Monday, November 29, 2010

Jambori Amal Kebangsaan 2010



TARIKH
3 - 5 DISEMBER 2010

TEMPAT :
KEM PENGAKAP NEGERI MELAKA

Salam perjuangan warga anggota Jabatan Amal seluruh Malaysia. Sepertimana yang diketahui, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan satu program iaitu Perkhemahan Jabatan Amal untuk kali yang pertama. Seperti yang telah diperbincangkan program ini khas untuk ahli yang berdaftar sahaja yang mana sebelum ini kita menganjurkan acara Jambori Amal setiap tahun tetapi kebanyakan peserta tidak mendaftar sebagai ahli Jabatan Amal. Oleh yang demikian, acara tahunan Jambori akan diselangselikan dengan program Perkhemahan Tahunan Amal.

Setelah diperhalusi bentuk program yang ingin diadakan ini menyerupai acara Jambori, mesyuarat seterusnya merombak semula program ini dan keputusan yang dibuat dikekalkan program Jambori Amal yang dibuat sebelum ini dan ditambah beberapa pengisian dan peraturan yang baru.

Oleh kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini sepatutnya diadakan bulan November yang lalu, Jambori ini terpaksa bertukar tarikh ke bulan Disember iaitu 3, 4 dan 5 Disember. Ini adalah disebabkan keadaan beberapa negeri yang telah ditimpa bencana banjir yang hebat baru-baru ini. Atas sebab-sebab ini, program Jambori Amal Kebangsaan terpaksa diubah tarikh ke bulan Disember yang mana lokasi tempatnya tidak berubah.

Justeru itu, pihak Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat memohon maaf diatas beberapa kesilapan dan pembetulan yang dibuat. Selain daripada itu diharap negeri-negeri dapat membuat persiapan dan maklumkan jumlah anggota yang akan hadir. 

Bagi ahli Unit Amal Parit Sulong, boleh terus hubungi Setiausaha Unit Amal Parit Sulong iaitu Sdr. Mohamad Roslan Hamdan (013-7703874)

Tuesday, November 16, 2010

2011 : Kami Sedia Ganti Kamu


2011 : Masa Untuk Berubah
[ PAS Sedia Ganti UMNO ]

1.  Seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat organnya berhimpun hari ini di Auditorium MBSA untuk menyertai Seminar "PAS Sedia Ganti UMNO".

2. Selain untuk menyatakan kesediaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan negara , ia juga adalah suatu gambaran jelas bahawa kini PAS begitu optimis untuk memenangi pilihanraya umum akan datang bersama gandingan rakan - rakan parti dalam Pakatan Rakyat.

3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia terlebih awal meletakkan tahun 2011 [ jangkaan pilihanraya umum ] sebagai Masa Untuk Berubah .

4. Perubahan yang dimaksudkan ialah pada 2 kategori utama .
Pertama : Perubahan Dalaman
Kedua : Perubahan Luaran .

Ali Rustam Kata Bela Islam, Mana Tudung Isterinya?


Sopan di majlis rasmi

Ali Rustam kata, kita akan membela Melayu dan kesucian agama Islam terutamanya di Melaka. Tapi apa sebenarnya berlaku dengan agama yang cuba dipertahankan oleh Ali Rustam? UMNO kecoh mengatakan merekalah yang akan membela agama dan bangsa tetapi mahu jaga isteri mengenai adab-adab terhadap Islam telah gagal. Mari kita tengok gambar-gambar isteri Ali Rustam. 

Ini pun nampak sopan

Gambar isteri Ali Rustam, Datin Seri Asmah Abd Rahman 
di 

Salam Aidiladha


SEMARAK QURBAN,
MENYEMBELIH KEZALIMAN,
MELAPAH KEMUNGKARAN,
MENDUKUNG KEADILAN,
MENJULANG ISLAM TERCINTA.
-Salam Aidiladha dari DPP Parit Sulong-

Saturday, November 13, 2010

Hidup Adalah Cinta


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga 
Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.
 
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa
... Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

Friday, November 12, 2010

Dakwah Itu Cinta

Memang seperti itu dakwah.
Dakwah adalah cinta...
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Sampai fikiranmumu. Sampai perhatianmu.Berjalan, duduk, dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah.

Tentang umat yg kau cintai.Lagi-lagi memang seperti itu... ^_^
Dakwah. Menyedut saripati tenagamu..
.Sampai tulang belulangmu.
Sampai daging terakhir yg menempel ditubuh rentamu.
Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. ..
Tubuh yanghancur lebur dipaksa berlari... :(
Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. .
Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah....

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.
Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat dalam kerahmatan
Tidak ada lag iorang miskin yg meminta sedekah.
Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Terpanar membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja.

Tubuh yang segar bugar itu sampai lunyai.
Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal.
Adakah memang itu yang diharapkannya;
mati sebagaij iwa yang tenang.

Dan di diemukan akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasapun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legenda di sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani…

justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke manapun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah.

Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka...

Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeria!. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar.Tapi seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran.
Dan menjadi semacam tonik bagi iman..Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memperkayakan amalnay adalah mujahid yang telah berjaya. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah.

