Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Siap Sedia ke Bersih 4.0




1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.



6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.




8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

www.harakahdaily.net

Oh! Polis Bersih


KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa 10 hingga 15 polis tanpa tanda nama menyerbu lobi sebuah hotel dan menangkap orang ramai yang berada di situ.

Selamat Abul Hamid, 42, (gambar) berkata beliau menyaksikan anggota polis memaksa orang ramai terutamanya yang memakai baju T Bersih keluar dari hotel tersebut.

Apabila mereka tidak mengikut arahan, polis memukul dan menerajang mereka sebelum dibawa ke Dataran Merdeka.

"Pada mulanya saya ingin keluar dari hotel tapi tak jadi sebab tengok keadaan di luar kelam kabut selepas gas pemedih mata dilepaskan. Gas terasa hingga ke lobi hotel.
"Kemudian 10 hingga 15 polis yang tidak memakai tanda nama dan berbadan besar masuk ke lobi dan menghalau orang ramai," kata pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Menurut Selamat lagi, beliau yang ketika itu bersama isteri dan empat anak hanya mendiamkan diri namun turut dipaksa mengikut polis ke Dataran Merdeka, di mana semua peserta yang ditahan dikumpulkan.

Tambah beliau, sepanjang perjalanan dari hotel ke Dataran Merdeka, polis tidak henti-henti berleter dan mencercanya.

"Kami mengikut sahaja polis dan sepanjang jalan saya dicerca, antaranya polis kata 'ini mak bapak tak guna' kepada saya," katanya yang merupakan seorang juruteknik di sebuah kilang di Batu Pahat, Johor.

Ujar Selamat lagi, sewaktu di Dataran Merdeka, seorang anggota polis memberitahu mereka akan dibawa ke Masjid Negara menaiki bas namun apa yang berlaku, mereka dibawa ke Pulapol.

"Polis ada bagitahu akan bawa kami ke Masjid Negara tapi saya tak berapa percaya. Ramai juga yang percaya bulat-bulat tapi akhirnya kami dibawa ke Pulapol dan di Pulapol, semua diminta memegang nombor dan polis mengambil gambar kami," 

Ditanya sama ada beliau memang berniat melibatkan anak-anaknya dalam perhimpunan tersebut, Selamat menafikannya.

"Memanglah salah satu faktor saya ke Kuala Lumpur sebab nak mengikut perkembangan perhimpunan tapi dalam masa yang sama, saya nak bawa anak-anak saya makan angin dan membeli-belah di sini," 

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Sementara itu, Khaw pada sidang media selepas itu berkata, Suhakam telah menghantar surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meminta pihaknya turut hadir sebagai saksi.

"Kita sudah hantar surat kepada DBKl sebab daripada saksi sebelum ini, Suhakam mendengar ada pegawai DBKL turut mengambil beberapa tindakan pada 28 April," 

Selain itu, Suhakam juga berharap dapat mendengar keterangan polis berhubung insiden kereta diterbalikkan di Jalan TAR," katanya.

Pendengaran akan bersambung kembali 10 September depan.

Tuesday, May 1, 2012

Bersih Yahoo Poll : Polis vs Rakyat


KUALA LUMPUR: Majoriti pengunjung laman web Yahoo Malaysia menyalahkan polis sehingga tercetusnya keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.
BersihYahooPoll.my
(Keputusan poll yang dibuat oleh Yahoo Malaysia.)

Dalam satu poll yang dibuat oleh laman web antarabangsa itu, Yahoo bertanya, "Siapa yang patut dipersalahkan ekoran keganasan dalam Bersih 3.0?".

Jawapannya adalah 61 peratus pengunjung menyalahkan polis sebagai penyebab tercetusnya keganasan itu.

Sehingga berita ini disiarkan, 23,288 pelayar laman web Yahoo Malaysia ini telah mengundi.

Semalam, sekumpulan pemerhati antarabangsa juga mempersalahkan tindakan polis sehingga tercetusnya kekecohan dalam perhimpunan ini.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media tradisional terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.

Khabar angin yang disebarkan di kalangan anggota polis yang bertugas kononnya seorang anggota mereka mati dipukul peserta deminstrasi telah dianggap sebagai punca keganasan polis dalam perhimpunan ini.

