Saturday, April 30, 2011

Selamat Hari Pekerja



Assalamualaikum w.b.t.

Di kesempatan ini, Dewan Pemuda PAS Kaw. Parit Sulong ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei 2011 kepada seluruh warga Parit Sulong dan Johor khususnya serta seluruh rakyat Malaysia amnya.

Semoga sahabat-sahabat dapat memanfaatkan cuti yang diperuntukkan ini dengan sebaik yang mungkin dan apa juga kerja yang kita lakukan hendaklah dimulakakn dengan bismillah moga-moga akan diberjati rezeki tersebut. Amin :)

Tuesday, April 26, 2011

JOM UBAH : Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan

[KLIK GAMBAR UTK BESARKAN]

[ Khamis. 19 hb Mei 2011 ]
02.30 pm - Pelancaran JOM UBAH di Pantai Teluk Chempedak
[ Hi tea bersama DPP Negeri Pahang ]
04.30 pm - Pelancaran Oleh : Ybhg. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS.

05.10 pm - Jelajah Orang Muda bergerak ke Check Point 1 - Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.
09.00 pm - Solat, Makan malam dan Himpunan JOM UBAH 1 :
BBQ dan edar Risalah Tawaran PAS kepada Anak Muda
Amanah Perjuangan oleh  Ybhg Ketua DPP Malaysia dan Yb. Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.

11.30 pm - isterehat
[ 20 hb Mei 2011 - Jumaat ]
05.00 am - Bergerak ke Kota Bharu

05.30 am - Solat subuh berjamaah, sarapan dan bergerak ke  Check Point 2 . KB Mall di Kota Bharu

11.00 am - Amanah Perjuangan di KB Mall oleh :
YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Mursyidul Am PAS
[ edar risalah sinopsis Buku Jingga ]

12.00 pm - Makan tengahari dan solat jumaat

02.00 pm - JOM UBAH Bergerak ke Check Point 3 - Alor Star
[ singgah di Baling Kedah : ziarah maqam syuhada' Memali ]

08.30 pm - Solat Isyak - jamak Ta'khir - dan bergerak ke Alor Star
[ BBQ dan Cit Cat bersama Pak Long dan beberapa selebiriti di Alor Star ]

12.00 pm
- isterehat

[ 21 hb Mei 2011 - sabtu ]
05.30 am - Solat Subuh berjamaah, kuliah subuh, sarapan dan bergerak Ke Check Point 4. - Perlis.
[ ziarah maqam Al Marhum Dato' Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Noor ]

09.30 am - Himpunan JOM UBAH 2 di Markaz Tarbiyah PAS Perlis
[ sukan ilmiah : pertandingan kuiz dan debat spontan ]

12.00 pm - Makan Tengahari, solat Jama' Taqdim dan bergerak ke Check Point 5. - Penang

02.30 pm - Santai JOM UBAH di Pantai BERSIH Penang
[ Hi tea, Teater Musical Alternatif, Islamic Boria Pulau Pinang, pidato kanak - kanak, taaruf santai, sessi foto dll ]

05.30 pm - Bergerak ke Check Point 6 . Perak

08.30 pm - Solat Isyak jama' Ta'khir dan makan malam

09.30 pm - Malam Kebudayaan JOM UBAH Di Pantai Lumut.
[ cit cat, artis undangan, nasyid, sajak perjuangan, Pentomin, BBQ dan bersama Mat Sabu ]

12.00 am - Isterehat

[ 22 hb Mei 2011 - ahad ]
05.30 am - Solat subuh, kuliah subuh, senaman dan sarapan

08.00 am - Bergerak ke Check Point 7. Selangor

09.30 am - Karnival JOM UBAH di Sabak Bernam
[ bersama Bob Lokman. Pertandingan Paint Ball, Memanah, Carrom, Guli, Motor lambat, Motor Cantik, Yb Salahudin Ayub dsbnya. ]

01.20 pm - Makan Tengahari, solat zuhur Jamak Taqdim dan bergerak ke Check Point 8. Wilayah Persekutuan.

03.30 pm - Labuh Tirai JOM UBAH
[ Hi tea, ramah mesra bersama anak muda, sessi beri dan terima pandangan dan Taujihat penutup oleh Yb Timbalan Presiden Ust Nasharudin ]

07.00 pm - Bersurai

nota :
[ Jelajah Orang Muda untuk Perubahan - JOM UBAH ]
JOM UBAH siri 2
Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor pada 30 dan 31 Julai 2011 ]

JOM UBAH siri 3

Negeri Sabah pada 26, 27 dan 28 August 2011

JOM UBAH siri 4

Negeri Sarawak pada 23, 24 dan 25 September 2011

Monday, April 25, 2011

Pemuda Perlu Perkuat Minda

 Barisan Nasional (BN) tambahnya, tidak ada kekuatan untuk memimpin pemuda ke arah itu kerana kepimpinanya terdedah dengan rasuah, suka menyeleweng, tidak tahan dugaan bahkan menjadi Pak Turut ketika memperkatakan sesuatu itu yang ada kepentingan BN.

