Datanglah beramai2....
Thursday, January 27, 2011
LABIS, 27 Jan: Seorang pengundi di Dun Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut mengiringnya berkata, pihaknya men...yokong laporan polis itu dibuat dan bersedia memberi kerjasama untuk dibawa kepada pihak yang lebih tinggi.
Source: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30573%3Apengundi-buat-laporan-polis-terhadap-calon-bn&catid=1%3Autama&Itemid=50
Muslimat terus berbakti....
membina rantaian manusia utk membantu
mangsa banjir keluar dari rumah yang hampir ditengelami air...
misi menyelamat dan kasih-sayang.
p/s: Tapi ada juga yg kami peroleh: "ok2.. tk apa2.. semuanya ok.. jgn sebuk2... kita org boleh control.."... adehhhh.. dlm masa yg sama air terus naik dan menengelamkan sebahgiaan rumah yg rendah...!!!!!!!!!"
Juadah Buat Pengundi, Petugas
PRK N5 TENANG...
***Sedang dalam proses berkempen...dalam proses ini banyak pertikaian dan penghinaan ke-atas Islam..bahan kempen dari BN terutama MCA menghina Islam dengan berani dan lantang,sedangkan kita orang Islam tidak sedikit pun menyentuh hal-hal ugama lain bangsa,tambah mengecewakan tiada sebarang tindakan sewajar ataupun tegur diberi oleh UMNO yang kunun-nya memperjuangankan Bangsa Melayu yang semua berugama Islam.
****Sebagai seorang muslim,mari-lah kita menadah tangan memohon doa kepada Yang Maha Agung sepanjang tempoh berkempen ini hingga hari terakhir..semoga Allah memberi apa yang sepatut-nya kepada mereka.
*****Menang atau kalah dalam perjuangan bukan-lah ukuran,tetapi Islam itu wajib terus dijaga hak-nya.
Takbir..!!!!!

QUNUT NAZILAH SEMPENA PRK N5 TENANG...
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!
Tok Ai(Mohd Azahar Ibrahim) Bersalah - Ahmad Maslan
LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.
"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.
Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.
"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.
Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.
"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.
Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.
"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.
"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.
Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan.

Wednesday, January 26, 2011
Tenang tapi Sedih..
GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambar pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.
LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka (UMNO) terlindung oleh
LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka (UMNO) terlindung oleh
Agama dan Politik Mesti Selari - TGNA
LABIS 27 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
Tambahnya, pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.
"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu? Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari,"

Biodata Cikgu Mala
Tarikh lahir : 6 Jun 1973
Tempat lahir : Kampung Serom 3, Muar, Johor
Bapa : Sudirman Suratman – Bekas Ketua Peserta FELCRA,
Bekas Pengerusi Koperasi FELCRA Sekijang
Ibu : Mukmini Yahya – Peneroka FELCRA
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Kemelah
Sekolah Menengah Tenang Stesen
Sekolah Menengah Paduka Tuan
Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam
Maktab Tuanku Bainun
Suami : Makrof Abd Mutalib
Politik : Ketua Dewan Muslimat PAS Labis
Naib Ketua Dewan Muslimat Johor
Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang
Hari Boikot Calon BN
Setelah tidak terpilih mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang, ketiga-tiga calon yang disebut-sebut mewakili parti itu mula menunjukkan protes atas pencalonan Tok Ai dimana kehadiran mereka pada pagi ini dilihat sekadarnya saja.
Sumber risikan Agensi Berita ABC yang dihubungi di tapak penamaan calon pagi ini menjelaskan berlaku pergeseran dan juih-menjuih mulut yang ditujukan kepada isteri calon BN last minute@Tok Ai oleh Ketua Wanita, Haslinda Salleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih Tok Ai, menjadi calon.
Bercakap kepada beberapa pemberita pagi ini, Haslinda berkata rasa tidak berpuas hati itu terbit bukan sahaja daripada beliau malah turut dirasai oleh para penyokongnya.

" Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai). Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati. "
Ketika ditanya pemberita adakah beliau merajuk, Linda tegas memaklumkan bahawa tidak timbul istilah merajuk kerana tidak dipilih menjadi calon, kerana itu bukan sikap sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman.
Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa kecewa, "Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik, tetapi akhirnya saya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti, itu perkara biasa di dalam parti Umno," katanya kesal.
Menurut Haslinda lagi, berlakunya perpecahan sokongan khalayak susulan mereka tidak terpilih menjadi calon. Lagi pula menurut Haslinda apabila ditanya mengenai kebimbangan - Mohd Azahar yang tidak mempunyai jawatan di dalam parti, ini sudah pasti akan memberi kesan penurunan besar pengundian kepadanya.
“Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang untuk Cikgu Normala sebagai protes senyap kita kepada parti. Saya ajak penyokong, agar memberi undi buat Cikgu Normala," katanya lagi.
Bagi naib ketua bahagian pula, Hashim Daud, tujuan utama beliau berkecimpung dalam dunia politik "bukan untuk kejar apa-apa". "Kita bekerja sebagai satu pasukan. Saya tidak mempunyai penyokong yang kuat. Kalau ada, sudah tentu saya jadi ketua bahagian. Saya mahu banyak kawan dan nak kurangkan musuh. Saya nak tolong kampung, (oleh itu) tidak semestinya kena jadi macam tu (Tok Ai),” katanya ketika dihubungi pagi ini di sebuah kedai kopi di Pekan Labis.
" Kesilapan memilih calon di DUN Tenang secara tidak langsung telah menyebabkan wujud perpecahan sokongan kepada BN, Umno khususnya mula dilihat berpuak-puak kini atau memang BN memang menempah untuk kalah. Kalau nak kemenangan, buat cara mahu menang, " tegas Rasdin.
Agensi Berita ABC turut mendapatkan pandangan daripada Hashim yang juga bapa saudara Mohd Azhar, dimana beliau pula berkata bahawa, anak saudaranya itu sebelum ini pernah bertanding untuk kumpulan G7 ke persidangan UMNO tahunan, tetapi beliau tewas teruk dalam pemilihan tersebut.
Menurutnya, pemilihan Azhar atau Tok Ai memang sudah dijangka, malah perkara yang digembar gemburkan bahawa “keluarganya menguasai” untuk jawatan tertentu di kawasan Labis itu adalah benar belaka. “Setengah daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi kelebihan untuk beliau untuk dicalonkan ,” katanya dengan nada yang sedikit angkuh.
Tuesday, January 25, 2011
Ular Dalam Kain
Mana dia Tok Mufti, ustaz, ulama muda, tok-tok Imam dan golongan agamawan yang menyokong Umno dan ketuanan melayu.
Kemana mereka semua ini menikus.
Takkan mereka tak sedar, ucapan pemimpin mereka apabila berhadapan dengan pengundi cina.
Betapa ucapan mereka mengugu...t kalangan non muslim dengan Negara Islam.
Cakap mereka lebih munafik dari para munafik dan lebih kafir dari golongan kafir.
Yang mengherankan kita pula apabila mereka bercakap dihadapan orang Islam dan para agamawan, dihadapan guru-guru sekolah agama atau para imam dan bilal masjid.. lebih Islam pada Islam pulak.
Yang mengherankan kita pula apabila mereka bercakap dihadapan orang Islam dan para agamawan, dihadapan guru-guru sekolah agama atau para imam dan bilal masjid.. lebih Islam pada Islam pulak.
Bercakap untuk memperjuangkan agama mengalahkan pejuang Palestine dan para sahabat nabi. Terlopong dan ternganga para imam… betapa tulus ikhlasnya para pemimpim UMNO ni nak menegakkan Islam.
Di Tenang ini zahirlah wajah sebenar UMNO-BN. Inilah sikap talam dua muka. Lidah bercabang pimpinan UMNO-BN. Sebab itu kalau bertemu ular dengan pemimpin UMNO diharap bunuhlah UMNO dahulu. Sebab betapa berbelitnya pimpinan UMNO demi pangkat dan kuasa mereka meskipun terpaksa mereka jual apa sahaja.
UMNO sendiri terpaksa menurut kehendak MCA apabila calon daripada pimpinan UMNO Labis ditolak oleh MCA kerana menjadi ahli PERKASA.

Wanita Sebagai Pemimpin Menurut Ulama'
Oleh :
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Imam Al-Mawardi r.a
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Imam Al-Mawardi r.a
[1] (450 H) menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau juga menteri ketenteraan adalah tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan. Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki’ sebagai salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwid’ tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz’.
Menurut Imam Hasan Al-Banna
Menurut Imam Hasan Al-Banna
[2], wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran dan al-Hadtih, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita.
Dr. Abd Qadir Abu Faris (Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Jordan sekarang) juga berpandangan seperti Imam Hasan Al-Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam Hasan dengan membawakan persitiwa Bai’ah Aqabah Kedua dimana Rasulullah SAW telah memilih 12 orang ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mereka hadir berbaiah. Begitu juga ketika Rasul SAW menghimpun sahabat dalam memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, “Fath Makkah” , Perang Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir bukan sahaja tidak menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga pringkat tanfiz.

