Sunday, February 24, 2013

UMNOI Semakin Menggila


Hutang negara semakin menggunung , 

menggadai masa depan jenerasi yang akan datang.

Apa yang melekakan orang Melayu? 

Yang meleka dan melalaikan mereka ialah keselesaan hidup dikampung2

dalam keadaan seadanya dan kejahilan akibat setiap hari ditanam 

minda mereka dengan propaganda UMNO.

Tapi keadaan yang sebegini tidak ubah seperti zaman dulu kala semasa 

tanah Melayu dibawah pemerintahan golongan feudal. Orang Melayu tetap

selesa secara keseluruhan dalam keadaan yang seadanya dan kejahilan.

Zaman dulu, propaganda dalam bentuk penceritaan yang bersifat dongeng dan tahyul mengenai kebesaran 

dan kehebatan golongan feudal.

Hari ini keadaan orang Melayu masih tetap serupa. 

Penceritaan mengenai kehebatan dan keagungan puak 

UMNO dilakukan oleh media yang di miliki oleh UMNO. 

Najib ada 2 jam di Gaza di sifatkan sebagai wira. 

Mereka yang bermukim di Gaza berminggu minggu dan berbulan itu tidak se wira Najib yang 

bergegas mahu keluar dari Gaza. Minda orang Melayu dihamba abdikan 

mengesahkan apa yang Pendita Zaaba nyatakan- yakni golongan yang paling menindas 

bangsa Melayu terdiri dari bangsa mereka sendiri. Penindasan yang paling dasyat ialah 

mengekang pembangunan minda orang Melayu. UMNO telah menjadi 

apa yang Zaaba ramalkan dalam tulisan nya. Tanpa disedari, UMNO khianat kepada 

bangsa nya sendiri.

Jika kita ada tanah, ada rumah, anak2 berkerja dan berdikari- ini 

bukan disebabkan oleh UMNO. Semua kerajaan yang memerintah mesti mengujudkan 

persekitaran yang minima untuk rakyat mereka membangunkan diri. Kita sendirilah 

yang membangunkan diri diatas tapak yang disediakan. Semua kerajaan yang 

bertanggung jawab melakukan perkara yang asas.

Diambil dari blog AK47  http://sakmongkol.blogspot.com/ 

Cara Untuk Pancing Undi


Sepatutnya x ada lagi masyarakat terpinggir setelah 55 tahun merdeka, kajian "Merdeka Center" menunjukkan % sokongan kepada BN meningkat di kalangan orang yang pendapatan rendah, ertinya rakyat yang kaya jauh dengan BN.

>66% responden di bawah RM1,500 gembira dengan kerajaan>47% (RM1,501 hingga RM3,000)>36% (RM3,001 hingga RM5,000) >35% (melebihi RM5,001)


Negeri Sabah & Terengganu walaupun mempunyai telaga minyak, 

TETAPI negeri tersebutlah mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi, dibawah pentadbiran siapa ? 

tentunya BN.


Negeri Kelantan diperintah PAS 22 tahun 

berjaya turunkan kadar kemiskinan daripada 


tangga 2 ke tangga 4 di negara ini, bayangkan 

jika Kelantan mendapat tunggakan royalti minyak RM12 bilion ? 

tentu lebih maju dari Johor. 


Sedarlah Umno tidak akan berusaha 

ke arah MEREALISASIKAN kerana ini adalah 

senjata mereka untuk menjerat rakyat setiap kali PRU, 

bukan miskin yang dibantu, tetapi mereka mesti menyokong Umno. 

BR1M yang diberi sekadar umpan pilihanraya, 
kerana BN sedang nazak, apakah dengan RM500 
boleh menyelesaikan pinjaman PTPTN ?, 
kos sara hidup yang meningkat ?


FAKTA !

hilight by : https://www.facebook.com/salmanalfarisy3000 

Akibat Bayar PSY lebih 1JUTA

  

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Psy memulakan persembahan mengakhiri ucapannya dengan melaungkan kepada hadirin..

"Are you ready for Psy???".. "YES!!" jawab warga Pulau Pinang yang hadir ke konsert yang menyaksikan Psy membuat persembahan lebih kurang hanya 15 minit itu..

Empat kali beliau mengajukan soalan yang sama.. dan empat kali jawapan yang sama diberikan oleh hadirin..

Tetapi bila beliau melaungkan "Are you ready for BN??" kepada rakyat Pulau Pinang.. jawapan yang diterimanya ialah "NOOOOOOOO!!!".

