Showing posts with label perkasa militan. Show all posts
Showing posts with label perkasa militan. Show all posts
Thursday, March 7, 2013
Perkasa Kaki Provokasi
Perhimpunan yang dinamakan Orang Kelantan Naik Angin anjuran Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) dianggap boleh mencetus suasana provokasi ketika negara masih digugat isu Lahad Datu.
Program berkenaan yang dijangka diadakan pada Sabtu ini bertempat di padang Sekolah Menengah Panglima Raja Lemal dekat sini turut mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, Mohd Alaudin Mat Nor berkata, tema perhimpunan itu seolah-olah mengundang provokasi dan keadaan yang tidak harmonis.
“Kita tidak tahu sama ada perhimpunan itu mendapat keizinan polis atau tidak kerana temanya sudah cukup mengundangkan provokasi.
“Lagi pun perhimpunan yang dianggap berbau hasutan itu mahu diadakan di kawasan sekolah, seolah-olah mahu mendedahkan pelajar kepada kelakuan kasar dan mengheret kepada Akta Hasutan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hari ini. (Gambar atas)
Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan anggota jawatankuasa Pemuda Pasir Mas.
Perkasa dijangka mengadakan perhimpunan “Orang Kelantan Naik Angin – 23 Tahun Rakyat Tertekan, Bertimbun Masalah” pada jam 3 petang 9 Mac ini.
Dr Mahathir diundang menyampaikan amanat. Banyak sepanduk mengenai program itu dipasang di sekitar Pasir Mas termasuk berhampiran IPD Pasir Mas.
Alaudin yang juga seorang peguam berkata, perhimpunan tersebut sekiranya dibiarkan boleh menimbulkan suasana resah ketika tragedi di Lahad Datu belum lagi selesai.
“Sepatutnya pihak penganjur perhimpunan yang boleh memperlihatkan perlakuan bermoral dan bukannya mengundang rasa resah gelisah dalam kalangan rakyat.
“Lebih mendukacitkan pula program seumpama itu diadakan di sekolah tempat bagi mendidik pelajar menjadi rakyat yang berbudi pekerti,” ujarnya.
Ahmad Fadhli juga menganggap perhimpunan tersebut tidak sepatutnya dibiarkan berlangsung ketika suasana negara keliru dengan tragedi Lahad Datu.
Sumber: HD
Sunday, February 24, 2013
Team Pertahan Kalimah Allah
Patut Di Kecam ! Patut Di Kecam!
Perosak Imej Islam !
Pertahankan Kalimah Allah ..
Pakai Baju Pertahankan Kalimah Allah Tapi
Mendedahkan Aurat!
Ya Allah Kami Berlindung Dari MurkaMu
Ya Allah..
Labels:
perkasa,
perkasa militan
Location:
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tuesday, June 14, 2011
Perkasa Berlakon Jadi Polis
Kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bahawa NGO itu akan mengerahkan ahlinya berhimpun untuk bertembung serta menghalang perarakan peserta Bersih pada 9 Julai ini disifatkan mengancam keselamatan negara.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu juga dilihat cuba mengambil tugas pihak berkuasa.
"Polis perlu menyiasat Datuk Ibrahim Ali berhubung ancaman yang telah dikeluarkan secara terbuka.
"Pihak polis boleh menjaga keamaman Himpunan Bersih 2 dengan menyusun anggota polis di tepi jalan sepanjang himpunan menuju Istana Negara. Mereka yang didapati mewujudkan kekecohan perlu ditangkap," katanya kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun, katanya jika pihak Perkasa dengan niat yang ikhlas mahu menghantar memorandum kepada pihak Istana, itu adalah hak mereka namun sebaiknya polis memisahkan keduanya dengan laluan berbeza.
"Tetapi jika pihak polis hanya mengikut telunjuk pemimpin politik tertentu maka polis akan dihina oleh semua pihak," tambahnya lagi.
Jawatankuasa Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga mahu membuat 8 tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mengembalikan demokrasi yang telah tercemar selama ini.
Tuntutan tersebut adalah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minima 21 hari berkempen, pengukuhan institusi awam dan hentikan rasuah dan politik kotor.
Mereka yang turut disokong parti-parti politik dan NGO itu akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong.
Mengulas 30 laporan polis yang dibuat termasuk oleh Umno bagi menghalang himpunan Bersih itu, Suhaizan berkata himpunan aman tanpa senjata adalah kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia seperti yang tercatat dalam perkara 10.
Polis pula katanya mempunyai kuasa mengawal selia himpunan tersebut seperti perkara 27 Akta polis (akta 344) yang bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan bukannya menghalang kebebasan tersebut.
"Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga sering menganjurkan perarakan semasa Sambutan Maulidurasul atau upacara agama tertentu.
"Ribuan orang akan berarak di jalan raya. Mereka mendapat hak untuk berhimpun. Persoalannya mengapa Bersih 2 seolah-olah dinafikan hak untuk berhimpun secara aman," soalnya.
Wednesday, July 21, 2010
Perkasa adalah Militan - Duta AS
Bekas duta AS ke Malaysia, John R. Malott pula kata Perkasa adalah sebuah pertubuhan kumpulan Militan. Nampaknya, Perkasa berterusan diserang oleh pelbagai pihak dari dalam dalam dan luar negara.
“Saya anggap dia (Malott) tolol. Tulisan itu tidak betul dan dia seorang
bekas diplomat yang berani membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
Dia (Malott) gila mengatakan Perkasa adalah kumpulan militan” - Ibrahim Ali
Location:
Venezuela
Subscribe to:
Posts (Atom)
