Thursday, January 20, 2011

Buku Jingga : Resolusi 100Hari Pakatan Rakyat


RESOLUSI 100 HARI
PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:-
  1.  Mereformasikan institusi – institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
  2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain – lain badan milik kerajaan akan memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap orang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
  6. Menjadikan air sebagai  hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  7. Menyediakan perkhidmatan internet WiFi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  8. Membatalkan Felda Plantation bagi tujuan membuka ladang – ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan generasi ketiga.
  9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sebanyak 20%.
  10. Menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. 

No comments: