Monday, November 28, 2011

Nifaq


(Daripada kuliah Maghrib-Isyak Khamis 19-2-2009 Ustaz Fairuz)



Wahai orang-orang beriman, berbekallah dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Kita patut bersyukur kepada Allah disebabkan memperkenankan kita berada dalam majlis ilmu, sesungguhnya majlis ilmu ini ialah raudhatul jannah atau taman-taman syurga. Pada akhir majlis para malaikat akan isytiharkan bahawa ahli majlis ilmu akan dirahmati Allah.


Hari ini kita akan bincang tentang satu lagi penyakit hati,minggu lepas kita sudah membincangkan tentang takabbur dan ujub,minggu ni kita akan bincang tentang nifaq. Nifaq ni kalau kat Malaysia kita selalu sebut api dalam sekam, gunting dalam lipatan,duri dalam daging atau apa-apa lagi. Kebanyakan kerajaan Islam tumbang disebabkan pengikutnya ada penyakit nifaq ni.  

Di Makkah nabi berdepan dengan kafir quraisy,senang,kenapa? Sebab mereka terang-terang menentang tapi di Madinah nabi berdepan dengan golongan Munafiqin,susah,sebab pada zahirnya mereka beriman tapi hakikatnya mereka kufur. Uhud,Ahzab,Khaibar, semuanya ada kaitan dengan orang Munafiq.


Perang Uhud Islam kalah disebabkan golongan Munafiqin. Pada awalnya Islam mempunyai tentera seramai 1000 orang menentang Quraisy 3000 orang di bawah pimpinan Khalid Al-Walid. Tapi semasa peperangan, bapa Munafiq,Abdullah Bin Ubai telah berjaya menarik 300 orang daripada 1000 orang untuk menarik diri,akibatnya,umat Islam mengalami kekalahan.


Walaubagaimanapun,orang munafiq ini tetap Islam,jadi Rasulullah menyembahyangkan mereka apabila mereka mati. Setelah Rasulullah solat mayat orang munafiq,Allah menegur Rasulullah dan selepas itu Rasulullah tidak solat lagi mayat orang munafiq. Seorang sahabat Rasulullah dapat mengesan orang munafiq,sahabat yang dimaksudkan adalah Huzaifah Al-Yamamin. Sahabat-sahabat akan tengok perbuatan Huzaifah untuk mengetahui adakah seseorang itu munafiq atau tidak kerana Huzaifah juga tidak solat mayat orang munafiq.


Nifaq ini berasal daripada tindakan atau perbuatan binatang padang pasir yang bernama Yarmok(sejenis dhob). Binatang ini menunjukkan lubang masuknya tetapi menyembunyikan lubang keluar seolah-olah apabila dia masuk lubang,dia tidak akan keluar lagi. Nifaq dari segi syara bermaksud tidak menzahirkan apa yang terpendam. Nifaq terbahagi kepada dua,nifaq akbar(besar) dan nifaq asghor(kecil).


Nifaq akbar berkaitan dengan aqidah. Cara orang yang mempunyai nifaq akbar menjatuhkan Islam adalah dengan menghina atau menjatuhkan para sahabat,menjatuhkan quran dan sunnah dan melemahkan Islam. Ada kawan saya tahun lepas buat PhD dekat UK kena buat satu assignment yang berkisar tentang kelemahan Islam dan Al-Quran.Nampak biasa je tapi inilah cara orang munafiq cuba menjatuhkan Islam.


Nifaq asghor pula berkaitan dengan Ibadah dan biasanya nifaq ini orang tidak perasan. Dalam satu hadis nabi yang tersohor tentang ciri-ciri orang munafiq yakni apabila mereka berkata-kata mereka dusta,apabila mereka berjanji mereka mungkiri,apabila diberi amanah mereka khianati dan apabila bergaduh mereka berlebih-lebih.


Di akhirat esok,orang munafiq ini lagi hina daripada orang kafir,mereka berada pada ‘fi darqi minnan nar’ atau ha,sahabat kita ni sebut ‘patak’ neraka, dasar neraka.

[Credit to http://azzariyat.com]

No comments: