Showing posts with label laporan muktamar. Show all posts
Showing posts with label laporan muktamar. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Mat Sabu: Ini perubahan untuk p'raya


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perubahan kepimpinan yang berlaku dalam pemilihan PAS kali ini disebabkan muktamar yang diadakan berdekatan dengan pilihan raya.

Muktamar Pas Pusat Ke 57 - 4-6-2011



Haron Din : Nice Try


Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menafikan beliau kecewa dengan tumbangnya dua calon ulama dalam pemilihan timbalan presiden PAS hari ini.

"Saya tak pernah kecewa. Itu pandangan saya. Kalau majoriti kata perlu gandingan (ulama dan profesional) itu, itu percubaan yang cukup baik," katanya kepada pemberita.

Haron antara yang paling ke depan dan terbuka meminta anggota PAS memilih golongan ulama untuk mengisi jawatan tertinggi dalam parti itu.

Nasharudin : Terima kekalahan, dakwa PAS


GOMBAK, 4 Jun — Nasharudin Mat Isa yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak 2005 berkata, beliau menerima kekalahan dan menghormati keputusan para perwakilan yang memberi mandat kepada suara vokal Mohamad Sabu kali ini.

“Kekalahan bukan benda baru ini dalam pertandingan. Kita terima dengan hati terbuka. Pertandingan tiga penjuru ini bagi saya bukan benda baru, sudah lama berlaku, dulu dan sebagainya,” kata beliau sambil mengaku kemungkinan wujud pecah undi kali ini.

Selain Nasharudin (gambar) dan Mohamad, jawatan timbalan presiden turut ditandingi oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hadi: ‘Perubahan pimpinan PAS biasa, macam alih perabot rumah’


GOMBAK, 4 Jun – PAS tidak akan mengalami perubahan dasar sebaliknya hanya akan mengubahsuai strategi sesuai dengan keputusan pemilihan kali ini yang menyaksikan kemenangan besar calon barisan profesional, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

“Sekali lagi, dasar tidak berubah tetapi strategi yang kita ubah,” kata Presiden PAS pada sidang media hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini hari ini.

Friday, June 3, 2011

MUKTAMAR : Perasmian Muktamar Pas Pusat Ke 57


MUKTAMAR 2011 : Keputusan Penuh Muktamar



 

Semua naib presiden PAS ditarbiah ulama

Naib presiden PAS yang baru Datuk Husam Musa menolak pengkelasan antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu kerana ia hanya wujud di media.

Sedangkan, katanya, beliau sendiri dan dua penyandang yang mempertahankan jawatan - Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - juga mendapat didikan dan tarbiah daripada golongan itu.

"Tak ada isu sama ada kami menentang ulama dan ulama meminggirkan kami. Kami, saya, Salahudin, Mahfuz dan Mat Sabu dari kecil dibesarkan dengan tarbiah atau didikan ulama,

Thursday, June 2, 2011

Muktamar Pemuda PAS di Dewan MBSA

Hari ini, 1 Jun 2011; DPPPS telah menghantar 4 orang wakil untuk menghadiri ke Muktamar Pemuda PAS yang diadakan di Dewan MBSA, Shah Alam. Muktamar ini diadakan selama 2 hari dan 1 malam. Semua perwakilan diminta masuk ke dalam dewan sebelum jam 8.30pagi. 


Tuesday, June 8, 2010

Muktamar Tahunan PAS Pusat

Siaran Langsung :
  • 09 Jun 2010 - Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat menerusi WEBTV1, WEBTV2 dan KTV
  • 10 Jun 2010 - Muktamar Tahunan Dewan Ulamak menerusi WEBTV2, Dewan Pemuda - WEBTV1 dan Dewan Muslimat - KTV
  • 11 - 13 Jun 2010 - Perasmian dan Muktamar Penuh Tahunan PAS menerusi WEBTV1, WEBTV2 dan KTV
  1. WEBTV1
  2. WEBTV2
  3. KTV
Tempat :
  • Muktamar Dewan Ulamak Kali ke-49
Tempat : Markaz Dewan Ulamak (MADU), Machang, Kelantan
Tarikh : 10 Jun 2010
Tagline : "Meneruskan Perjuangan Para Nabi"
  • Muktamar Dewan Pemuda Kali ke-51
Tempat : Kelantan Trade Centre, Kota Baru, Kelantan
Tarikh : 10 Jun 2010
Tagline : "Mempersada Perjuangan"
  • Muktamar Dewan Muslimat Kali ke-50
Tempat : Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya BUlan, Pengkalan Chepa
Tarikh : 10 Jun 2010
Tagline : "Menyemarak Kemenangan, Menyepadu Rakyat"


Dewan Pemuda PAS Parit Sulong telah menghantar sekurang-kurangnya lima orang perwakilan ke Muktamar Tahunan PAS Pusat di Kelantan. Dua daripadanya datang bersama keluarga sempena cuti sekolah ini. Sekarang mereka telah tiba di Besut, Terengganu. Marilah sama-sama kita doakan keselamatn pergi dan balik mereka ke Parit Sulong dengan selamat dan membawa berkat. Amiin..

Wednesday, May 26, 2010

Alhamdulillah, selesai juga satu lagi muktamar yang telah dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor yang tamat kira - kira jam 7.30malam tadi. Untuk pengetahuan semua, muktamar ini telah berlangsung di Palm Villa Resort, Kulai Jaya, Johor Bahru.

Aturcara Program:

7.30pg   - Pendaftaran
8.30pg   - Perbarisan Unit Amal mengikut kawasan
8.45pg   - Ketibaan Dato Mustafa Ali [Setiausaha PAS Pusat] dan utk memeriksa perbarisan Unit Amal
9.00pg   - Nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Johor dan lagu tema PAS
9.15pg   - Bacaan al-quran
9.30pg   - Persembahan montaj dari Lajnah IT & Multimedia
9.45pg   - Ucaptama ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Sdr. Khairul Faizi
10.45pg   - Ucapan perasmian Dato Mustafa Ali [Setiausaha PAS Pusat]
11.15pg   - Penyampaian anugerah dan cenderahati
11.30pg   - Majlis perasmian berakhir

11.45pg   - Jamuan 

12.00tgh   - Para perwakilan dan permerhati mengambil tempat
                 - ketibaan Ketua dan Para Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
12.15tgh   - Pengerusi tetap memulakan Muktamar dengan memberi peringatan mengenai peraturan - peraturan semasa ber'muktamar'.