Wednesday, November 30, 2011

Karnival Sambutan 60 Tahun PAS Johor





Dapatkan Berita Panas Di Sini




[Credit to Jabatan Amal Sri Gading


AYER HITAM, 28 Nov 2011: Kemuncak Majlis Karnival Sambutan PAS Ke-60 peringkat negeri Johor telah menyaksikan pelbagai pelancaran sebelum penyempuraan perasmian penutupnya itu dilakukan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), dekat sini, ahad lepas.

Antara pelancaran yang menghiasi Dewan Marwan Al-Hakam, Dataran Hj. Mardi itu seperti perasmian Jentera Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13, Penyampaian Tokoh PAS negeri Johor dan Pelancaran Skuad Prihatin peringkat negeri Johor.

Adapun slot penyampaian Tokoh PAS pula, telah dibarisi daripada individu yang bekerja seikhlas hati bagi memartabatkan Islam di bumi Johor.

Antaranya Tn. Hj. Hassan Hussin, mantan Pesuruh Jaya, Allahyarham Ust. Omar Jani, Allahyarham Ismail Ibrahim, Tn. Hj. Sattar Kahar, Allahyarham Daing Turus Daing Malbek, Tn. Hj. Taib Hj. Kassim, Pn. Hjh. Sapiah Sapeh, mantan Ketua Dewan Muslimat negeri Johor dan Dr. Sanusi Daing Mariok, mantan Pesuruh Jaya. Lanjut

1 comment:

Pemuda PAS ParitSulong said...

Terima kasih diatas kerjasama yg diberikan oleh ahli2 Jabatan Amal Johor terutamanya kepada Sdr. Tejari Othman (S/U Amal Sri Gading) diatas ikhsan gambar diatas.

fb