Saturday, July 24, 2010

Lagi Projek UMNO terbengkalai disiapkan


Kegagalan kontraktor Khidmat Makmur Sdn. Bhd. menyiapkan tiga projek di bawah rancangan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akhirnya diambil alih oleh kerajaan Selangor.
 
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tiga projek yang dimaksudkan adalah projek pembinaan 120 unit rumah kuarters MBSA bernilai RM1.4 juta;  Kondominium Sri Putri bernilai RM1 juta dan sebuah stesen minyak berhampiran kondominium tersebut.

 [CONTOH GAMBAR DI NEGERI SEMBILAN]

Ujarnya, langkah kerajaan itu semata-mata bertujuan mengurangkan beban berpanjangan membayar sewa beli kediaman masing-masing yang ditanggung rakyat sejak tahun 14 tahun lalu.

Sedangkan, tambahnya, pihak tertentu dalam MBSA pada era Umno BN memerintah kerajaan negeri sanggup memberikan tender secara rundingan langsung kepada seorang kontraktor yang juga orang kanan Umno negeri.

"Kuarters MBSA 0 peratus siap, bangunan komersial (Kondominium Sri Putri) siap hanya 60 peratus, stesen minyak dekat dengan kondominium pun 0 peratus siap," tegasnya pada satu kenyataan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.

"Sepatutnya MBSA terima RM95 juta dari pembangunan tersebut, mengapa MBSA boleh beri tender secara langsung pada kontraktor sebegini."
Bercakap pada kenyataan yang sama, ahli majlis MBSA, Azli Yusof mendedahkan, Khidmat Makmur turut menggadai dua bidang tanah milik MBSA demi menjana modal alternatif.

"Kerana tak ada duit, pihak tersebut cagar dua bidang tanah pada bank sedangkan tak dibawa 
berbincang dalam mesyuarat majlis dan tiada kelulusan pun," ujar beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam.

"Sebab dana RM75 juta, mereka tak ada (untuk selesaikan projek), di cagar pada bank."
Sehubungan itu, beliau mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak menyiasat skandal tersebut.

"Apa yang jadi persoalan, bagaimana rundingan itu dijalankan dengan tidak ikut syarat-syarat, tidak diambil tindakan oleh SPRM.

"Kenapa tidak ada siasatan daripada SPRM, kalau Pakatan Rakyat, sedikit-sedikit aduan pun kena (siasat)," soal beliau.

Sumber : S.AT.F

No comments: