Friday, February 22, 2013

BN, MAHATHIR UGUT PENEROKA



Pas menyifatkan Umno-BN semakin melampau sehingga sanggup mengugut peneroka supaya tidak mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti, dengan amaran keras "peneroka tidak menggigit tangan (BN) yang membantu mereka". 

Amaran tersebut dihamburkan oleh bekas perdana menteri, Tn Dr Mahathir Mohamad, walaupun ia jelas menafikan hak para peneroka yang bebas memeilih parti yang mereka yakini. 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada hal Mahathir selaku bekas perdana menteri tidak seharusnya bersikap demikian kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini. 

Menurutnya disebalik ugutan itu jelas menunjukkan para peneroka di tanah-tanah rancangan felda sudah menjadi penyokong kuat pakatan rakyat. Ini juga menunjukkan Umno-BN kini dalam keadaan terdesak. 

Kerajaan BN kini tidak lagi boleh berbohong kepada para peneroka mengenai hal sebenar Felda yang sudah lari dari prinsip asalnya. 

Beberapa ribu hektar kladang baru yang dibuka pun tidak diberitahu kepada para peneroka, tetapi memrikan imbuhan kepada pihak luar. 

Mahathir yang ketika itu sedang berucap di majlis "Warga Felda bersama Negarawan Mahathir Mohamad" di PWTC KL, 18 Feb lalu. 

Dibawah kerajaan Umno-BN para peneroka sebenarnya tidak memperolehi ladang-ladang yang mereka usakan dengan percuma malah para peneroka perlu membayar dengan  harga RM60ribu - RM70ribu. 

Kes perahan yang dibawa oleh peneroka ke mahkamah ternyata memihak kepada para peneroka. Hasil yang mereka perolehi walaupun sudah dibayar hutangnya, tetapi tidak juga diserahkan geran hak milik ladang kepada para peneroka. 

Ini sangat berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang memang mahu memberikan hak milik atau geran tanah kepada para peneroka. 

BN ternyata gagal menyelesaikan pelbagai isu peneroka termasuk yang berkaitan dengan kebajikan bagi generasi kedua dan ketiga feld. Inilah yang menyebabkan para peneroka yang kini menyokong pakatan rakyat.

No comments:

fb