Sunday, July 24, 2011

Ranking 15-Juta Pengunjung dalam masa 3-Bulan

[KLIK GAMBAR UTK BESARKAN]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat DPP Parit Sulong saya selaku admin blog DPPPS ingin merakamkan setinggi-tinggi syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat-NYA telah menjadikan segelintir hati-hati ini yang suka dan berani untuk berjuang dengan ISLAM dan PAS

Dalam pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian semua kerana sudi membaca dan memberi beberapa komen terhadap post-post kami sebelum ini. Juga, sehingga telah melonjakkan rating blog DPP Parit Sulong ke tahap yang amat terbaik dalam trend politik di Parlimen Parit Sulong setakat ini. 

Walaupun, ada segelintir pemikiran yang tidak berpuas hati dengan kami dengan mengatakan bahawa media baru seperti facebook, blog, YouTube dan sebagainya adalah hanya untuk orang bandar sahaja. Tetapi sehingga hari ini, blog DPP Parit Sulong telah diketahui oleh seluruh pelusuk, ceruk-ceruk kampung, di sekitar Parlimen Parit Sulong dan sehingga ke Netherland, United States, Mesir dsb. Alhamdulillah, syukur.. dan sekali lagi tahniah buat sahabat-sahabat yang seringkali menjeguk ke blog DPP Parit Sulong ini.

Untuk melihat sendiri graf terkini Ranking 15Juta Pengunjung ke DPPPS sila ke ALEXA.com

Pantun Ramdhan dari DPPPS



Sempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba, pihak admin blog DPP Parit Sulong memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran atau tingkah laku yang tekurang adapnya. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita hayati pantun dibawah, semoga mendapat sedikit nasihat dan tauladan darinya. 

Buah tamar buah kurma,
Hidangan runtin ketika ramadhan,
Bulan puasa dah nak tiba,
Mari kita tingkatkan amalan.

Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.

Bunga mawar harum mewangi
Bunga seroja putih warnanya
Bulan ramadan jenuh dinanti
Bulan keberkatan tiada tandingannya

Jauh sekali balik ke kedah
Singgah sebentar menjamu selera
Bulan puasa bulan ibadah
Lipatkan usaha gandakan pahala

 Rukun islam rukun agama,
Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan,
Apa lagi alasan tak nak puasa,
Puasa itu satu kewajipan.

Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.
  

Belajar Quran dgn utz Ramadhan,
jangan malu untuk bertanya,
bulan ini bulan ramadahn,
bersamalah kita meimarahkannya. 

Wednesday, July 20, 2011

Ngeri


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri...

PC : Tips Penjagaan Laptop


Assalamualaikum w.b.t disini selepas mengkaji dan membuat sedikit research di google serta di web-web forum, saya ingin berkongsi beberapa tips-tips, tapi jika anda sudah tahu baguslah, jika anda rasa apa yang dinyatakan dibawah tidak mencukupi bolehlah share di bahagian komen, sesungguhnya sharing is caring…

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

BERSIH : Anti-Bersih Buta Sejarah

PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan  PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.

Tuesday, July 19, 2011

BERSIH : FRU guna kanister (Gas Pemedih Mata) Israel


Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah

Al-fatihah buat YB Dr Lo'Lo' Hj Ghazali yang baru sahaja menghembuskan nafas yg terakhir sebentar tadi. Jenazah Dr. Lo'lo' telah disembahyangkan pada jam 10.30 pagi tadi di Masjid Al-Akram, Kg. Dato' Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.
Kami dari pemuda PAS Pt Sulong mengucapkan salam takziah utk seluruh keluarga al-marhum. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo' Lo'
Amin ya Rabbal alamin..
Sumber : 

Terkini : Sosej Babi Halal

KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.

“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.
 ===================================================
Persoalannya : Mengapa mudah JAKIM leka?
Sumber

Bersih : Jamuan Bersih



PROGRAM MERAIKAN WIRA BERSIH
bersama DPPNJ & Hanipa Maidin 
pada 18 Julai 2011 
di PASTI al-Furqan Pt Khalid, Pt Raja
Jam 7.30mlm.

Friday, July 15, 2011

BERSIH 2.0 : The police burnt them with acid gas




PM Pusing Cerita,Takut Kebangkitan Rakyat



PETALING JAYA 10 JULAI : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan.

Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini.

" Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat.

Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih.

Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu.

Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah.

"Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar.

Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar.

Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.

Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

TAZKIRAH : Lelaki Kacak Muncul Ketika Jenazah Dikafankan


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu

Pengajaran Buat Polis




Harap-harap..
Berita-berita sebegini akan membuka mata dan telinga pihak polis diseluruh dunia..
Akan membuka minda dan hati seluruh polis-polis diseluruh dunia..

Bertugaslah dengan amanah kepada rakyat..
Kerajaan yang memerintah sememangnya menjadi paksi kepada arahan..
namun sekiranya arahan itu tidak menurut undang-undang sebenar..
Perlu ada pertimbangan yang sewajarnya..

Yang penting..
Kena tanam dalam diri...
Polis ditubuhkan untuk memelihara keamanan menurut acuan Undang-undang..
bukan menurut nafsu dan kemahuan pemerintah!

Syabas kepada Rakyat Mesir..
InsyaAllah.. Mesir sedang dalam pembikinan kerajaan yang lebih adil dan tidak zalim!