Media tradisional yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional pula membuat laporan palsu ekoran tindakan balas para peserta perhimpunan.

Misalnya tindakan peserta terbalikkan sebuah kereta polis kerana menganggap ada mangsa yang masih tersepit di bawah kereta itu dipaparkan sebagai contoh aksi keganasan.

Begitu juga aksi seorang 'peserta' menendang sebuah motosikal polis trafik dipaparkan sebagai aksi keganasan padahal dikenalpasti kemudiannya sipenendang itulah juga yang menangkap peserta perhimpunan kemudiannya.

Dalam sidang media Ketua Polis Negara semalam, Tan Sri Ismail Omar diserang bertalu-talu oleh wartawan kenapa polis bertindak menangkap dan memukul peserta perhimpunan di luar kawasan yang digezetkan oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Ismail menjelaskan, ia dibuat selepas sekatan ke situ dipecahkan oleh peserta perhimpunan itu.


LAPORAN BERKAITAN








Monday, April 30, 2012

LAGU BERSIH 3.0

BERSIH 3.0 : Komen



Satu komen yang menarik dari seorang sedara ni, ingin dikongsi bersama. 

"Kata la apapun...di Malaysia ini sgt pelik. Kita sebagai rakyat seolah-olah tiada pilihan. Jika kamu menyokong sedikit tindakan pihak selain BN...anda dislogankan PEMBANGKANG....yg diracuni pemikiran Melayu Kuno sebagai org yg berfikiran negatif, komunis dan sebagainya. 


Dari pengamatan politik saya, di negara ini jika kerajaan yg sedia ada membuat majlis menghimpunkan puluhan ribu penyokong....tidak mengapa tetapi tidak kpd mereka yg lain. Contohnya penyokong  BN berdemo di Pulau Pinang dgn memberikan hadiah tahi...tiada sebarang isu. 


Di luar negara kebanyakan negara mereka jarang menyebut pembangkang tetapi hanya menyebut nama parti. Ini seolah-olah satu permainan minda utk mengatakan pembangkang adalah sebuah parti yg akn menjhanamkan negara. 


Di England mereka tak bercakap tentang pemimpinnya atau menyebut parti yg tidak memerintah sebagai pembangkang. Mereka bercakap tentang parti Buruh-Konservatif. 


Jika di Amerika tentang parti Republikan - Demokrat. Pemimpinnya tak penting. 


Tapi di Malaysia, kita cakap tentang Najib-Anwar. Kita tak seperti di England, kalau tak boleh buat, letak jawatan. 


Di Malaysia kita cakap tentang personalitinya bukan dasar ekonomi utk kesenangan rakyat. Di Malaysia pihak berkuasa seperti polis, SPR dan badan2 kerajaan yg lain dilihat sebagai parti politik. 


Sehingggakan rakyat keliru antara parti dan kerajaan, begitu juga antara duit parti dan duit kerajaan. Apa itu kerajaan pun mungkin sesetengah mereka tidak faham. 


Jika anda menyokong sesuatu usaha yg baik di mata dan fikiran anda yg diusahan oleh pihak yg bukan dari kerajaan anda akn di anggap bodoh, memusnahkan bangsa, ganas dan sebagainya. Dlm erti kata lain anda tidak boleh ada pilihan. 


Anda mesti memilih parti yg memerintah kerajaan itu selama-lamanya. Wujudnya parti yg lagi satu hanyalah sebagai bukti negara ini demokrasi. Saya hairan kenapa apabila saya menyokong apa yg dilakukan kerajaan, saya dianggap bijak, berwawasan dan sebagainya. 


Tetapi saya tak boleh menyokong yg lain selain daripada kerajaan. Hinggakan saya tertanya apa perlu parti yg lain selain UMNO, MCA dan MIC. Sedangkan Allah Yang Maha Bijaksana memberi saya pilihan samada ingin ke syurga atau ke neraka. 


Saya juga ke kedai buku di beri pilihan utk membeli buku atau akhbar yg saya inginkan. Begitu juga memilih isteri saya juga diberikan pilihan. 


Seperti yg saya katakan, beginilah if u choose to live in ignorance.. then dont call other people stupid... Kamu duduk di rumah dan tidak menyokong BERSIH...tiada siapa yg peduli. Tiada siapa yg marah. Tiada siapa yg kata kamu bodoh. 


