KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), memandang serius berhubung isu penjualan “MyKad Sah” kepada warga asing khususnya dari negara China yang sedang heboh dibincangkan di dalam masyarakat mutakhir ini.
Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya mendesak pihak berkuasa khususnya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) segera membuat siasatan, seterusnya lebih banyak tangkapan bukan sahaja ke atas dalang sindiket penjualan MyKad sah, bahkan pemilik MyKad sah yang telah membeli dari sindiket tersebut.

“Tindakan penjualan Mykad sah, merupakan jenayah yang serius. Ia hendaklah dibenteras habis-habisan hingga ke lubang cacing, kerana ia jelas suatu perbuatan pengkhianatan atas kedaulatan undang-undang dan menggugat keselamatan negara, tegasnya.
Katanya lagi, Ummah amat bimbang, sekiranya perkara ini tidak di atasi dengan segera ia akan mendedahkan negara kepada ancaman dalam masa terdekat, sekaligus menggugat keselamatan negara. Perbuatan menjual identiti kerakyatan kepada warga asing bakal mengundang kesan negatif kepada negara, ujarnya.
Sehubungan itu, Ummah juga turut menyokong cadangan beberapa pihak, agar pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan menukar MyKad baru, bagi menggantikan MyKad sedia ada. Kaedah ini dirasakan amat pratikal dalam usaha “pemutihan” kewarganegaraan rakyat di negara ini, di samping waktu yang sama pihak berkuasa boleh menyaringkan keabsahan pemilik MyKad di negara ini.
No comments:
Post a Comment