[3]. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.
Antara hujjah Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dan mereka yang mempersetujui keharusan ini adalah seperti berikut :-
1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:

قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)
Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)
Monday, January 24, 2011
Muslimah Power!!!
Tajuk kali ini, Muslimah Power!! Bukan Power Rangers yer,, yang sering ditanyangkan di TV UMNO tu.. bukan pula Power Control,, hihihi Mari kita baca Sejarah Perjuangan Muslimah Islam.
Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda. Saidatina Khadijah.......

Sunday, January 23, 2011
Saya Masih Dara..
Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.
Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Saturday, January 22, 2011
Thursday, January 20, 2011
Buku Jingga : Resolusi 100Hari Pakatan Rakyat
RESOLUSI 100 HARI
PAKATAN RAKYAT
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:-
- Mereformasikan institusi – institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
- Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain – lain badan milik kerajaan akan memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
- Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
- Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap orang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
- Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
- Menyediakan perkhidmatan internet WiFi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
- Membatalkan Felda Plantation bagi tujuan membuka ladang – ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan generasi ketiga.
- Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sebanyak 20%.
- Menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Tuesday, January 18, 2011
Sinopsis Gerakan Islam
Sinopsis Penubuhan
PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.

Tujuan
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Dasar
Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Usaha
Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:
1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.
2. Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Hukum atau Panduan Perjuangan
Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan menjadi asas panduan dalam perjuangan.
Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.
Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS.
Majlis Syura Ulama
Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan itu dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam hukum tertinggi PAS dan tidak berlawanan pula dengan dasar PAS, maka sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama ditubuhkan.
Majlis Syura Ulama berkuasa menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang tidak menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya serta membuat ketetapan mengenainya, mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan parti dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS serta memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.
Majlis ini juga berkuasa melantik ahli-ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang terdapat pada fasal 75 Perlembagaan parti.
Keahlian
Mengenai ahli PAS, hanya terdapat satu jenis sahaja keahlian di dalam PAS, iaitu dinamakan Ahli PAS. Untuk menjadi ahli PAS, seseorang itu mestilah Warganegara Malaysia, beragama lslam, akil baligh menurut hukum syarak, menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS dan peraturan, arahan-arahan serta keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.
Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh menjadi ahli PAS tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor universiti berkenaan.
Permohonan menjadi ahli PAS hendaklah dibuat melalui Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk menjadi ahli atau jika ada sesuatu sebab yang munasabah, maka permohonan bolehlah dilakukan terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun Setiausaha Agung PAS.
Hak Ahli
Seseorang ahli PAS boleh berhenti atau diberhentikan daripada menjadi ahli apabila memohon atau mengisytiharkan diri keluar daripada PAS, dipecat atau menyertai mana-mana parti politik yang lain.
Semua ahli PAS berhak memilih atau dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti, berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti, berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti serta berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.
Kewajipan Ahli
Semua ahli-ahli PAS hendaklah taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran lslam yang menjadi dasar PAS, taat dan patuh kepada Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah parti, melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh parti sedaya upaya yang boleh, menjaga dengan cermat segala rahsia-rahsia parti, mengamal akhlak lslam, mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti dan menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan lslam bagi diri di dalam negara ini.
Antara kewajipan-kewajipan ahli kepada parti selain daripada yang disebutkan tadi termasuklah menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa, melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus, menghadiri mana-mana kursus, tamrin, atau perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan, memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum lslam, memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti sama ada di dalam atau di luar negeri. Pada amnya semua ahli hendaklah melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.
Sunday, January 2, 2011
Hidayah Allah tidak mengenal bangsa, kedudukan
Hidayah Allah tidak mengenal bangsa, kedudukan
T |
IDAK ada yang boleh menggembira dan membahagiakan seseorang itu yang waras cara berfikirnya, melainkan dia memperolehi hidayah, taufik daripada Allah SWT. Ini kerana dengan hidayah itulah seseorang itu sentiasa terarah kepada satu hala tuju hidup yang jelas dalam meniti usia yang semakin tua untuk berada dalam agama Islam.
Sesungguhnya hidayah itu pula, Allah SWT tidak semudah untuk memberikannya kepada individu manusia yang tidak mahukannya seperti golongan yang tidak berada di masjid, surau, malah suka berada di kedai-kedai kopi bersembang perkara dunia berjam-jam lamanya.
Akan tetapi Allah SWT akan memberikannya kepada mereka yang bersedia menerimanya, iaitu golongan yang suka mendengar kuliah, ceramah agama, kaunseling, forum dan sebagainya dan menyusulinya pula dengan tindakan serta amal perubatan yang berpaksikan hidayah Allah.
Ia bertepatan dengan firman Allah menerusi ayat 18 surah az-Zumar yang bermaksud:
“Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang baik sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.”
Subscribe to:
Posts (Atom)