Monday, April 27, 2020

Mengejutkan bukan 8 tetapi 1000 MyKad dijual Pegawai JPN januari hingga mei kepada warga asing


Selepas tangkapan pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan beberapa cina Pulau Pinang menjadi dalang sindiket jual MyKad sehingga RM600k kepada warga China kini terbongkar lagi bukan 8 tetapi 1000 MyKad.

Nampaknya bukan 8 tetapi 1000 MyKad. Harian Metro melaporkan lebih 1,000 warga asing memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing-masing.

Sumber berkata, lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei dan tidak bagi tahun sebelumnya. Begitulah gambaran pengkhianat pegawai JPN dalam negara ini.

Katanya, pihak berkuasa menerima maklumat bahawa semua lelaki dan wanita warga asing ini datang dari beberapa negara dan memiliki MyKad sah yang dikeluarkan segelintir individu pengkhianat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bersubahat dengan sindiket.

“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.

“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian pada 16 Mei lalu seorang wanita warga China yang memiliki MyKad mahu memohon pasport negara namun gagal kerana tidak dapat berbahasa Melayu.

Sumber berkata, wanita berkenaan tidak datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri berseorangan, malah bersama beberapa wanita warga asing lain yang memiliki MyKad sah.




“Selepas wanita warga China berkenaan gagal memperdaya anggota dan pegawai yang bertugas bagi mendapatkan pasport, semua wanita yang datang bersamanya melarikan diri.

“Kumpulan wanita yang melarikan diri ini adalah antara 1,000 warga asing yang masih berada di dalam negara dan sedang mencari jalan untuk keluar atau terus bersembunyi di negara ini,” katanya.

Menurutnya, kumpulan wanita yang berjaya melarikan diri ini akan mencuba nasib memohon pasport di cawangan JIM lain seluruh negara.

Sumber berkata, sindiket akan menyediakan runner bagi membantu memberi tunjuk ajar atau perantara antara mereka dengan pihak berkuasa.

Menurutnya, kejayaan memberkas 20 individu termasuk seorang pegawai di JPN Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit dengan penjualan MyKad sah dan dokumen kelahiran baru-baru ini adalah permulaan kepada pendedahan yang lebih besar sindiket jenayah terancang ini.

Menurutnya, semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam.

“Mereka mempunyai niat tidak baik di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram.

“Selepas memiliki MyKad dan pasport Malaysia mereka bebas bergerak dan melarikan diri jika diburu pihak berkuasa menggunakan identiti lain,” katanya.

Harian Metro semalam turut melaporkan seorang Datuk berketurunan cina iaitu Datuk Lai Chin Wah, 56 bersama Faizul pegawai JPN dan beberapa cina Pulau Pinang lain iaitu Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai, 36; dan Loh Chan Cheong, 34 mendalangi projek jual MyKad itu didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown


sumber:
[http://sabahkini2.com/en/news/2224/mengejutkan-bukan-8-tetapi-1000-mykad-dijual-pegawai-jpn-januari-hingga-mei-kepada-warga-asing/view?fbclid=IwAR2tc8cljrN7YuG3BbPzxoCkdMhdK-8CE_MBOaNJ_TLvcj3OZsJwFS6dEl0]

Sindiket Jual MyKAD Sah : UMMAH DESAK SIASAT HINGGA KE LUBANG CACING.



KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), memandang serius berhubung isu penjualan “MyKad Sah” kepada warga asing khususnya dari negara China yang sedang heboh dibincangkan di dalam masyarakat mutakhir ini.

Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya mendesak pihak berkuasa khususnya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) segera membuat siasatan, seterusnya lebih banyak tangkapan bukan sahaja ke atas dalang sindiket penjualan MyKad sah, bahkan pemilik MyKad sah yang telah membeli dari sindiket tersebut.




“Tindakan penjualan Mykad sah, merupakan jenayah yang serius. Ia hendaklah dibenteras habis-habisan hingga ke lubang cacing, kerana ia jelas suatu perbuatan pengkhianatan atas kedaulatan undang-undang dan menggugat keselamatan negara, tegasnya.

Katanya lagi, Ummah amat bimbang, sekiranya perkara ini tidak di atasi dengan segera ia akan mendedahkan negara kepada ancaman dalam masa terdekat, sekaligus menggugat keselamatan negara. Perbuatan menjual identiti kerakyatan kepada warga asing bakal mengundang kesan negatif kepada negara, ujarnya.