Jom Heboh yg membuatkan jalan raya sesak...kita tak marah kerana ada manusia yg ingin bersuka ria ke sana. Itu hak mereka. Nasihat saya jgn jadi peminat politik kolot atau kuno. Kamu hanya ada satu pilihan sepertimana Firaun. 


Kamu hanya boleh pilih Firaun sahaja sebagai Raja dan Tuhan kamu...tak mengaku Firaun Tuhanmu...kamu akn disiksa dan dibunuh. Jadi berilah hak sekali sekala utk org lain. 


Kata la apapun...saya tetap menganggap mereka yg turun semalam adalah sebagai wira.... walaupun sejak berbelas tahun mereka tahu risiko dipukul, disimbah air kimia dan gas pemedih mata... mereka tetap turun menyatakan apa yg tersirat di hati."

sila LIKE dan SHARE setelah membacanya

Sunday, April 29, 2012

Berita Minggu Penipu?


Berita Bohong dan Fitnah dari akhbar pro-kerajaan hari ini? 
Siapa yg berada di lokasi kejadian itu mengetahui apa sebenarnya berlaku?Tolonglah wartawan akhbar2 ini cukuplah melaporkan berita2 yang bohong ini... kerjalah cara Islam sekiranya anda beragama Islam... Rakyat dah muak dengan semua ini..

Bersih Ganas

Inilah laporan yang kita semua dapat dari utusan, berita harian, tv3, tv1, tv2, sinar harian..

 
Tapi adakah anda tahu bahawa kenapa mereka bertindak sedemikian? Adkah kerana mereka benar-benar ganas atau dipaksa bertindak sedemikian? Mari sama-sama kita perhatikan video sebenar dibawah.


Dari video ini dapat kita simpulkan bahawa mereka bertindak sedemikian atas dasar ingin menyelamatkan nyawa pemuda yang telah dilanggar dengan kenderaan polis terbabit. Nyawa pemuda dibawah kenderaan itu lebih mahal berbanding nyawa polis di dalam kenderaan itu.

BERSIH 3.0 : Polis@SB Menyamar Samseng

Lihat gambar ini. Kononnya peserta BERSIH yg mengganas. "...pegawai polis yang memakai baju kuning melaungkan slogan reformasi. Masing2 mengenakan gelang warna kuning..."


Walaupun gambar agak x clear, boleh perhatikan pergelangan kiri masing2 - korg akan perasan gegelang kuning yg depa pakai.



‎:::..SIAPAKAH MEREKA INI..:::


Mereka ini sibuk menghasut demonstran lain membaling batu kearah polis di Masjid India.<---info rakan fb.


Follow my twitter " https://twitter.com/#!/Jkkkfanclub"


KEPADA PEGAWAI POLIS SILA SIASAT MAMAT NI. ADAKAH DIA NI SB TUGAS PROVOK MENGKUCAR KACIRKAN DEMO AMAN?


Untung apa jadi polis boleh pukul orang sesuka hati---> http://www.youtube.com/watch?v=2Y8wIUtqJ6A&feature=plcp 


Polis yang menyamar jadi peserta orang pertama buka halangan di dataran merdeka..cuba provokasi peserta sedangkan peserta bersih dikawal oleh unit amal yang sentiasa mengikut arahan pemimpin atasan.Provokasi yang sungguh jahat!! 






ALAT YANG DIGUNAKAN PDRM


Apakah alat ini yang digunakan untuk menghalang talian pengguna tel selular semalam semasa himpunan Bersih.????....
Perancangan yg licik ....

BERSIH 3.0 : Bukti Polis Pukul Polis


BUKTIIIIIII ! ! ! !

POLIS JUGA ADA YANG MEMAKAI BAJU BERSIH, CUMA MEMAKAI GELANG BERWARNA HIJAU DI LENGAN. DIPERCAYAI UTK TIMBULKAN KEKECOHAN





Menjadi tanda tanya siapa individu bertopi kaleder yg meluru kearah kereta polis tu, dan siapa pula yang pakai baju kuning yang pukul individu bertopi kaleder tu? Dlm video itu menunjukkan yang pakai baju kuning tu mengeluarkan pemandu kenderaan polis tu. Dari pemerhatian awal, kumpulan ini adalah kumpulan bukan dari peserta BERSIH 3.0, baju kuning yang dipakai pun tidak menunjukkan ia baju rasmi BERSIH 3.0. Aku syak ini adalah sebahagian dari plot yang mereka rancangkan untuk menunjukkan perhimpunan BERSIH itu adalah perhimpunann yang ganas. 