Karena tidak setiap saat mereka memproduksikan karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka menjadi tumpuan untuk didoakan mearisi para mujahid sejati,

“Ya Allah, berilah Kami petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh . Jasadnyadi koyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta…Mengajak kita untuk terus berlari…!

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

"Kalau iman dan syaitan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunya harus mengalah."

In memori As-Syahid Ibrahim Libya...
CREDIT

Tuesday, November 9, 2010

Misi Bantuan Kemanusiaan Kedua

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KEDUA 
(KEDAH DARUL AMAN)
-Sukarelawan diperlukan.
-Bertolak pada Jumaat-Ahad; 12/11/2010-14/11/10
-Daftar kemasukan sekarang!!
-Hubungi: Sdr. Salleh (013-7117181)

Monday, November 8, 2010

Misi Kemanusiaan Bersama Jabatan Amal Johor




Hari Kedua
(Wakil dari Unit Amal ialah 4 orang; antaranya Sdr. Daniel, Sdr. Hamidi Sukiban, 
Sdr. Roslan Hamdan dan Sdr. Azman )


Thursday, November 4, 2010

Pusat Aduan Rakyat Kaw. Parit Sulong


PELANCARAN 
"PUSAT ADUAN RAKYAT"
ZON SEMERAH & ZON SRI MEDAN

Tempat : Hotel Garden, Batu Pahat, Johor
Pada : 06 November 2010
Jam : 8.00 pagi

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.

Bagi sesiapa yang ada masalah atau perbincangan yang ingin diketemukan sila datang bersama soalan anda.

Keputusan Terkini

BH 04/11: Keputusan PRK DUN Galas: Ab Aziz Yusoff (BN) 5,324 undi, Dr Zulkefli Mohamed (PAS) 4,134 undi. BN menang dengan majoriti 1,190 undi. 

PRK Batu Sapi & PRK Galas



Ya Allah, Engkau berkatilah dan makbulkan doa kami, hambaMu, agar PAS mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Galas dan PKR menang di kerusi Parlimen Batu Sapi. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Esa. Amin.

Puteri UMNO Terlampau

Wakil Rakyat Terlampau



p/s: Hatilah kepada yang berkenaan.. Jauhi rasuah!!!!

Wednesday, November 3, 2010

Ilmu Internet : Paypal


Paypal adalah satu ecurrency atau payment processor yang membenarkan kita membuat urusniaga di atas talian dan di kira macam standard yang digunakan di seluruh dunia. Jika anda hendak membuat urus niaga atau menjual produk/servis peringkat global, paypal adalah dicadangkan.

Bagaimana nak memulakannya.
  1. Layari website Paypal <--klik ni
  2. Klik sign up
  3. Pilih negara
  4. Pilih personal, premier atau bussiness . Macam saya register bussiness
  5. Ikut step by step sampai selesai.

Kebanyakan orang tiada masalah untuk mendaftar dengan Paypal sehingga ke peringkat verify account. Paypal memerlukan kad kredit untuk verify dan aktifkan akaun anda kemudian barulah boleh mula berurusniaga.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Kalau ada kredit no hal la.. tapi saya ingatkan supaya berhati-hati menggunakan kad kredit di atas talian. Ok kalau takde kad kredit bagaimana?

Kalau tiada kad kredit, kita gunakan sahaja kad debit. Sekarang Kad ATM Maybank pun dah dikira kad debit. Kalau anda guna kad ATM lama, cuba upgrade kad baru. Siap on the spot.

Atau cara yang biasa ialah memohon kad debit dari Public Bank. Pergi ke PB kemudian jumpa pegawai pemasarannya yang duduk kat meja tepi-tepi tu dan cakap nak apply kad debit. Dia akan kasi form dan suruh kita isi kemudian submit/beri balik kat dia.

Lebih kurang seminggu dua, kita akan mendapat surat dari PB yang meminta kita mengambil kad yang dah siap dan meminta kita memasukkan duit minimanya RM25 untuk kad debit tersebut.

Ok sekarang kita dah ada kad debit dan dah boleh verify akaun paypal.

Lagi satu cara ialah memohon secara online. Ni lagi senang

Layari website PB ,

1. http://www.pbebank.com.my
2. Klik pada perkataan "Cards" di sebelah kiri website tersebut
3. Klik pada button "Online Debit Card Application Form”
4. Isi maklumat yang dikehendaki
5. Print
6. Hantar form yang telah diprint dan attachkan sekali salinan IC dan hantar kepada alamat yang diberi.

Dalam masa 2 minggu kita akan mendapat surat dari PB, seperti di atas tadi.


Bagaimana nak keluarkan wang dari paypal?

Pada My tab account , klik menu withdraw

Klik "Withdraw funds to your card"

Proses dalam 5-7 hari dan boleh keluarkan wang anda menggunakan kad debit di mesin ATM.

Atau untuk nak cepat lagi, jual saja di forum-forum perniagaan internet di Malaysia seperti Wangcyber, Carigold, Nogold etc..

Kita hanya perlu klik tab "Send money" kepada mereka yang hendak membelinya.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
Tapi perlu berhati-hati takut kena tipu.

Semoga bermanfaat.