“Kita (rakyat) perlu berwaspada, kerana kita tidak tahu apa tujuan sebenar individu tersebut membeli Mykad sah negara ini. Kami (UMMAH) amat yakin, bahawa mereka (individu) yang terlibat membeli Mykad sah tersebut mempunyai niat tidak baik di negara ini dan berkemungkinan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram, ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Ummah juga turut menyokong cadangan beberapa pihak, agar pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan menukar MyKad baru, bagi menggantikan MyKad sedia ada. Kaedah ini dirasakan amat pratikal dalam usaha “pemutihan” kewarganegaraan rakyat di negara ini, di samping waktu yang sama pihak berkuasa boleh menyaringkan keabsahan pemilik MyKad di negara ini. 

Thursday, April 16, 2020

Buluh: Gagasan Khairuddin tak sama idea Teresa



CERITA buluh. Buluh tak dak dosa apa pun. Mencadangkan tanaman buluh dikomersilkan pun bukan salah. Orang motong getah ketawa dan pekebun sawit pun ketawa berdekah-dekah waktu Teresa Kok cadang dulu itu kerana yang sampai ke telinga orang ialah disuruh tebang getah dan sawit, ganti dengan tanaman buluh – untuk atasi masalah harga komoditi getah dan sawit yang jatuh merudum.

Ditambah pula dengan cadangan Teresa supaya pergi menoreh pakai baju hujan. Akibatnya kisah masa depan industri buluh tak sampai, tenggelam dalam kebodohan cadangan pergi motong pakai baju hujan.



https://roadtaxkenderaan.wasap.my/


Cadangan Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri hari ini ialah bangunkan ladang buluh, sebagai tanaman komersil, bukan ganti ladang getah dan sawit dengan ladang buluh. Ini cerita daripada bab buluh daripada Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang mengambil tempat Teresa… mengenai buluh…
(1) Saiz pasaran dunia untuk buluh ialah USD68.8 bilion. Pada tahun 2017, industri buluh di Malaysia mencatatkan hasil RM20 juta. Namun, pada 2019, zaman Teresa Kok menjadi Menteri daripada PH, Malaysia hanya menyumbang RM9 juta dalam industri itu.
(2) Setiap satu hektar tanah boleh ditanam 400 rumpun buluh dan setiap rumpun menghasilkan pendapatan sebanyak RM80 atau RM32 ribu sehektar setiap kali dituai.
(3) Jika keluasan ladang adalah 100 hektar X RM32 ribu = RM3.2 juta setiap tuaian.
(3) Soft loan (pinjaman mudah) disediakan oleh Kementerian untuk pembangunan ladang buluh atau RM10 ribu per hektar.
Dengan keluasan 100 hektar, penanam boleh memohon pinjaman mudah daripada Kementerian sebanyak RM1 juta.
Pinjaman selama 15 tahun itu perlu mula dibayar balik pada tahun ke-7. (Islamic loan sedang diuruskan).
(4) buluh memerlukan masa 3 tahun untuk matang dan boleh dituai dua kali setahun. Buluh akan membiak selepas itu selama tempoh 100 tahun.



Itu saja cerita buluh yang tidak dapat diceritakan dengan sempurna oleh Menteri sebelum ini, menyebabkan orang ketawa. Dia sendiri tak tahu apa yang dia mahu sampaikan. Kenapa sampai disuruhnya pekebun kecil menebang getah sawit tanam buluh?
Kalau begini kisah industri buluh dapat diterangkan oleh Teresa, dan masa depan yang buluh mampu tawarkan, kenapa ada orang ‘terbulu-bulu’ mahu ketawa?
Sumber : MUHAMMAD SANUSI MD NOR – HARAKAHDAILY 16/4/2020
                
https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/16/buluh-gagasan-khairuddin-tak-sama-idea-teresa/



Sunday, April 12, 2020

SISTERS IN ISLAM (SIS) : BUKTIKAN TUDUHAN TERHADAP TIMB. MENTERI!




 NGO Sisters in Islam (SIS) yang diterajui oleh Marina Mahathir menyerang YB Dato’ Siti Zailah, Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga atas nasihat yang beliau kongsikan dalam satu video tips menghadapi tekanan dalam keluarga ketika tempoh PKP.

SIS merupakan pertubuhan yang sudah pun difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kerana ia menyebarkan fahaman ‘Liberalisme’ dan ‘Pluralisme’ agama yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS memfitnah YB Kak Lah dengan menuduh kononnya Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga mempunyai mesej tersembunyi bahawa ‘wanita perlu bersabar, menerima dan memaafkan tingkah laku ganas suami mereka.’