Lepas tu, tersebar, berita mengatakan ada anggota polis yang mati, dan tersebar di twitter berpanjangan, kemudian ianya dinafikan oleh satu twiter dari polis sendiri (ada dlm laporan malaysiakini).


Tak silap aku imej berbaju kuning yang dekat dengan kenderaan polis itu seakan-akan seperti individu yang mengasari peserta BERSIH 2.0 dengan gari dulu tu. (mungkin ya mungkin tidak)


Aku penuh sedar, peserta datang secara sukarela tanpa duduk dibawah kawalan sesiapa mudah terangsang dengan provokasi pihak2 tertentu.




Aku menantikan gambar-gambar setiap individu yang melontar objek kearah kenderaan polis itu, kerana sepanjang perhimpunan BERSIH peserta perhimpunan berdisplin.


Sumber : Apek

Saturday, April 28, 2012

Polis Ganas atau Bersih Ganas

Perhatikan GAMBAR A dan GAMBAR B dibawah.

Gambar A : POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bg setiap Polis berpakaian preman (SB) 

Gambar B


Kenapa lelaki dlm gmbar ni sokong dua2.tengahari pukul polis, 
petang pula tangkap peserta Bersih.Mungkin kembar kot...


Buatlah perbahasan yang baik dan benar.

Thursday, April 26, 2012

BERSIH di Madinah



Pelancaran BERSIH 3.0 peringkat Madinal al Munawwarah oleh al Fadhil Ustaz Mokhtar Senik AJK Dewan Ulamak PAS Pusat. 

Semoga sistem pengendalian dan pengurusan pilihanraya lebih telus dan adil....

Semoga Islam bakal tegak dan zahir di Malaysia.

FULL : Penjelasan BERSIH 3.0


Eley ko cakap macam gud2 tapi BERSIH tue agenda PR jek sebenarnya.


Dan ko pula? Siapa? Bercakap bagi pihak diri sendiri ataupun sebab ko pro bn? Jadi ko sebagai penentang bersih juga boleh di anggap ada agenda sendiri sebab sokong bn maka ko berpendapat adalah logik untuk ko bantah bersih sebab bn pun bantah bersih.


Aku tak faham kenapa bn bantah bersih sebab bersih bukan menentang bn sebaliknya bersih sedang mencuci spr. Oleh kerana itu bn tiada sebab untuk terasa langsung. Aku makan cili aku patut rasa pedas. Aku heran juga kalau aku yang makan cili, ko pula yang rasa pedas. Faham tak?


Jika bersih dituduh ada agenda maka ko bukan dituduh tapi terbukti memang ada agenda. Untuk membetulkan tanggapan sesetengah pihak, BERSIH bukan alat pembangkang meskipun tidak dinafikan PEMBANGKANG MENG-ALAT-KAN bersih untuk kepentingan mereka. Ia dua perkara yang berbeza. BN juga turut di undang untuk sama2 mendesak SPR mereformasikan sistem mereka. BERSIH tidak memusuhi BN. Tetapi BN sendiri tidak mahu bersama2 dengan BERSIH. 


Di satu sisi yang lain, tidak salah sebenarnya jika PR mahukan sistem piliharaya yang bersih dan menjadikan BERSIH sebagai agenda mereka. Ia bukan sesuatu yang salah untuk memperjuangkan keadilan bukan?


Ambiga lead bersih dan dia sokong LBGT, ko tak takut dosa ka?


Aku dah penat cakap pasal neh. Bab LGBT tue aku dah jelaskan banyak kali. Majlis peguam bersama2 LGBT atas nama undang2. Maksudnya disini ialah mereka mahu hak2 LGBT dalam perlindungan undang2 diperluaskan. Which is aku sendiri tak setuju sebab sekali ko buka pintu kepada mereka bermakna ko baru sahaja akur dengan dosa tersebut.


