Showing posts with label serangan. Show all posts
Showing posts with label serangan. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Serangan UMNO/BN kepada PR


Apakah serangan utama BN pada PR?

Rasuah dan berkroni?

Tidak, kerana ini akan terpalit pada diri sendiri kerana di dalam kamus rakyat jelata, perkataan BN adalah sama sinonimnya dengan perkataan korupsi dan kronisme, jadi isu ini tak akan dapat pergi jauh.

Penyelewengan?

Tidak, kerana ramai lagi Khir Toyo di dalam BN yang tidak didakwa, dan BN sendiri pun sedar, dalam pandangan rakyat jelata, mahkamah dan hakim ini ‘makan gaji kerajaan’ juga.

Kerajaan PR
lebih teruk?

Lagilah tidak, siapa yang tak tahu kerajaan negeri kawalan mereka jauh lebih teruk. Tanyalah orang negeri Pahang, negeri Perdana Menteri, sehinggakan pemandu teksi pun kata tak dapat cari makan ditambah pula dengan harga barangan terus meningkat.

Isu PR mengkhianati Melayu?


Inilah satu-satu laungan BN untuk menakutkan orang Melayu daripada PAS, terutamanya. Namun isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan adalah senjata yang dihadiahkan BN kepada PR untuk mematahkan serangan ini.

Di sini, PR juga harus mengeluarkan satu manifesto – bagaimana orang miskin yang berpendapatan RM 2,000 di bawah akan dibantu sekiranya PR berkuasa di negeri-negeri PR, BN dan juga Putrajaya juga.

Isu mengkhianati Melayu juga meliputi isu Timbalan Perdana Menteri yang diolah Umno. Sebenarnya isu ini senang dijawab, PR akan wujudkan lebih daripada satu jawatan timbalan perdana menteri, akan tetapi salah satu jawatan itu akan diwajibkan kepada seorang pemimpin MUSLIM.

Isu kerjasama DAP-PAS?

Di sini, BN dan MCA balik-balik hanya akan menggunakan skrip lama isu negara Islam. Padahal mantan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kata Presiden MCA sekarang menyokong Ketuanan Melayu secara senyap-senyap lagilah menampakkan hipokrisi MCA dengan Umno.

PAS kerjasama dengan pemimpin DAP yang sanggup pergi penjara demi menjaga maruah seorang perempuan Melayu dan sekurang-kurang sanggup belajar membaca ayat Quran untuk mendekati pengundi Melayu walaupun mereka tidak dapat lagi menerima Islam sepenuhnya.

Umno pula sanggup bekerjasama dengan pemimpin MCA yang telah terang-terang mengaku berzina di dalam video dan sering kali menghina Islam. Jadi tak susah untuk PR membalas isu ini.

Isu Anwar dan PKR
Memandangkan banyak isu yang tidak boleh diserang BN, jadi apakah cara yang tengah difikirkan BN untuk melumpuhkan PR?
Tidak lain tidak bukan – pisau BN akan terus menghala ke Datuk Seri Anwar Ibrahim and PKR.

Mengapa?


1. BN yakin Anwar ialah ‘elephant glue’ untuk PKR, PAS dan DAP untuk bersama. BN juga yakin bahawa PAS dan DAP akan bercerai talak satu sekiranya Anwar hilang kredibilitinya.

2. BN yakin kerana mereka tidak nampak sesiapa pun di dalam PR dan juga DAP, PAS dan PKR yang boleh menggantikan Anwar buat masa ini.

Disebabkan keyakinan di atas, BN telah merumuskan bahawa mereka hanya memerlukan ‘satu projek’ saja untuk menumbangkan PR, iaitu asalkan mereka dapat menjatuhkan Anwar, PR akan lumpuh dengan sendirinya tanpa perlu mereka melakukan sesuatu.

Oleh itu, segala jentera yang boleh dicapai BN - media, polis, mahkamah dan pendakwaraya telah dikerah untuk memastikan ‘projek’ itu berjaya kerana tiada cara lain untuk menumbangkan sebuah pembangkang yang utuh kerana ketiga-tiga parti komponen yang membela antara satu lain dan tidak dapat dibuktikan oleh institusi di bawah pengajian mereka iaitu SPRM dari  segi rasuah, penyelewengan dan juga kronisme.

Bayangkan betapa ‘frustnya’ BN dalam menghalang kemaraan PR.

Isu Third Force dan Zaid Ibrahim

Anggaplah Third Force sebagai kawan PR, dan PAS harus juga berkawan dengan Akim atau Kita, sekiranya betul Datuk Zaid Ibrahim akan mengetuainya. PKR tidak perlu berasa kecil hati dan harus berbesar hati dalam situasi ini kerana dalam dunia politik, lebih baik mempunyai seorang kawan lebih daripada seorang musuh.

Third Force yang diketuai Raja Petra dapat diserapkan sebagai satu komponen penyokong untuk PR dan penyengat pada BN sekiranya PR mencaturkan langkahnya dengan bijak.

Ya, PR mungkin terpaksa memberikan beberapa kerusi yang ditandinginya untuk Third Force, seperti PAS memberikan laluan untuk Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding di Pasir Mas, namun kelebihan daripada tindakan ini jauh melebihi keburukannya, kerana persepsi di mata rakyat akan berubah kerana PR akan dilihat ‘sanggup berubah’ demi mempertahankan rakyat daripada kerakusan BN.

Ingatlah, orang yang berjaya akan dapat melihat peluang di sebalik apa-apa kepincangan, sebaliknya orang yang akan gagal sentiasa nampak masalah di sebalik apa-apa yang berlaku.

Tuesday, June 1, 2010

Serangan Israel terhadap Konvoi ke Gaza


Video Sebelum Serangan

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP

Jam 01:14pm
Dari Ketua Misi Life Line 4 Gaza (LL4G) - Malaysia, Tuan Hj Noorazman: Kami sedang berada perairan Gaza, dalam jam 4.30 petang kami akan berhadapan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah untuk menjaga keselamatan kapal konvoi. Dijangkakan komando Israel akan turun ke kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut.
Video Ketika Serangan


Download:
FLVMP43GP

Download:
FLVMP43GP
Jam 3:27pm
SMS dari Akhi Haluan Kel : "PERINGATAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. ISRAEL LAKNATULLAH TELAH MENYERANG KONVOI LifeLine4Gaza di perairan Gaza sekejap tadi, kapal Mavi Marvara telah ditembak dengan helikopter yang menyebabkan kira-kira 15 orang maut dan 60 orang yang lain cedera parah. Kapal tersebut yang dinaiki oleh sahabat kita. Mohon Allah s.w.t bantu sahabat-sahabat di Gaza. Amiin.."

Anda semua diminta untuk membaca Qunut Nazilah bagi setiap kali solat lima waktu bagi mendoakan keselamatan konvoi NGO seluruh dunia termasuk dr Malaysia yg telah diserang Rejim Zionis Terhadap Kapal Konvoi LifeLine4Gaza (LL4G). Caranya ialah dengan membaca qunut nazilah di rakaat yg terakhir selepas rukuk yg terakhir setiap kali solat....

Baca doakan qunut nazilah dan amalkan secara berterusan...

اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَ...ازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

PERHATIAN: Jika anda tidak terdetik utk melakukannya, sudah cukup utk dikatakan anda sudah tidak ada iman!!!


Sila sebarkan,,

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://palestinkini.info/