p/s: Ketua Pembangkang dlm DUN Selangor, Satim Diman (UMNO) konon nak belasah
MB Selangor, akhirnya Satim Diman ditelanjangkan. Apakah jenis pemimpin
sedemikian menjadi pilihan rakyat Malaysia dlm PRU akan datang? - Apek
KBSB
SHAH
ALAM, 15 NOV : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini
menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor
membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua
Pembangkang, Datuk Satim Diman.
Selain
Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas
menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah
dikawasan elit.
Dalam
sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim
Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di
Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.
Tanah
tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan
kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan
pembangunan pendidikan sains.
Menurut
Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan
harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah
seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.
"Belum
selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik
yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.
"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.
Sidang
DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan
Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan
bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.
"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.
"Meskipun
Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang
berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan
sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium,"
katanya.
Selain
itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS
pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.
Namun
seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula
kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen
BN.
Mengulas
lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri
pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta
untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.
"Tiga
contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan
memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak
kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.
Beliau
yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat
telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan
ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan
rasuah dan kronisma.
No comments:
Post a Comment