Showing posts with label tgna. Show all posts
Showing posts with label tgna. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Bob Kuman kembali kepangkuan Tuhannya


Bob Kuman telah kembali kepangkuan Tuhannya. Baru kelmari team DPPM ke rumahnya jemput hadhir usrah umum dan majlis soal jawab agama dan beliau sedia hadhir. Lebih mengharukan, hari-hari akhir beliau sempat display gambar TGNA di dalam BBMnya. Al Faatihah.


Sumber : fb.com

Wednesday, January 26, 2011

Agama dan Politik Mesti Selari - TGNA


LABIS 27 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Tambahnya,  pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.

"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu? Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari,"

Tuesday, November 2, 2010

Tuan Guru Nik Aziz Islamkan Orang Asal


LOJING,2 Nov - "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.


Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.

Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.


Calon PAS yang merupakan seorang doktor, sempat memberi penerangan ringkas mengenai bahaya penyakit stroke dan darah tinggi.



Wednesday, July 21, 2010

Dinner : Tabung Impian Rakyat Malaysia [TIRAM 2010]





 Makan Malam Mega 
Tabung Impian Rakyat Malaysia

Tarikh: 7/8/2010 (Sabtu)
Masa: 8.00mlm-11.00mlm
Tempat: Stadium Melawati Seksyen 13, Shah Alam Selangor

Perlancaran oleh :
1. YAB Dato' Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

JUALAN TIKET - HUBUNGI:

Khairol - 013-366 6106
Zulfadlee - 019-213 4151
Isma - 019-282 5716
Ani - 03-5510 4611