Dewan Pemuda PAS, Angkatan Muda KeAdilan (AMK) dan Dapsy dari DAP adalah pilihan tepat untuk anak muda sekiranya mahu memilih parti mana sebagai wadah perjuangan tidak lagi Umno atau pemuda BN yang dilihat amat penat dan memerlukan rehat.

"Kekuatan tenaga sememangnya perlu pada pemuda.  Selain itu kita juga perlukan otak yang cerdik untuk mencari bagaimana untuk meranapkan Umno dan BN sebab keupayaan mereka untuk mendidik anak muda agak kontang sekarang ini, " tegasnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke 31 di Dewan Komplek An Nadhoh, Penanti semalam.

Thursday, April 21, 2011

Kelemahan BN

Isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar. Ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

Kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara. Begitu juga dengan buku jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya. Mereka hanya mampu mengatakan buku jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah. Walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda buku jingga.

Pakatan Rakyat jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat. Semua maklum isu buku jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif. Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai buku jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk station. Sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang buku jingga dan terlupa bincang titah Diraja di dalam sesi palimen.


PAS yakin isu video, akan menjadi senjata makan tuan. Rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan. Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak? Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, April 20, 2011

Kasihan Najib

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak(gambar) yang baru sedar tentang  bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan  ketika  majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.

Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya

Monday, April 18, 2011

Perjalanan hidupku - Bahagian 1

Thursday, April 14, 2011

Pencalonan Husam, Bukan Maksud PAS Tolak Hadi

Pencalonan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai Presiden Pas dalam Muktamar Pas Jun ini, tidak memberi gambaran keseluruhan bahawa parti itu menolak kepimpinan Presiden sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, amalan demokrasi membenarkan perwakilan calonkan sesiapa sahaja

Tuesday, April 5, 2011

Ina Oh Ina

Ina oh Ina

"abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab.. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya
berjiran

dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut,
penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga.... Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan
tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya... Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia
berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia
ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

$&^%#%t*&&**()()_)(&*

Power of Book 2011



Download Buku Jingga Disini:-
Bahasa Melayu : http://www.mediafire.com/?t4oayimcdhqi16y
English Version : http://bit.ly/hqbdWX
Tamil Version : http://bit.ly/eNHnHx
Chinese Version : http://bit.ly/gSM8b8

Tip Latih Anak Lekat Solat 5 Waktu

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...

TAULADAN : Mayat Penzina Diserang Ribuan Lintah

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya. 

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak

Media Malaysia Lucah

KUALA LUMPUR, 5 April: Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini.

Monday, April 4, 2011

Cinta Itu Dakwah



Memang seperti itu dakwah.
Dakwah adalah cinta...
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Sampai fikiranmumu. Sampai perhatianmu.Berjalan, duduk, dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah.

Reenergize Your Energy


Jangan Lambatkan Solat

Sunday, April 3, 2011

Syarat Penting Untuk Lakukan Maksiat


Perempuan : Abangggggg... janganlah nakal-nakal.
Lelaki : Alaa,, bukannya luak pun..
Perempuan : Tak nak lah,, nanti orang nampak.
Lelaki : Kita berdua je la kat sini.

Saturday, April 2, 2011

Kejohanan Sukan PASTI 2011



KEJOHANAN SUKAN PASTI 2011
di TAMAN INDUSTRI SRI SULONG
pada 10 APRIL 2011 bersamaan hari AHAD

Untuk sewa lot niaga, sila berhubung dengan Urusetia di 019-7701236

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Friday, April 1, 2011

Mufti Perak : Video Seks UMNO tutup mulut

Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya.

Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar Umno itu.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan

Hukum keatas April Fool






oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah :

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan ama

Kaedah Untuk Menegur Pemimpin


Islam adalah agama nasihat. Kita sewajarnya memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja termasuk juga para pemimpin kita. Itu merupakan perkara pokok dalam agama dan asas kepada pembentukan masyarakat yang bertamadun. Rasulullah s.a.w sendiri telah bersabda: 
الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
 
“Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam”(Riwayat Muslim)

Islam juga menyuruh kita supaya berusaha mencegah mungkar sedaya upaya kita. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:


من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطيع فبلسانه ، فإن لم يستطيع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”

Persoalannya