Ini pembohongan yang teramat besar oleh SIS. Sesiapa sahaja yang menonton video berdurasi 5 minit itu akan dapat menilai benarkah dakwaan jahat SIS itu?
YB Kak Lah pada awal video tersebut berkongsi tips pertama bagi menghadapi kemarahan ialah dengan berwuduk bagi Muslim, bertenang dan rehatkan diri sama ada melalui duduk atau baring.
Beliau juga menyarankan kepada suami untuk berdiam dahulu sekiranya isteri berleter dan begitu juga kepada si isteri supaya bersabar dahulu ketika suami marah, usah terus menjawab atau menengking pula suami supaya keadaan yang tegang dapat diredakan.
Wahai SIS, buktikan di celah mana saranan tips nasihat oleh YB Kak Lah ini menggalakkan suami bertindak ganas terhadap isteri?
Adakah SIS buat-buat pekak telinga kerana di hujung video itu juga YB Kak Lah ada menyeru kepada mereka yang menjadi mangsa atau tahu berkenaan kes penderaan dan keganasan rumah tangga untuk menghubungi talian aduan Hotline 15 999 atau Whats app 019 2615 999. Beliau juga memberikan jaminan bahawa semua aduan akan diambil tindakan dengan segera oleh pihak berkuasa.
Sungguhpun SIS benci kepada perjuangan PAS tetapi mengapa sampai ke tahap mahu memfitnah pemimpin PAS yang diberikan amanah menjadi Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga itu?
Marina Mahathir menggelar YB Kak Lah sebagai ‘ignorant woman’. Siapa yang jahil sebenarnya wahai SIS yang pernah mendapat dana daripada Timbalan Menteri DAP, Hannah Yeoh dulu?

Saturday, April 11, 2020

FAMA atasi lambakan sayur di Cameron Highlands



PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menyelesaikan masalah lambakan sayur yang berlaku di musim Covid-19 khususnya di Cameron Highlands dan Lojing.

Timbalan Menterinya, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, berkata sebaik sahaja mendapat tahu perkara itu, pihaknya menghantar pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah mengambil langkah sepatutnya dan kami difahamkan sebahagian mereka sudah membuang hasil tanaman berkenaan, sebelum pihak kementerian mendapat maklumat.

“Sebahagian daripadanya FAMA akan membeli. Pembelian itu sama ada untuk diagihkan kepada masyarakat, ternakan atau zoo melalui kerjasama NGO,” katanya.

Kata beliau, masih banyak manfaat yang dapat dilakukan.
Manakala sebahagian lagi pihaknya akan menggunakan kaedah lain yang akan dibincangkan dari masa ke semasa. .

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau operasi di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Che Abdullah turut menasihatkan pengusaha pertanian supaya bersabar kerana ketika ini banyak halangan yang berlaku di mana-mana sahaja.

“Kementerian juga membuka bilik gerakan yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku sepanjang tempoh itu.
“Petani sewajarnya perlu berfikir lebih ke hadapan seperti menjual dalam talian, perkhidmatan penghantaran, berbanding kaedah lama,” ujarnya.

SULTAN IBRAHIM KURNIA 42 VENTILATOR


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 42 ventilator (alat bantuan pernafasan) bagi kegunaan hospital-hospital di Johor.

Baginda yang memuat naik satu kenyataan menerusi Facebook rasmi pada Sabtu berkenan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.

“Saya amat memahami pada situasi masa kini, hospital-hospital amat memerlukan peralatan ini khususnya bagi kegunaan pesakit.

"Ini merupakan kerjasama di antara saya, rakan-rakan, dermawan dan juga kerajaan negeri bagi bersama-sama mengurangkan beban kerajaan," titah Sultan Johor.

Sumbangan berkenaan disampaikan Baginda menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru

Kesemua 42 ventilator berkenaan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor.

"Bukan mudah untuk mendapatkan peralatan ini lebih-lebih lagi ketika musim penularan wabak COVID-19. Kita berusaha keras untuk mendapatkannya.

"Jika ada lagi pihak yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSIJ, kita mungkin dapat mengusahakan lebih banyak untuk kegunaan hospital-hospital," titah Baginda lagi.

Pada Jumaat, sebanyak 523 kes jangkitan COVID-19 dicatatkan di Johor dengan tiga daerah yang diletakkan dalam zon merah iaitu Johor Bahru, Kluang dan Batu Pahat.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-johor-kurnia-42-ventilator-kepada-hospital-237868