Contoh ;
Ahmad seorang bapok. Dia telah diraba di tempat kerja. Dia mengadu ke polis. Polis log  report tapi tindakan tiada ataupun wujud dikriminasi. Jadi Ahmad rasa bengang. Dia bagitau peguam dia dianiaya. Bagaimana kes neh harus berjalan? 


Mungkin kawan sekerja ahmad hanya pegang dia sebab mereka sesama lelaki, tetapi ahmad baca tindakan itu sebagai me-raba.. jadi bagaimana kes neh harus digambarkan? 


Majlis peguam merasakan LGBT ditindas dari segi undang2 sebab tue mereka bersama2 LGBT dalam hal berkaitan undang2. Ambiga itu sendiri bukan golongan LGBT. Dia sendiri pun sumpah siyes aku percaya fak gile nak main sesama pompuan.


Seterusnya belajar mencari maklumat dan informasi sendiri. Jangan dengar apa yang orang salurkan. Susah sangat ke nak kaji bagaimana LGBT boleh menular di malaysia? Susah sangat ke nak periksa dan buat research apakah sebenarnya yang menyebabkan mereka merebak disini?


Untuk rekod, seksualiti merdeka yang diharamkan pada tahun lepas pun atas kerana ada orang berikan informasi kat aku dan aku pergi sebarkan isu neh di blog non stop. Kerajaan sendiri pun tak aware kalau aku tak tulis di blog. Belajar cari fakta tolong larh ek.


Dan ambiga lead bersih bersama2 A.Samad Said. Di bersih kita cakap pasal SPR, bukan pasal LBGT. Sila belajar membezakan situasi dan isu. Jangan generalisekan semua perkara. Itu sangat tidak adil.


SOKONG AMBIGA bermaksud SOKONG LGBT juga der.


Aku taktau mana ko dapat kefahaman tue. Untuk rekod, teori ko salah. Sokong bersih bermakna sokong bersih. Sokong bersih bukan bermaksud sokong ambiga. Bersih ialah bersih dan bersih boleh bertukar pengerusi pada bila2 masa. Contohnya tahun neh kita ada A.Samad Said sebagai pengerusi bersama.  


BERSIH hanya akan huru harakan negara.


Kenapa hanya bersih? Perkasa juga berdemo. JMM juga berdemo. Even umno juga pernah berdemo di jalanan. Kenapa hanya BERSIH je dilontarkan dengan tuduhan seperti itu? Yang hakikatnya bersih mendapat sambutan maka apa2 demo yang mendapat sambutan akan di anggap menghuruharakan negara walhal hakikatnya ia menunjukkan kepincangan pihak2 yang dituntut untuk melakukan perubahan.


Kenapa tidak ko solat hajat je. Demo neh bukan islamik pun der.


Baik ko duduk solat 24 jam dan tunggu duit jatuh dari langit. Demo neh bukanlah sesuatu yang boleh digambarkan islamik ke tak islamik apa seme. Sesuatu jalan / cara untuk menuntut keadilan asalkan tidak berlanggaran dengan hukum dah cukup. Demo bukan haram. 





Tahu kah ko bahawa bersih boleh merugikan negara dan peniaga2 tempatan? 


Taktau. Jika ko tahu maka sila berikan data dan stastistik yang boleh membenarkan kata2 tersebut. Cakap petik dari utusan lepas tue pongpang2 kat sini. Kucing aku pun tergelak sakan karang.


Sekarang aku bebas, bukan sokong BN. Aku rasa BERSIH susahkan rakyat macam aku oke. Aku tak suka jalan jam lah bangang..


Owh oke. Hari2 jalan tetap jam bersih ada ataupun tidak. Err jap ko tinggal di dataran ka? Ko pergi kerja kat sana ka apa ka? Selalunya orang yang sibuk2 pongpang neh takde kaitan pun dengan kl dan dataran bagai. Nak kata tinggal dekat2 pun takde. Komplain jek walau satusen takde kaitan dengan kehidupan dia.


Tak. Tapi POLIS akan tutup jalan apa seme. Ini menyusahkan aku oke.


Tahu takpe. Polis yang tutup jalan, BERSIH pula yang ko marahkan. Ko sound lah POLIS napa tak beri kerjasama pada BERSIH tapi kalau konsert joget2, bogel2, karut2, lucah2 apa seme on aje.. cuba cakap? Kalau kerjasama diberikan, maka segala perkara juga akan lancar seperti biasa.


