Tuesday, June 26, 2012

YB Wira Johor




Skudai Kiri, Pulai – Kehadiran YB Salahuddin Ayub sebagai tetamu kehormat yang dijemput khas ke kenduri kesyukuran bersempena Majlis Khatam Al-Quran di Kampung Skudai Kiri malam tadi berlangsung meriah. 


Beliau yang diiringi oleh saudara Suhaizan Kaiat selaku Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Kempas dan juga Yang Dipertua PAS kawasan Pulai, saudara Abdullah Bin Ideris, hadir tepat jam 8.15 mlm. Taklimat ringkas berhubung hasrat dan niat ikhlas membantu masyarakat setempat yang ditindas akibat projek pembangunan Danga Bay terus diberikan perhatian sebaik memulakan ucapan. 


Berkat usaha yang berterusan serta desakan yang bertali arus daripada jawatankuasa bertindak penduduk Skudai Kiri dibantu dengan usaha YB Salahuddin sendiri selaku ahli Parlimen, akhirnya membuahkan hasil apabila Kerajaan Persekutuan baru-baru ini mengumumkan pampasan berjumlah RM50 juta akan diberikan kepada penduduk yang terjejas akibat pembangunan projek seperti yang disebutkan tadi. 


Menurut YB Salahuddin, itulah kelebihannya jika pembangkang melalui Pakatan Rakyat adalah kuat, yang mendapat keuntungannya adalah rakyat terbanyak yang perlu dibela oleh semua pihak. Inilah yang dinamakan sebagai politik matang, yang tidak mengira apa juga ideologi fahaman politik mereka, yang penting nasib rakyat mesti dibela oleh mereka yang dilantik sebagai pemimpin.


Berikutan itu, majlis kesyukuran ini diadakan khusus bagi menyampaikan rasa terima kasih rakyat kepada YB Salahuddin Ayub yang telah bertungkus lumus membantu masyarakat di Kampung Skudai Kiri, walaupun beliau bukanlah ahli parlimen di kawasan Pulai. Namun, berkat keikhlasan beliau membantu rakyat, terutamanya di negeri kelahirannya, tanah tumpah darahnya, beliau menawarkan diri untuk turun memperjuangkan nasib rakyat di sini yang akhirnya membawa kejayaan.


Sumber : Nusajayakini

No comments:

fb