Video oleh Desmond Low .. 


Team Pertahan Kalimah Allah

 

Patut Di Kecam ! Patut Di Kecam! 

Perosak Imej Islam !

Pertahankan Kalimah Allah ..

Pakai Baju Pertahankan Kalimah Allah Tapi 

Mendedahkan Aurat! 

Ya Allah Kami Berlindung Dari MurkaMu

 Ya Allah..



Tak Boleh Harap Langsung

 

TAK BOLEH HARAP..
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.. 
UMNO HARAM JADAH..


Friday, February 22, 2013

OLD SKOOL : Bas Disimbah Cat


UMNO-BN Suka Berhutang



BN, MAHATHIR UGUT PENEROKA



Pas menyifatkan Umno-BN semakin melampau sehingga sanggup mengugut peneroka supaya tidak mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti, dengan amaran keras "peneroka tidak menggigit tangan (BN) yang membantu mereka". 

Amaran tersebut dihamburkan oleh bekas perdana menteri, Tn Dr Mahathir Mohamad, walaupun ia jelas menafikan hak para peneroka yang bebas memeilih parti yang mereka yakini. 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada hal Mahathir selaku bekas perdana menteri tidak seharusnya bersikap demikian kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini. 

Menurutnya disebalik ugutan itu jelas menunjukkan para peneroka di tanah-tanah rancangan felda sudah menjadi penyokong kuat pakatan rakyat. Ini juga menunjukkan Umno-BN kini dalam keadaan terdesak. 

Kerajaan BN kini tidak lagi boleh berbohong kepada para peneroka mengenai hal sebenar Felda yang sudah lari dari prinsip asalnya. 

Beberapa ribu hektar kladang baru yang dibuka pun tidak diberitahu kepada para peneroka, tetapi memrikan imbuhan kepada pihak luar. 

Mahathir yang ketika itu sedang berucap di majlis "Warga Felda bersama Negarawan Mahathir Mohamad" di PWTC KL, 18 Feb lalu. 

Dibawah kerajaan Umno-BN para peneroka sebenarnya tidak memperolehi ladang-ladang yang mereka usakan dengan percuma malah para peneroka perlu membayar dengan  harga RM60ribu - RM70ribu. 

Kes perahan yang dibawa oleh peneroka ke mahkamah ternyata memihak kepada para peneroka. Hasil yang mereka perolehi walaupun sudah dibayar hutangnya, tetapi tidak juga diserahkan geran hak milik ladang kepada para peneroka. 

Ini sangat berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang memang mahu memberikan hak milik atau geran tanah kepada para peneroka. 

BN ternyata gagal menyelesaikan pelbagai isu peneroka termasuk yang berkaitan dengan kebajikan bagi generasi kedua dan ketiga feld. Inilah yang menyebabkan para peneroka yang kini menyokong pakatan rakyat.

Tuesday, February 19, 2013

NAJIB : Bubar Parlimen





Khabar angin bertiup kencang, pada 22hb bakal dibubarkan parlimen. Tapi tarikh ini juga, PM telah menafikannya. Ketahuilah Najib, anda benar-benar telah menyusahkan rakyat. Berapa ramai yang terpaksa menangguh pergi umrah kerana tidak mahu terlepas mengundi, berapa ramai terpaksa tukar perancangan aktiviti bulanan kerana tidak mahu terlepas tanggungjawab.

Gara-gara tidak bertemu tarikh, orang awam mula benci dengan mainan Najib ini dan orang UMNO juga sudah mula silent protest pada Najib dalam PRU-13 kali ini. 

BN dipenghujung nyawa!

-MRH-

Thursday, February 14, 2013

Kelebihan Rakyat




Sejak 2008 SPR merubah dasar kertas undi. Kini undian kalian dirahsiakan 100%. Jangan takut untuk melakukan tanggungjawab sebagai pemilih. Ayuh ubah!

CERAMAH MINGGU INI : MAZLAN ALIMAN


CERAMAH 
DEMI KEBAJIKAN RAKYAT


OLEH:
MAZLAN ALIMAN 

ISU PANAS TANAH DI JOHOR. 

PADA 15-02-13 (JUMAAT)

TEMPAT:-
RUMAH WAN UNIT AMAL PT SULONG
PARIT GANTUNG, PT SULONG

**Dapatkan t-shirt 'Selamatkan Bukit Payung' dgn harga yg berpatutan**