Showing posts with label kehebatan muslimat. Show all posts
Showing posts with label kehebatan muslimat. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Kehebatan Wanita, Bukan Sekadar Pelengkap Kaum Adam


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Muslimat PAS lebih kehadapan dan tidak lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan Adam.

Kata, dengan perkembangan semasa hari ini, muslimat juga harus melengkapkan diri untuk bersaing di peringkat nasional.

"Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan.

"Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan.