Tuesday, June 8, 2010

Serambi Mekah pesat membangun

Didalam media seperti TV dan radio kerajaan sering mengatakan negeri kelantan selalu mundur dan ada pihak tertentu mendakwa kerajaan negeri tidak mampu melakukannya sejak PAS memerintah.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, "tuduhan kerajaan PAS tidak mampu melakukan pembangunan seperti dakwaan itu hanya akan membuatkan golongan bukan Islam semakin terasing daripada agama suci ini."

Namun kini, selepas kerajaan PAS Kelantan mendepani perubahan, masyarakat bukan Islam seluruh negara telah menyaksikan sendiri bagaimana sebuah kerajaan yang ditadbir ulama' mampu berbuat demikian (dalam pembangunan).

Antara sektor yang dimajukan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah projek Pertanian Satu Ibadah dan yang terbaru ialah projek Bandar Baru Tunjong.

Sebanyak 10 daripada 11 buah syarikat telah menandatangani perjanjian usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi memajukan projek tersebut. Projek pembangunan yang berteraskan auto city dan pembangunan hartanah lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan bandar ini yang semakin kritikal khususnya pada waktu-waktu tertentu.


Tanah seluas 2,000 ekar disediakan untuk projek bercampur yang bakal diisi dengan pembangunan rumah kedai, ruang pejabat, perumahan, masjid dan berbagai lagi.

Antara syarikat yang bakal melabur bagi memajukan pelbagai projek di bandar baru itu ialah Syarikat Kelantan Motors Credit (M) Sdn Bhd, Ban Chu Bee Sdn Bhd, Soons Seng Motors Enterprise Sdn Bhd, Charisma Positif (M) Sdn Bhd, Swee Chong Sdn Bhd, Sim Motors Workshop (KB) Sdn Bhd, Mentari Housing Sdn Bhd dan lain-lain lagi.





Kerajaan negeri diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dana Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pihaknya menerima banyak tempahan para pelabur untuk mengambil bahagian melabur di situ.

Dijangkakan Kelantan pasti akan menjadi sebuah negeri yang maju dan membangun dalam masa tiga tahun lagi, dan Bandar Baru Tunjong akan jadi sebuah pusat pembangunan baru di Kota Bharu khususnya Kelantan.

Credit: HarakahDaily.net

No comments: