Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts
Thursday, February 14, 2013
Sunday, May 13, 2012
SEMAK DAFTAR PEMILIH MELALUI SMS
SEMAK DAFTAR PEMILIH JOHOR
TAIP :
SPR<JARAK>NO. K/P
CONTOH :
SPR 868902015634
DAN HANTAR KE 0197128324
[SMS SAHAJA]
Friday, August 12, 2011
Semak Daftar Pemilih Disini
Alhadulillah setelah sekian lama ana mencari kaedah nak buat letak laman web di dalam blog akhirnya tercapai juga. Sebenarnya dah lama mengidam nak buat, tapi masa sentiasa mencemburui ana. Oleh yang demikian, ada masa yang sikit ini, boleh ana buat kn?
Ni page yang ana kata tu >> http://pemudasulong.blogspot.com/p/semak-spr.html
Page ini ditubuhkan bagi memudahkan sahabat - sahabat yang ingin menyemak daftar pemilih tanpa pergi ke laman web SPR.
Location:
Muar town, Johor, Malaysia
Monday, August 8, 2011
URGENT: Data Daftar Pemilih Bertindan
Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Pusat
Khamis 21 Hb Julai 2011
ADAKAH SISTEM PENDAFTARAN SPR DAN JPN LEMAH ?
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membuat penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai pilihanraya sebelum Himpunan Bersih 2.0. SPR telah menyatakan bahawa mereka telah memperkenalkan Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-PPST) dimana identifier pemohon akan dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS(Agency Link-Up System).
Jika identifier tersebut sama dengan maklumat MyKad, barulah SPR mendaftarkan sebagai permohon tersebut. Jika tidak, SPR tidak akan sesekali mendaftarkan permohonan tersebut. SPR berjanji sistem yang dibina akan menolak sebarang cubaan untuk mendaftarkan permohonan yang tidak sah. SPR juga berkali-kali menolak isu “Pengundi Hantu” yang terdapat dalam daftar pemilih.
Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mengemukakan beberapa bukti kepada rakyat Malaysia bahawa sistem E-PPST dan ALIS mempunyai beberapa kelemahan. Terdapat bukti data yang mana dua orang pemilih berkongsi satu nombor kad pengenalan lama yang sama. Bukti-buktinya adalah seperti berikut : LAGI
SPR akhirnya mengaku
Setelah 16 hari selepas Himpunan Bersih 2 maka akhirnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar telah mengaku bahawa terdapatnya klon kepada kad pengenalan pengundi yang terdapat dalam daftar pemilih sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR). Secara tidak langsung Datuk Wan Ahmad telah mengaku bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR yang sah. Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”.
Datuk Wan Ahmad pula meminta parti politik dan Individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih. Ini merupakan kenyataan “U Turn” SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat(PR) mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya. Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2.
PengakuanSPR ini adalah berdasarkan kepada data yang saya telah keluarkan pada khamis 21hb Julai 2011 bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling. Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 02hb Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama. Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201. Sesiapa sahaja boleh menyemak melalui laman web SPRhttp://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.
Kes Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniamtelah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh JPN dan SPR iaitu pertamanya Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti. Keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali. Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”. Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah.
Salah satu prinsip kepada konsep pengkalan data(database) sistem komputer adalah tidak dibenarkan pertindananidentifier kad pengenalan lama atau baru. Tetapi JPN telah membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah. Inilah bukti kesalahan SPR dan JPN. Mana-mana pihak berhak untuk membuat laporan polis berhubung kecuaian (negligent) yang dilakukan oleh JPN dan SPR.
Walaupun bukti-bukti telah menunjukkan bahawa terdapat data bertindan yang telah dimasukkan dalam daftar pemilih yang sah tetapi malangnya SPR tiada hak dengan mudah untuk membatalkannya.
Ia terpaksa melalui proses yang rumit untuk membatalkannya. Ini kerana seksyen 14, Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 telah manyatakanbahawa “ Daftar pemilih yang pada masa ini berkuat kuasa hendaklah menjadi keterangan prima facis bagi maksud menentukan sama ada seseorang berhak atau tidak berhak untuk mengundi dalam sesuatu pilihanraya dalam mana-mana bahagian pilihan raya”.
Jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat makapilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui. Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku. Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah.
Credit to Kentong
Subscribe to:
Posts (Atom)







