Friday, December 2, 2011

Hadis Mengenai Cium

Daripada Ibn Umar R.A. menceritakan satu kisah, “ketika kami semua datang berjumpa Nabi SAW, kami mencium tangan baginda”. (HR Abu Daud).

Hadis yang cukup ringkas menunjukkan sunat mencium tangan Nabi SAW ketika berjabat tangan dan Islam mengharuskan mencium tangan orang yang lebih tua atau lebih alim dari kita, mudah-mudahan dapat mendidik jiwa kita kearah kebaikan.

Daripada huraian lanjut semasa kulian Ust Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian, beliau menjelaskan lagi bahawa mencium tangan orang-orang yang solleh dibolehkan tetapi haram mencium tangan kerana pangkat, dan jangan jadikan cium tangan sebagai adat.

Dan 3 syarat untuk mencium tangan ketika berjabat tangan (diingatkan bersalam antara bukan muhrim jelas haram);

1) Jangan jadikannya sebagai adat
2) Jangan menjadikan orang takbur bila tangan dicium
3) Jangan cium tangan kerana dunia

Bagaimana pula dengan budaya memeluk dan mencium tetamu ketika mengunjungi rumah? Islam menyarankan agar menghormati tetamu dan menyambutnya dengan cara yang baik. Daripada perbincangan, seseorang itu disunatkan memeluk dan mencium tetamu yang baru datang
(yang muhrim sahaja)

Sekiranya tetamu itu terdiri daripada orang yang baik, dikenali dan perlakuan itu tidak mendatangkan fitnah. Boleh peluk/cium jika bukan jadi adat kerana lama tak jumpa, tetapi bukannya cium di mulut. Ini jelas daripada hadis ke7 yang bermaksud;

Daripada ‘Aisyah R.A. katanya, "Zaid bin Harisah datang ke Madinah al-Munawarah sedangkan Rasulullah SAW ketika itu berada dirumahku. Zaid pun datang lalu mengetuk pintu. Kemudian Nabi SAW segera berdiri sambil menyambar jubah kemudian Baginda memeluk dan mencium Zaid" (HR At-Tirmizi).

Ust Dr Abdul Basit melanjutkan perbincangan Hadis ke 9 dalam kitab Riyadhu Solehin jilid 5 yang bermaksud;

Daripada abu Hurairah R.A. katanya, bahawa Nabi SAW telah mencium Hasan bin Ali R.A. Maka Akra' berkata "sesungguhnya aku mempunyai 10 orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka". Kemudian Nabi SAW pun bersabda "sesiapa yang tidak berbelas kasihan kepada orang lain, nescaya ia tidak dibelas kasihani oleh Allah". (HR al-Bukhari & Muslim).


Daripada hadis jelas menunjukkan bahawa

1) Islam menggalakkan umatnya mencurahkan kasih sayang kepada kanak2.
2) Sunat mencium kanak2 sebagai tanda kasih kepada mereka.
3) Rasulullah SAW mengingatkan umatnya bahawa seseorang yang tidak mengasihi orang lain, tidak akan dikasihi Allah.



Menurut Ust Dr Abdul Basit dibolehkan mencium budak kecil atas dasar syafaqah, kesian belas & rahmat (sunnah).
Terdapat 5 jenis ciuman yang dibolehkan;

1) CIum sayang (antara ayah-anak)
2) Cium rahmat (antara anak-ayah)
3) Cium syafaqah (sesama saudara seMuslim) kerana agama.
4) Cium syawat (antara suami isteri)
5) Cium tamam (selamat dating-biasanya di tangan).

Diingatkan sekali lagi bahawa ciuman yang HARAM ialah lelaki & wanita yang tidak muhrim dan ciuman sesama jenis kerana nafsu/syawat.


Menurut Ust Abdul Basit lagi, hukum ciuman ini berbeza mengikut mazhab iaitu;

1) Mazhab Hanafi; makruh mencium mulut antara sesama lelaki & harus mencium tangan orang alim / pemimpin yang alim

2) Mazhab Maliki; Makruh cium tangan/ berpelukan sesama lelaki

3) Mazhab Syafi'e; sunat cium kerana agama, sunat cium tangan kerana dia alim

4) Mazhab Hambali; dibolehkan jika cium kepala

-ijoks2009-
Apa yang dikesali zaman kini budaya bercium bukan muhrim seakan di promosikan secara besar-besaran di media-media ,apa taknya setiap hari kita ditayangkan dengan adegan-adegan sebegini dalam drama dan filem2 arahan dan terbitan orang Islam sendiri.

No comments:

fb