Kami alert pasal sistem pentadbiran negara. Kami bukan pergi terpekik terlolong tengok konsert kpop oke. Semua demo pasti akan mendatangkan kesan. Seterusnya bagaimana cara kita nak pastikan bahawa kesan positif adalah lebih banyak dari kesan negatif. Dah alang2 rasa menyusahkan better ko join jek demo neh der.


Benda bukan satu hari, hanya beberapa jam. Ko tak rugi apa pun dalam masa beberapa jam neh. Kalau taknak ikut campur sekalipun ko bebas jadi pemerhati.


Lebih 10 buah negara ikut serta BERSIH 3.0 ditempat mereka

Aku neh pelik sket. Ko cakap SPR biasa tapi 5 negeri jatuh kat tangan pembangkang apa citer?


Nasib baik je tue. Kegagalan sebelah pihak baca protes rakyat menyebabkan mereka tidak berjaga2 sekaligus tidak membuat apa2 langkah untuk memastikan terus menang dalam pru. Ini mungkin jawapan klise tapi inilah yang aku percaya berlaku. Korang boleh pilih untuk tidak percaya. Aku percaya sebab dah mendengar pandangan dari rakan2 yang terlibat dalam SPR. Sebab tue aku dah apply nak jadi petugas SPR. Demm.. tak approve siot. Ekekeke..


Toksah pergi lah. BERSIH neh HARAM. Lagipun orang melayu bodoh2 berdemo, kaum lain seronok tepuk tangan.


BERSIH bukan HARAM. Dan kerajaan dah bagi green light kat BERSIH. Apa yang berlaku cuma masalah lokasi sahaja. Bersih boleh disertai oleh semua pihak. Dan komen2 pasal kaum apa seme neh aku cadangkan lebih baik tengok cermin sambil cakap benda2 kat atas neh. Lepas tue kaji satu persatu barang2 yang ko ada dan tanya pada diri sendiri kat sapa aku beli seme barang2 neh. Lepas tue fikir sapa yang tepuk2 tangan dapat bina kekayaan guna duit2 ko. Oke, tq. 


Yang bersih degil sangat nak berhimpun kat dataran napa? BERKUMPUL lah tempat lain.


Alasan ambiga mengatakan masa dah suntuk tue mungkin sesetengah orang cakap tak kuat tapi aku fikir dia ada point yang betul. Tiket bas dah dibeli. Kalau ke stadium merdeka tue kita nak apply permit lagi. Memang DBKL cakap senang, dia bagi proposal tapi belum tentu selepas kami setuju tukar lokasi maka ia boleh terus digunakan. Kena tunggu kelulusan apa lagi. 


Itu tak masuk rakan2 yang dah book hotel apa seme. Bayangkan tiba2 kalau ia dibuat di stadium bukit jalil.. mahasiswa dok berkumpul kat dataran tue. Kena balon hampir setiap hari. Simboliknya dataran tue pada kami. Aku sendiri kalaupun ambiga setuju, aku tetap tak setuju. Ia seolah2 kami baru sahaja memperlecehkan perjuangan mahasiswa2 kat situ dalam beberapa hari neh.


Aku tetap taknak pergi bersih dan tak boleh terima bersih.


Ko punya pasal. Tapi pastikan jangan ko menyalurkan kebencian ko terhadap bersih dengan menfitnah bersih. Jangan juga dok cakap sesuatu yang ko tatau hal sebenarnya. Dalam erti kata lain, ko berhak taknak pergi tapi ko juga patut faham ko tiada hak nak bercakap apa2 yang berlaku pada bersih 3 sebab ko tiada disana. Jika ko ada disana samada sebagai pemerhati atau apa itu lain citer tetapi jika ko tiada disana maka bersikaplah sebagaimana yang sepatutnya iaitu jangan bercakap atas perkara yang ko sendiri tidak jelas tentang fakta sebenarnya. 



Kalau nak bagi komen serba ringkas logik juga tapi ramainya orang suka bagi komen beria2 cam dia jek betul dan seolah2 dia berada di lokasi kejadian siap selit2kan persepsi dia sebagai fakta. Ini kebanyakkannya pembenci2 BERSIH suka buat. Suruh pergi tinjau sendiri takmo, tapi bercakap komen pongpang2 mao pula. 

