Monday, December 20, 2010

Diari Muslim : Bab 1 - Taqwa


Taqwa
Disebut dalam al-Quran dan mengandungi 3 makna:-
  • Takut kepada Allah s.w.t spt dalam firmanNya: (Maksudnya) "Dan kepada Akulah kamu semua takut [bertaqwa]" -Surah al-Baqarah:41
  • Taat dan beribadah kepada Allah s.w.t seperti dalam firmanNya: (Maksudnya) "Hai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan berserah diri (muslim)" -Surah al-Imran: 102
Erti taqwa dalam ayat diatas adalah :  Taatlah dengan sebenar - benar ketaatan.
  • Mensucikan hati dari kederhakaan dan dosa. Inilah makna yang banyak terdapat dalam al-Quran. Mengikut para salafus salih, raqwa ditakrifkan dgn pelbagai erti: 
Ali bin Abi Thalib pernah ditanya : "Apakah itu taqwa?". Beliau menjawab: "Taqwa adalah takut kepada Allah yang Maha Agung, mengamalkan wahyu, puas terhadap yang sikit dan bersiap- sedia untuk menghadapi hari kebangkitan."

Abu Darda' berkata : "Kesempurnaan taqwa hendaklah seseorang hamba itu takut kepada Allah s.w.t meskipun kerana sesuatu perbuatan yang hanya sebesar biji sawi, dan dia meninggalkan sebahagian yang dilihatnya halal kerana khuatir hal itu haram, sehingga akhirnya menjadi penghalang antara dirinya dan hal yang haram itu"
Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjelaskan kepada hambaNYA akan balasan yang akan diperolehinya terhadap seluruh perbuatannya:
Maksud: "Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun, nescata dia juga akan melihat balasannya pula" -Surah Az-zalzalah: 7-8

Janganlah meremehkan sedikit pun kebaikan sehingga engkau mahu mengerjakannya dan janganlah meremehkan sedikit kejahatan sehingga engkau takut kepadanya.

Muadz bin Jabal berkata : "Pada hari kiamatmanusia akan ditahan di suatu tempat, lalau ada penyeru yang berseru: "Mana orang - orang yang bertaqwa?" Maka mereka pun berdiri disisi Allah s.w.t tidak ada batas dan tabir diantara Allah dengan mereka. Saya bertanya: "Siapakah orang - orang yang bertaqwa itu?". Beliau menjawab: "Orang - orang yang takut akan syirik dan penyembahan terhadap berhala. Mereka memurnikan ibadah kepada Allah, lalu mereka pun berjalan menuju ke syurga".

Abdullah bin Mas'ud berjata: "Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, hendaklah Allah ditaati dan tidak diderhakai, diingat tidak dilupakan, disyukuri tidak dingkari".

Abdullah bin Abbas berkata: "Dengan sebenar-benar taqwa". Ertinya; mereka berjihad fi sabilillah dengan sebenar-benar jihad, tidak peduli terhadap celaan orang yang suka mencela tehadap agama Allah, menegakkan keadalian, meskipun terhadap diri sendiri, ayah dan anak-anaknya".

Anas bin Malik berkata: "Seseorang bertaqwa kepada Allah sehingga dia berkata yang mendatangkan munafaat".

Umar bin Abdul Aziz berkata : "Taqwa kepada Allah itu bukan dengan berpuasa pada siang hari dan sembahyang pada malam hari, serta menyatukan antara keduanya. Tetapi taqwa kepada Allah ialah meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan melaksanakan apa yang diwajibkanNya. Maka barangsiapa yang dianugerahkan kebaikan sesudah itu, maka itulah kebaikan yang disusuli kebaikan".

Talq bi Hubaib berkata: "Taqwa adalah hendaknya engkau beramal dengan taat kepada Allah, berdasarkan cahaya Allah, mengharapkan pahala Allah, meninggalkan kederhakaan kepada Allah berdasarkan cahaya Allah serta takut kepada Allah."

Muhammad bin Hunaif berkata: "Taqwa adalah menjauhi apa yang menjauhkan dirimu dari Allah".

Asy-Syarif al-Jurjani berkata: "Yang dimaksudkan dalam ketaaatan ialah memurnikannya dan dalam kederhakaan ialah dengan meninggalkannya."

Sufyan bin Ath-Thauri berkata: "Mereka dinamakan orang - orang yang bertaqwa, kerana mereka takut kepada sesuatu yang biasanya tidak ditakuti".

Al-Hasan al-Basri berkata: "Orang - orang yang bertaqwa itu adalah orang - orang yang takut kepada apa - apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang diwajibkan keatas mereka."

Maimun bin Mahran berkata : "Seseorang tidak dikatakan bertaqwa sehingga dia asangat keras dalam menghisab dirinya dari syirik yang rakus dan kekuasaan yang semena - mena".

Seorang penyair berkata: 
"Berbekalkah ketaqwaan,
kau tak tahu saat malam berlalu,
adakah ia menyisakan umur bagimu,
hingga fajar datang menjelma,
berapa ramai orang yang sakit,
meninggal tanpa penyakit,
berapa ramai yang sakit, 
hidup lama sepanjang hayat,
berapa ramai remaja anak - anak belia,
memotong perjalanan umurnya,
jasad mereka terbujur lelap,
dikuburnya yang hitam dan gelap,
berapa ramai mempelai wanita,
berhias untuk suami tercinta,
ajal tak dapat lagi ditunda,
pada saat malam pertama,
berapa ramai muda dan mudi,
pagi berasmara petang bersenang hati,
tiada pengetahuan yang terpaut,
kain kafannya sedang diraut(dijahit)."

Credit to : Diari Muslim 2011 - al-Shafa

No comments: