Sunday, April 3, 2011

Syarat Penting Untuk Lakukan Maksiat


Perempuan : Abangggggg... janganlah nakal-nakal.
Lelaki : Alaa,, bukannya luak pun..
Perempuan : Tak nak lah,, nanti orang nampak.
Lelaki : Kita berdua je la kat sini.


Dialog diatas adalah semata - mata lakonan sahaja. Tidak kena mengena diantara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. JIka ada, hendaklah kalian bertaubat sebelum Malaikat datang menjemput. Jauhilah Zina!!
Ibrahim Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu :
  1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezekiNya. 
  2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumiNya.
  3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui olehNya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat.
  4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah.
  5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat Zabaniyah penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya.
Jawapan persoalan ini diterangkan Allah dalam 10 ayat di dalam Al Quran yang sama maknanya iaitu Al An’aam 43 : “dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”

dan At Taubah 37 : ”.......... Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ......”..

Serta Al Anfaal ayat 48 : “Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), .......”

At Taubah ayat 37 : “.......... Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ........”
An Nahl ayat 63 : “.............. lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu;.........”

Orang yang telah berkawan rapat dengan syaitan seperti diterangkan dalam surah Az Zukruf di atas lalu syaitan tadi telah menjadikan manusia ini memandang cantik perbuatan salah mereka, apabila ditegur – masyaAllah, kita yang menasihati akan dijadikan musuh.

“Ya Allah, jadikanlah kami kasih kepada iman, hiasilah iman itu dalam hati kami, tanamkanlah dalam diri kami kebencian kepada kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami di kalangan orang yang mendapat petunjuk.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dari ‘Abid bin Fifa’ah az-Zarqi)

Wallahu'alam

No comments: