ali Rustam lebih berbuih mulutnya daripada Ahmad Shabery Cheek. Namun, saya berharap Ali Rustam dan kuncu-kuncunya janganlah berdebat ala pondan pada malam ni, malu kat orang-orang kampung. Kalau Ali Rustam anak jantan, mari berdebat secara terbuka pada malam ni..
Bantuan Untuk Pelajar Mesir Pulang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.
Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.
Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).
"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.
“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.
Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.
Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.
"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.
Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.
PIC: Amal Bersih Perdana
Membersihkan Sebuah Surau di Sri Dayong, Sri Medan
Dianggarkan sebanyak 50 orang sukarelawan Jabatan Amal selain NGO lain seluruh Johor
Walaupun menjawat jawatan sebagai Pengarah Amal Johor, Sdr. Khalim Sakib tidak segan untuk menghulurkan bantuan dan bersama - sama dalam menyempurnakan program Amal Bersih Perdana ini.
Bekas Komander Parit Sulong, Sdr Danial turut menghulurkan bantuan.
Tuan rumah, Hj Jonet menemani Ketua Unit Amal Parit Sulong, Sdr. Kamarudin yang sedang menjamu selera setelah selesai menyempurnakan program ini.
"BERAMAL KERANA ALLAH"
Subscribe to:
Posts (Atom)