Wednesday, January 26, 2011

Agama dan Politik Mesti Selari - TGNA


LABIS 27 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Tambahnya,  pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.

"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu? Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari,"
ujar beliau ketika memberi ucapan pada sesi penerangan kempen Pilihanraya Kecil DUN Tenang malam tadi.

Dalam ucapannya, Nik Aziz turut menyentuh pemerintahan Umno-Barisan Nasional yang mengamalkan dasar pilih kasih terhadap negeri-negeri di bawah naungannnya.

Beliau berkata, sikap Umno-BN yang kononnya ingin membela nasib Melayu tidak memperluaskan dasarnya secara menyeluruh.

Ini berikutan tanggapan negatif terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggap penentang dasar kerajaan dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab menaiktaraf kehidupan rakyat.

"Perangai Umno mahu jaga Melayu, tapi Kelantan dia tidak peduli. Jalan raya dia tidak ambil kisah. Tuan-tuan pergi Kelantan sampai ke Bukit Yong, sempadan antara Besut dan Kelantan. Lihat jalan raya menghala ke Besut cantik.

"Pandang jalan ke Kelantan tidak ada. Jalan ini jalan pusat tapi Umno tidak buat kerana Kelantan," jelas beliau kepada masyarakat yang hadir ke Dataran Ayer Panas semalam.

Seterusnya, Nik Aziz menyeru agar usaha berkempen oleh mana-mana parti politik tidak disekat pihak tertentu agar rakyat dapat menilai pendekatan yang relevan untuk menyesuaikan dengan kehendak semasa.

Menurut beliau, PAS berpendirian mengetengahkan calon yang mampu membela nasib rakyat dan berpegang teguh kepada landasan syiar Islam.

"Begitu juga pilihanraya, kita ada kempen, jangan sekat dan jangan halang. Biar beri peluang kepada pengundi memilih. Satu pendirian yang PAS saya mahu sebut adalah pilih yang selamat di dunia dan selamat di akhirat," kata Nik Aziz.

Dalam pada itu Nik Aziz berpendapat calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman berkelayakan diangkat sebagai wakil rakyat kerana sifat kepimpinannya.

Beliau turut menyeru agar masyarkat di DUN Tenang memberi mandat dan tanggunjawab kepada calon wakil rakyat yang berkeupayaan mengangkat martabat Islam dan rakyat seperjuangannya.

No comments: