Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Buku Jingga : Resolusi 100Hari Pakatan Rakyat


RESOLUSI 100 HARI
PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:-
  1.  Mereformasikan institusi – institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
  2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain – lain badan milik kerajaan akan memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap orang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
  6. Menjadikan air sebagai  hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  7. Menyediakan perkhidmatan internet WiFi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  8. Membatalkan Felda Plantation bagi tujuan membuka ladang – ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan generasi ketiga.
  9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sebanyak 20%.
  10. Menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. 

Wednesday, July 21, 2010

UMNO sertai Pakatan Rakyat


Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengajak Umno menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.

Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan (pembelit berita) di muka depan akhbar Umno itu hari ini yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuda PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.

Dalam laporannya hari ini, Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Namun akhbar itu sangat tidak beretika apabila memetik tulisan Nasrudin tetapi menukar istilah yang digunakan Nasrudin.


(Gambar: Ada niat jahat dalam laporan akhbar ini apabila menukar petikan asal dengan petikan yang direka dan diubah suai..lihat gambar atas (Utusan) dan
gambar bawah (tulisan dalam blog Nasrudin)

Dalam laporannya, Utusan menggunakan istilah Nasrudin mengajak Umno menyertai Pakatan Pembangkang tetapi yang digunakan Nasrudin adalah Pakatan Rakyat.

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

"Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam," tulis Nasrudin dalam blognya namun diputar belit oleh Utusan.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub juga bersetuju, jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.
Ini kerana, PAS berpengalaman menyertai BN dan ditendang keluar oleh parti assobiyah Melayu itu.


Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menyifatkan laporan Utusan hari ini sebagai lambang Umno terlalu 'desperate' (terlalu terdesak).

"Saya rasa cukuplah dengan usaha & artikel perpaduan UMNO-PAS. Cerita pg1 Utusan hari ini nampak macam kita desperate sangat," kata Khairy dalam laman komuniti Twitternya.


 (Gambar: Laporan muka depan Utusan yang disifatkan terdesak oleh Khairy)

Pandangan Khairy disokong oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin ketika membalas twitter Khairy itu.

"mbnizar @Khairykj : Dear YB, u are definitely right. It looks too bad for UMNO. Y PAS? Y not other malays in PKR,sab/sar,ngo etc.spt hidung tak..."

(YB, awak sangat tepat. Ia dilihat terlalu buruk untuk Umno. Kenapa PAS? Kenapa tidak Melayu dalam PKR, Sabah/Sarawak, NGO dll. Seperti hidung tak...")

Sementara itu, pelbagai pihak melihat, apa yang dibuat oleh Umno dan medianya sekarang dalam isu perpaduan ini adalah strategi serampang dua mata.

 
Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bermakna PAS jahat di mata orang Malayu yang tidak memahami isu ini kerana menolak usaha ke arah perpaduan.

Namun begitu, jika PAS menerima atau positif dengan ajakan Umno bermakna PAS sudah khianati rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan akan menyebabkan orang bukan Melayu khasnya akan menolak PAS.

Atas dasar itu, alasan yang terbaik kini adalah menerima perpaduan yang diminta Umno tetapi bersama-sama dalam Pakatan Rakyat yang dilihat lebih adil kerana tidak ada lebih besar dalam Pakatan Rakyat. Ia berbeza dengan susunan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Umno adalah abang besar  dan yang lain-lain adalah pengikut sahaja.

Thursday, July 8, 2010

Kami sudah bersedia


Pemuda PAS Pusat menggesa seluruh jenteranya bersiap sedia berdepan pilihan raya umum yang semakin menampakkan petanda bahawa ianya sudah hampir.

Pengarah Pilihanraya dewan itu, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, jentera pemuda PAS di semua peringkat perlu menggiatkan usaha ketika ini khususnya menarik pengundi muda mendaftar sebagai pemilih.

"Petanda plilihan raya sudah dekat, kita tengok Umno mula memfitnah PAS sebagai ajaran sesat. Media pula sudah jadi gila, lapor berat sebelah, burukkan Pakatan Rakyat sehingga melampau-lampau," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Tambahnya lagi, selepas ini rakyat juga akan disajikan dengan berita ahli keluar parti dari Pakatan Rakyat yang akan dicanang dalam media-media arus perdana.

Media termasuk akhbar pembangkang pula, katanya akan berdepan tekanan bagi menghalang laporan-laporan alternatif disampaikan kepada rakyat.

Isu-isu kemiskinan khususnya di negeri Pakatan Rakyat, tambahnya juga akan diangkat bagi menggambarkan kelemahan pentadbiran PR, seperti suasana sama tidak berlaku di negeri BN lain.

"Tanda lain kita akan tengok Perdana Menteri akan beritahu ekonomi kita makin baik. Tiba-tiba ekonomi kita pulih. Itu tanda PRU memang sudah hampir," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya segala persiapan perlu disusun dengan teliti agar tidak berlaku pembaziran tenaga, wang dan masa dalam waktu yang dianggap memasuki awal fasa genting ini.

"Bawa anak muda daftar undi kerana dengan kuasa undi sahaja kita akan dapat merubah Malaysia ke arah yang lebih sejahtera," katanya.

Wednesday, June 9, 2010

SUARA RAKYAT BERGEMA lagi..




Bagi yg ingin print handbill, sila DOWNLOAD disini.
p/s: Segala kos perbelanjaan pihak DPPPS tidak akan menanggung. Semuanya adalah kerana ALLAH.