Peringatan buat semua pemerintah juga...

KAHERAH, 14 Julai — Hampir 700 pegawai kanan polis Mesir dibuang kerja ekoran insiden membunuh penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat negara itu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak awal tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Mansour Essawy berkata seramai 505 jeneral dan 164 pegawai biasa akan ditamatkan perkhidmatan mereka mulai 1 Ogos ini.
Tindakan itu diambil ekoran protes yang berterusan di Dataran Tahrir di sini, menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan ke atas anggota polis dan pegawai-pegawai Hosni yang berasuah.

Pihak tentera juga mengesahkan bahawa pilihan raya September ini akan ditangguh.

“Diputuskan bahawa (pilihan raya Parlimen) akan diadakan Oktober atau November,” kata seorang pegawai majlis tentera dipetik laporan BBC.
Laporan stesen TV Mesir berkata seramai 37 pegawai yang dipecat turut berhadapan dengan tuduhan membunuh penunjuk perasaan.
Lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang membawa kepada Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari.

Credit to budakbalun 14072011

Bila Amoi Pakai Tudung



Islam Sebenar Yang Dikaburi Oleh Orang Islam Sendiri Demi Duit



Monday, July 11, 2011

Janji-Janji UMNO




Bersih hanya mahu pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Untuk mencapai matlamat ini Bersih menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 serta mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu ini.Perhimpunan aman Bersih 2.0 perlu diadakan kerana menyedari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja tidak mahu membuat apa-apa perubahan serius, malah badan yang sepatutnya bebas dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional telah bersikap berat sebelah sejak sekian lama.

Usaha penganjur Bersih 2.0 oleh sekumpulan rakyat prihatin yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik telah ditohmah, ditekan, ditindas dan dikongkong dengan zalim oleh pihak berkuasa yang menurut arahan pucuk pimpinan UMNO-BN.

Sunday, July 10, 2011

Pengalamanku

Aku sedang duduk keletihan ditangga Bank Muamalat area Masjid Jamek KL... tiba-tiba lengan aku ditarik lembut oleh seseorang.. Aku menoleh ke kiri dan rupanya.. Seorang lelaki India tua yang menarik lenganku.. Dia - "Come on bro.. let's walk for Malaysians!" Aku - "Sorry sir.. very exhausted!" Dia - "For Malaysians! Come on Brother.." Aku - "Ok lets go! for Malaysians!" Aku - "Sir.. becareful.. are you sure you will not fall." Dia - "Brother.. if I fall, I'm sure you will help me up!" hmmmm.. lalu kami berpeluk pinggang bersama mengikuti kumpulan ribuan rakyat menuju ke Stadium ...

SAPA KATA PENIAGA RUGI PASAI BERSIH?



DEY MACHA!!!
KARUT MARUT LA SAPA KATA PENIAGA RUGI
TENGOK INI ANE UNTUNG BESAQ
WALAUPUN HARI HUJAN
JUALAN AISKRIMNYA LARIS
KAH! KAH! KAH!

BINGAI MANA KATA BERSIH KASI RUGI?
TENGOK GAMBAQ KAT BAWAH NI PULAK...


LAIN KALI JANGAN IKUT OTAK UMPORNO
BILA ORANG RAMAI DISURUH TUTUP KEDAI
LAGU MANA TAK RUGI
AKAI ADA KA?
KAH! KAH! KAH!




BODOH TAHAP JINGGA PUNYA IDEA
TUTUP LRT PUN RAKYAT TETAP TURUN
INI YANG DINAMAKAN PANDAI TAK BOLEH DIIKUT
BODOH TAK BOLEH DIAJAQ
KAH! KAH! KAH!

Diambil dari BiaqPila

Harga Melampau : Nasi, Ayam Goreng, Sayur dan Air Manis RM25



PETALING JAYA: Benarkah polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?

“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, dipetik dari blognya hari ini.

Beliau, yang dikenali sebagai CheguBard, merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis yang cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soal beliau.

“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.

Katanya, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

CheguBard berkata, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku……makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?

“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.

Beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.

Credit to :

Saturday, July 9, 2011

BERSIH : 60,000 Pemuda Patriot


Di Kepalai oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Perarakan Pemuda PATRIOT yang tidak terkira jumlahnya ini telah bermula dari Bukit Bintang.

Bagi meramaikan lagi peserta yang bersama PATRIOT ini, ‘T’ Shirt PATRIOT telah diberikan secara percuma.. korang tengok.. berebut-rebut mereka..


Saksikan juga gambar-gambar yang dikatakan oleh Pencacai UMNO menyebabkan Cina-Cina DAP di Bukit Bintang bertempiaran lari bila melihat terlalu ramai yang turut berarak bersama PATRIOT di (SINI)

Monday, July 4, 2011

PANAS : Tahanan Baju Kuning

TERKINI : Melaka, 15:54:30 seorg lelaki telah ditahan didlm program Taklimat Dalam PAS kerana beliau memakai baju SUCI@BERSIH.

Saturday, July 2, 2011

Hi-Tea Bersama Bob Lokman

Bersama anak-anak muda dan ahli PAS Cawangan Separap / Sri Sulong
Lokasi : Warung Man Air, Taman Ind. Sri Sulong
Jam : 3.00ptg - 4.00ptg




Polis Pakai Jaket Kuning Ditahan

NONEMenurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.




NONE 


Polis