Lepas tue bila kita bagi fakta bukti apa seme mereka tolak tapi beria2 cakap bebas.. sepanjang yang aku tahu, golongan atas pagar menilai kesemua hujah dengan adil dan akhirnya mereka paling2 koman pun mereka akan bercakap pergilah buat apa2 yang korang nak buat, yang baik aku sokong yang buruk aku kondem. Orang yang faham fakta sama sekali tidak akan menolak bersih.Yang tolak semua nya ada agenda. Ya agenda, mereka itu penyokong KOTOR. Ketahuilah kebenaran neh oke.

[klik kanan utk download picture/save di komputer anda]

Ameno : Yang tak pergi better diam2.. bukan tak boleh bersuara tapi kalau lue tak berani amek risiko nak siasat sendiri apa perlu lue bercakap pongpang2 der? Lue boleh faham tak macam mana wa memperkecilkan keberanian lue? Ekekekek..

Kredit to Ameno


Sunday, April 22, 2012

Surat Permohonan BERSIH 3.0


p/s : tapi pihak menteri, KDN Hishamudin Husin Onn telah membenarkan.. ape nak jadi malaysia tanah airku ni..

Wednesday, October 5, 2011

Imam Bersih Digantung Kerja

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 mempertikaikan alasan yang diberikan Majlis Agama Islam Jojor (MAIJ) berhubung tindakan itu.

Hassan Md Said (bawah), 40, mengesyaki alasan berkenaan bacaan khutbahnya sengaja ditimbulkan untuk menghalalkan tindakan menggantungnya.

"Mereka boleh kata (penggantungan) berkenaan khutbah, sedangkan semua orang kampung kata penggantungan saya disebabkan BERSIH.

"Lepas ini saya tak hairanlah kalau alasan lain keluar sama. (Contohnya) kata saya tidak datang mesyuaratlah," katanya sinis.

Penasihat MAIJ Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, penggantungan seorang iman baru-baru ini dibuat atas kesalahan tidak membaca teks khutbah yang disediakan majlis itu.

Tanpa menyebut nama Hassan, Noh berkata tindakan diambil terhadap imam tersebut "untuk mengundurkan diri dan ditarik balik pentauliahannya", lapor Sinar Harian hari ini.

Bekas mufti Johor itu juga dilaporkan berkata, tindakan terpaksa diambil kerana MAIJ telah beberapa kali menasihati dan memberikan banyak peluang tetapi kesalahan itu masih berulang.

'Saya bukan Mat Sabu'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan - imam utama Masjid Ladang - menafikan tidak membaca khutbah yang disediakan sebaliknya hanya "menyesuaikan" dengan masalah isu setempat di kampungnya.

"Khutbah ini kadang-kadang tidak semasa dan tidak sesuai dengan tempat. Kampung saya ini kampung nelayan. Masalah orang sini masalah akidah. Di sini muktazilah, Syiah, Wahabi semua ada. Khutbah saya kenalah menyentuh perkara ini," katanya.
Menurutnya lagi, beliau sudah lebih sepuluh tahun mengambil tindakan itu tetapi tiada sebarang teguran dibuat oleh pihak majlis atau pegawainya di peringkat daerah yang dilantik.

"Kenapa sekarang baru isu khutbah ini muncul? Kenapa tidak dua tahun lalu. Betullah saya kata, majlis agama ini tidak profesionallah. Saya sekarang ini kalau dipecat pun saya redalah," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengkritik kerajaan dalam khutbahnya, Hassan menafikannya dengan alasan "saya bukan (timbalan presiden PAS) Mat Sabu".

"Saya juga bukan hendak main politik atau hendak jatuhkan kerajaan. Cuma saya ini bukan macam imam-imam lain yang ikut saja, (mereka) bila orang datang hendak kena tabik," katanya.

Hassan - bapa kepada dua anak - itu digantung kerja tiga bulan sehingga 2 November atas alasan "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.
Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertainya, sebaliknya hanya menziarahi saudara dan melawat ibu negara.
Pengidap kencing manis serius itu percaya elaun bulanan RM750 terhadapnya juga dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit kencing manis serius itu hilang mata pencarian.