Jabatan Amal




VISI
Pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang
pilihan generasi baru berteraskan Islam.

MISI
 Berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatankebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan Islam. Melahirkan ahli - ahli 
pergerakan yang serba boleh yang menghayati Teras Lima Budaya Amal.

TERAS LIMA AMAL
Keimanan dan ketaqwaan
Ilmu dan amal yang soleh dan benar
Kemahiran dan berketrampilan
Berdisiplin dan berakhlak mulia
Beramal Kerana Allah

Tangan Berpautan
Ikatan persaudaraan, semangat ukhuwah dan membantu sesama manusia

Bendera Amal & Globe
Membawa panji - panji 'Amal' kepada semua kaum dan bersifat global

Mahkota al-Amal, Bulan dan Bintang
Mengutamakan tugasan 'Amal' berdasarkan prinsip Rukun Islam dan teras 'Amal'

PERHATIAN :: Kepada ahli - ahli baru yang ingin menyertai Unit Amal Kawasan Parit Sulong, mestilah mengikut syarat - syarat yang telah ditetapkan seperti dibawah ;-
  1. Pendaftaran terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
  2. Beragama Islam (tidak kira bangsa).
  3. Berumur dari 15 tahun keatas sehingga 60 tahun.
  4. Hanya lelaki sahaja.
  5. Setiap permohonan perlu disertakan dengan gambar berukuran passport dan email kepada dpemudapps@gmail.com dan hubungi Setiausaha Jabatan Amal Pt. Sulong, Sdr. Roslan Hamdan (013-7703874) atau di www.facebook.com/Unit-Amal-Pt-Sulong
  6. atau anda boleh menghubungi Jabatan Amal Johor di http://unitamaljohor.blogspot.com/ atau facebook mereka >> JABATAN AMAL JOHOR