Showing posts with label mahathir rasuah. Show all posts
Showing posts with label mahathir rasuah. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Tun Dr. Mahathir : Rasuah Dalam UMNO



RASUAH DALAM UMNO
  By Dr. Mahathir Mohamad

1. Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah membuat kenyataan yang beliau tidak akan bertanding untuk Majlis Tertinggi UMNO kerana rasuah yang berleluasa dalam kempen pemilihan ketua-ketua pemuda, ketua bahagian dan Majlis Tertinggi.

2. Sebelum ini saya telah lapor berkenaan tindakan dua tokoh UMNO; seorang Ketua Bahagian yang menulis kepada Ibu Pejabat UMNO berkenaan rasuah yang dilakukan oleh Presiden sendiri untuk mendapat sokongan bagi pencalonannya sebagai Presiden pada Disember ini dan yang satu lagi tindakan seorang veteran UMNO yang telah lapor kepada Badan Pencegah Rasuah berkenaan rasuah yang sama yang dilakukan oleh Presiden, walaupun ia sendiri kerap bercakap dan mendesak semua orang supaya jangan amalkan rasuah.

Wednesday, April 20, 2011

Kasihan Najib

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak(gambar) yang baru sedar tentang  bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan  ketika  majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.

Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya

Tuesday, July 20, 2010

Semua calon Ketua Pemuda Umno guna wang


KUALA LUMPUR, 20 Julai: Blogger terkenal, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz membayangkan semua calon dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan tahun lalu tidak terkecuali dari berkempen menggunakan wang.

Dalam posting di dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com, yang bertajuk "The Rumble that KJ created", Mohd Ariff Sabri yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan menyifatkan kemenangan Ketua Pemuda Umno kini, Khairy Jamaluddin sebagai "adil dan saksama".

"Beliau (Khairy) memenangi jawatannya dengan adil dan saksama, semua yang bertanding berkempen menggunakan wang. Kita tidak mahu bersikap hipokrit untuk membayangkan walaupun seketika, (bahawa) (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo dan (Datuk) Mukhriz (Mahathir) berkempen tanpa menggunakan wang," kata beliau dalam blognya yang dikunjungi hampir tiga juta pengunjung sejak Jun 2008.

Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Umno tahun lalu mengalahkan Dr Mohamad Khir dan Mukhriz.

Sebelum itu, Khairy yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dalam politik wang.

Kontroversi tercetus apabila beliau dibenarkan bertanding sedangkan orang yang lain seperti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga didapati bersalah atas kesalahan yang sama tidak dibenarkan bertanding.

Mohd Ali pada masa itu dilihat sebagai pesaing yang berkemungkinan dapat mengalahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno.

Walaupun Khairy menang dan menjadi Ketua Pemuda Umno, beliau tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas kemenangan Khairy ketika itu, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: "Pemuda telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia".

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan bahawa keengganannya menghadiri pembukaan Perhimpunan Agung Umno ketika itu kerana "Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah".

"Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

"Memanglah saya terasa sedih kerananya.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah," katanya.

Menurut Dr Mahathir, tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno," katanya. 
Sumber : S.A.T.F